Tuesday, July 07, 2009

melayu dan kuman seberang lautnya

penat menjadi jurujual program dan rancangan untuk stesen-stesen tv kerana pembeli-pembelinya yang keliru dan kurang ilmu. kini cuba beralih profesi menjual lagu di stesen radio pula.

situasi yang sama juga berlaku. bukan kualiti, pengisian atau bakat yang dicari. tapi entah apa yang diingini juga kurang pasti. kesimpulan terhasil setelah pengalaman yang dilalui mempromosi artis dari seberang dan juga giliran artis tempatan pula untuk mencari rezeki.

laluan yang sama untuk perolehan tempatan yang sama tetapi membawa bahan dan produk dari dua negara serumpun yang berbeza lambang benderanya. bukannya apa, sehingga kini tiada penjelasan spesifik atau jawapan yang tepat kenapa wujudnya diskriminasi sebegini.

tapi dalam masa yang sama, masing-masing sendiri mengomel industri yang tidak ada perubahan dan wawasan kehadapan. segalanya menjadi semakin subjektif. apa benda sebenarnya yang menjadi kayu ukur.
atau korupsi dan favouritism seperti dunia politik juga melanda dunia hiburan yang seharusnya riang dan ceria tanpa sebarang propa.

sekali lagi mereka suka menyukarkan keadaan yang tidak perlu sukar. itulah dia melayu dengan kuman seberang lautnya.

No comments:

Post a Comment