Monday, November 30, 2009

doa teraniaya

kecoh isu tok guru berdoa memohon mereka yang menganiaya dilaknat Allah Yang Esa. takut kerana salah. berani kerana merasakan kebenarannya. bukan cerita baru. tetapi isunya dah berjela jela sebenarnya.

lihat saja jalan pulang rakyat teraniaya ke kampung halaman mereka. tiada adil dan tiada saksama. atas alasan apa pembangunan dan layanan senget sebelah diberikan. sedangkan terang terang antara penyumbang waima penjana ekonomi negara adalah mereka mereka ini.

tiket pengangkutan di hari raya siapa yang borong. penanak nasi berinti tom yam di kota siapa yang sokong. bila isu negara ingin dijajah siapa yang dihantar berdepan. si asabiyah ini juga yang dibodek dijadi tentera hadapan.

diguna bila dimahu, dihina bila diperlu. bila diri ini sering teraniaya diri ini mula berdoa. berdoa memohon untuk dibela. doa dipohon pada Yang Berkuasa.

tidak perlu takut atau melatah jika diri itu tidak bersalah.

mencoba

bila kita ada idola atau sumber rujukan kita akan mula mencoba untuk menjadi sepertinya. dan mungkin menjadi yang lebih baik. tetapi apa yang kita tidak inginkan bila kita dilihat sebagai terlalu mencoba.

tidak salah. jika dengan niat yang ikhlas untuk menjadi lebih baik. salah jika ianya mula ditafsir sebagai menunjuk nunjuk. keikhlasan yang lenyap membuatkan perlakuan semakin meloyakan.

menepis gaya hidup yang disaran. tidak perlu terlalu mencoba. kerana gaya hidup yang disaran adalah secara sederhana.

kelantan baru

2009 sahaja boleh tahan sungguh perubahannya. dengan bangunan dan kompleks yang pelbagai tumbuh mencacak banyaknya. bagi mengelakkan kesesakan jalan raya di pekan kecil itu, sistem baik pulih dilakukan dengan serta merta.

pulang ke kampung bagaikan melancong ke kota yang baru dikenal saja.

pekan kecil bergelar kota bharu kini banyak bezanya. semakin maju dan semakin bergaya mereka mereka. banyaknya kereta kereta tidak terkira. semuanya berjenama dan sikit pula plate numbernya.

wajah wajah urbanisasi yang kini mula membanjiri pekan kecil itu dengan lagak gaya umpama selebriti terkemuka serata dunia. semoga adat budaya tetap tidak dilupa kerana hari ini dilihat semuanya seperti berlumba lumba mencari glamour.

doakan pemimpin negeri sentiasa sejahtera untuk mentadbir daerah yang kini dilanda transformasi tsunami perubahan baik segi politik mahupun hidup yang lebih bergaya ceria.

Thursday, November 26, 2009

amanah

secara common sensenya, bila kita diamanahkan untuk menjaga atau melaksanakan sesuatu, haruslah kita lakukan sebaiknya. kerana itu sudah menjadi tanggungjawab yang mencerminkan sifat kita sebagai insan yang sebagaimana.

cukup musykil bila ada insan yang tidak ambil peduli tentang amanah yang dipikul di bahu. mengambil mudah dalam semua perkara. serta mementingkan diri sendiri semata mata. bagaimanakah mereka mereka ini melalui hidup hidup mereka agaknya.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tanda orang munafik ialah tiga manakala bercakap dusta, manakala berjanji mungkir dan apabila diamanahkan khianat." (Riwayat al-Bukhari)

jelas terpancar perlakuan ignorance dalam menjalani kehidupan adalah lambang keperibadian yang kurang memberangsangkan sebagai seorang mukmin yang sejati.

Daripada Saidina Ali r.a katanya yang bermaksud: "Kami duduk bersama Rasulullah s.a.w lalu muncul seorang dari keluarga al-Aliyah dan bertanya kepada Rasulullah:

Wahai Rasulullah...beritahulah padaku, apakah suatu yang paling berat dalam agama dan apakah yang paling ringan?

Lalu jawab Rasulullah s.a.w: "Yang paling ringan dan mudah ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan yang paling berat wahai saudari al-Aliyah ialah amanah. Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tiada amanah, tiada solat baginya dan tiada zakat." (Riwayat al-Bazzar).




erti pengorbanan

perasaan yang tidak tenteram dan bercampur aduk. cuba mencari ketenangan. dirundung perasaan serba salah. hati tidak berbelah bagi. apa yang cuba dicapai dan apa pula yang sedang dipimpin.

hidup tidak selalu sempurna. harus ada jalan cerita peliknya. segalanya dinyata dan ditafsir sebagai satu pengorbanan. apakah erti pengorbanan bagi anda semua?

salam hari raya aidil adha.

Wednesday, November 25, 2009

separuh jalan

kenapalah tidak disiapkan kerja itu sepenuhnya. kenapa mesti separuh jalan. bangsa yang paling popular dengan sikap ini tak lain dan tak bukan bangsa aku sendiri. melayan bangsanya sendiri pula tu. mungkin kerana selalu makan telur separuh masak.

jurujual memberikan 200% komitmen untuk menjual sesuatu produk. memang hebat layanan yang diberikan. cukup memuaskan hati pelanggan. 150% bila pelanggan mula membuat pilihan dan menunjukkan minat. 100% ketika pelanggan memilih produk dan model yang sesuai dengan citarasa. 50% komitmen dan perasaan setelah pelanggan membuat bayaran. 0% bila pelanggan membuat aduan kerosakan atau inginkan pindaan.

separuh jalan menuju kejayaan.

bercakap terlalu banyak

orang yang tinggi ilmunya sikit kata katanya. itu yang mata marhaein ini dapat lihat dari seorang tok guru bergelar nik aziz. wajah menafsir unsur yang menjadi darah daging seseorang. unsur yang diraih dari hasil yang halal dan direstu tuhan.

aura yang dipamer menyatakan tenaga yang ada di dalam tubuh insan. tenaga yang keruh negatiflah auranya. vice versa.

tapi insan hari ini semakin hebat kerana tiada lagi ukuran mereka yang berilmu pengalaman perlu dihormati. semuanya menjadi sama rata atau mungkin kurang hajar itu adalah ruji.

tak salah menghormati mereka yang perlu dihormati. kerana penghormatan untuk diri sendiri perlu diraih dan bukannya dikuasai.

konflik pembangunan

mahathir mengangkat pemodenan negara. terbina itu dan ini yang ingin membawa negara dengan wawasan yang berjaya pada 2020.

namun otak otak kolot dan berlumut masih berkuasa memerintah ruang ruang bawah alam kerja dengan kata kata busuk mereka.

ada menteri yang inginkan segalanya tanpa wayar. namun ada menteri yang inginkan semuanya berkerawang.

tersurat sudah pentadbiran pentadbiran kecil bawahan mula lemas dan lelah tanpa arah. kekalkan tradisi atau teruskan pembangunan. sehinggakan wujud si pemakai kain pelikat dengan handsfree tergantung.

panorama manis dan unik terdetik dek konflik pembangunan.

facebook dan sijakun

kalau dah terror sangat buat program buat la yang boleh menawan hati semua orang. bila ada orang come out dengan great idea mula la letak pantang larang. dunia i.t disamakan dengan panjat pokok betik dan duduk di atas bantal.

dulu mirc sampai dikatanya buang masa, astro sampai dikatanya tiada faedah, gsc dan tgv sampai dikatanya buang duit, playstation sampai dikatanya tiada manfaat.

kerja keras ini mungkin maksudnya membanting tulang, menuai padi, membajak sawah atau mencangkul. cangkul pun cangkullah. duduk tercongok mengguna otak itu tidak berguna. kesian si pencipta buku, tv dan peranti visual audio yang mampu menghantar info dalam waktu yang senteng.

hari ini kisah si facebook dan sijakun. dunia pertama yang terlalu advance telah menukar marhaein menjadi presiden. presiden di sini pula telah lapok bertugas dan baru saja melancarkan facebooknya. mungkin mechanics berbeza untuk negara yang berbeza.

yang paling sedih bila sijakin bersuara mengeluarkan fatwa melarang facebook. dengan pelbagai nada dan gayanya.

dialog yang paling tak boleh blah... "patutlah internet ofis slow... sebab korang tak buat kerja... main facebook ajer..."

Monday, November 23, 2009

sabar dan iman

islam tidak mudah melenting. panjang fikirnya. panjang sehingga berderai air mata menahan perasaan marah yang membuak buak. sabar itu besar hikmahnya. mampu mengelak bumi ini dari terus meledak dengan api api amarah yang lapar membakar alam.

tuhan pula akan melenting bila makhluknya senteng menjahanamkan alam alam dicipta untuk berteduh sementara akhirat menjelang tiba.

sabar umpama dinding peperangan menahan perasaan ganas keluar mengamuk merusuh seluruh makhluk tanpa kebenaran penciptaNya. mainan hidup bila kita diduga tanpa hormat umpama tunggul tiada makna, darjat dan takhta menghembus sedut nafas menunggu ajal tak kunjung tiba.

sebak bila diri tiada memberi makna tercipta di dunia oleh tuhan yang esa dikotak katik sesama manusia.

sabar yang kuat di bumi Allah ibarat cermin memantul iman yang tetap utuh walau diusik musuh durjana mengheret rombongan ke api neraka.

baik berpada pada

betul kata orang tua. buat baik berpada pada. buat jahat jangan sekali. arwah ayah juga ada pesan macam tu. mula mula tak faham kenapa baik ada hadnya. kalau nak masuk syurga sepatutnya infinitilah perlaksanaannya.

pepatah melayu muncul kerana pengalaman pengelaman mereka. manusia ini mudah alpa. bak kata mahathir pula melayu ini mudah lupa. lupa umpama latah yang diri mereka mudah untuk terlaku salah dan silapnya.

mengambil mudah terhadap orang yang sentiasa baik terhadap mereka tanpa berpada pada itu mungkin menjadi lumrah secara tidak sengaja. bak kata penjajah pula take things for granted agaknya.

salah siapa jika orang memijak kepala kita. salah kita kerana kitalah yang membenarkannya.

Saturday, November 21, 2009

3 tahun

hari ini genap 3 tahun wan mikhail dilahirkan. insan yang bahagia dan memberi cahaya pada seluruh keluarga. keletahnya yang sentiasa membuat kami semua ketawa.

doa daddy untuk mikhail. jadilah manusia yang hebat di dunia mahupun di akhirat. manfaatkan segala kurniaan tuhan di jalan yang benar dan memperjuangkan kebenaran.

cintailah kami seadanya kami dicipta. kerana cinta kami semua tiada berbelah bagi untukmu.

moga hidupmu sejahtera bahagia selamanya.

pohon ketenangan

syukur bila hati ini sentiasa tenang. pernah terlupa yang segalanya adalah pinjam pinjaman belaka. terlalu leka dengan kesihatan yang baik. lupa akan waktu sakit yang pernah dilalui.

hari hari yang bakal dilalui lagi. aku pohon ketenangan yang amat. tenang untuk menempuh segala dugaan dan teguran. supaya tiada hasad lahir membazir mengusir ngusir naluri yang kamil.

lurus yang kudus. tunjukkan aku jalan yang tenang. untuk aku hadapi dengan senyuman.

Wednesday, November 18, 2009

17.40

dengan muka yang resah dan serba salah, seorang lelaki berumur pertengahan 30an menegur aku yang berjalan menuju ke kereta. dia kelihatan sungguh kusut berbeg silang seluar hitam dan tshirt biru yang lusuh. ayat yang mula terpacul dari mulutnya ialah assalamualaikum.

"demi allah bang, saya bukan nak menipu abang, demi allah kalau abang tak percaya, saya hanya nak balik rumah je," ujarnya dalam terketar ketar kesedihan.

katanya, dia baru saja dirampok di chowkit. niatnya hanya untuk bertemu rakan di hotel vistana yang terletak berhampiran pejabat aku. dia terus membebel bebel berluah tentang nasibnya hari ini yang tidak baik.

"saya kecik hati melayu kita, kalau ye pun tak percaya dan ingat saya penagih dadah, cakap saja yang takde duit untuk tolong saya. dia halau saya macam apa entah sedih saya bang." meneruskan cerita dengan mata yang bergenang dalam loghat utara yang agak rancak.

aku tersenyum berdiri tenang mendengar luahan insan yang malang itu. minda aku masih sedar dan waras yang hanya terkenangkan niat untuk bersedekah pada ibuku 20 langkah yang lalu sebelum dipertemukan dengan kisah ini.

"dah buat report polis?" tanyaku ikhlas dan peka kepadanya. kalau betul dia hanya ingin pulang dan tergesa gesa bertemu anaknya yang kelaparan, aku risau kalau tidak dilaporkan pada polis dia pula ditangkap di dalam perjalanan pulang kerana segala dompet dan mykad habis lesap.

dia terus kecewa dan menganggap aku tidak mahu menolongnya dengan alasan begitu. "bukan tak boleh tolong, saya risau kalau on the way balik nanti awak kena tangkap, langsung tak dapat jumpa anak awak sebab kena duduk dalam lokap," sambil aku membelek belek dompetku yang juga nipis sejak kebelakangan ini.

dia seolah olah putus harapan. aku hanya terbayang bumi ini bulat dan berputar. hari ini mungkin aku di atas dan besok tiada siapa yang tahu. "berapa tambang balik?" "17.40 bang."

aku membelek belek wang yang ada dan menghulur kepadanya 18 ringgit sambil berpesan untuk terus ke balai polis membuat laporan.

dia dengan terketar ketar dan gelabah mencapainya dari tanganku. aku hanya mampu tersenyum terngiang ngiang terbayang sudinya tuhan pencipta alam.

3 langkah aku berjalan dan kembali menoleh mencarinya, bayangnya telah tiada. tanpa sebarang ucapan kata yang ditinggalkan.

Tuesday, November 17, 2009

mahathir dan melayu

terharu selepas menonton episod 1 biografi Mahathir Mohamed. ketepikan tuduhan buta seketika. simpati hadir berdasarkan informasi yang disuap penerbit rancangan tersebut.

perjalanan perjuangan politiknya jauh lebih tulus dari pemimpin baru baru ini. jalannya juga umpama jalan takdir yang tenang selepas Tunku, Tun Razak dan Hussein Onn yang seolah olah memberi restu kepada insan tersebut.

dipaparkan kisah hidup seorang doktor maha klinik di pekan asal. juga satu satunya doktor melayu untuk bangsanya, biografi tersebut cukup sinis berbanding melayu melayu moden sekarang.

kata mahathir yang sentiasa melihat melayu mengalami dilema, cukuplah melayu yang membiak pesat hanya hebat sebagai pesawah padi dan juga kerani kerajaan. baginya jika itu saja yang melayu mampu, melayu akan terus dibelengu dilema.

perjuangannya dilihat cukup disambut dan dipatahkan juga oleh melayu sendiri. akhir akhir ini hati rakyat lebih jumud. jumud menyembah kepala agung yang mampu membeli emas tetapi bisa menggadai maruah.

mahathir ingin melayu menyambung perjuangan dan mengekal kemerdekaan. simpatinya hari ini, melayu melayu belum terbuka hati untuk menyanjung melayu melayu yang hebat mahupun berpotensi.

penjajah penjajah tetap disembah dan dilantik menjadi penasihat mentadbir tanah melayu yang sudah merdeka kononnya.

Monday, November 16, 2009

tidak berani kerana tidak benar

difitnah dan dituduh. tetapi tidak berani untuk bersemuka. menikam dari belakang dan juga mengutuk dari jarak yang amat jauh. tidak berani kerana tidak benar malah menipu diri sendiri umpama anjing yang takutkan pada bayang bayangnya.

lumrah duniawi hari ini dalam melempiaskan permasalahan diri yang tidak mampu untuk menghadapi ujian tuhan secara terus dan terang.

tuhan maha pengampun dan maha pengasih. yang keji dan benci hanya sesama sendiri. umat manusia yang hina dan lemah. bodoh dan sombong untuk berkonfrantasi demi keamanan hidup di dunia yang amat sementara.

pahit dan manisnya nyawa bila wayang wayang pacak harus ditempuh teguh.

Sunday, November 15, 2009

This Is It atau That Was It

Micheal memang King Of Pop. Dunia memuja dia. Semua meminatinya. Sehinggakan pemergian menjadi satu fenomena yang menyentap segala jantung serata alam menjadi senyap gelita.

Ruginya konsert comeback yang terakhir hidupnya tidak terlaksana. Hanya di peringkat latihan bertubi tubi sehingga Allah mengangkat nyawa kembali ke alam nyata.

This Is It, buah tangan Choreographer dan Partner MJ untuk peminat mereka. Sentuhan diari peribadi umpama dokumentari sebagai tribute di atas pemergian MJ dari dunia hakiki. Agak kecewa kerana rangkuman itu tidak diceritakan memberi kepuasan justifikasi kenapa konsert tidak berlangsung dan kisah MJ yang kini pergi.

Kurangnya Ummpphhh kerana This Is It membuka almari tanpa menutup kembali secara rasmi mahupun peribadi. Diharap akan ada produser lain yang bakal tampil merakam kisah umpama Incredible Hulk The Movie yang memiliki dua versi.

Simpati MJ, terdetik dihati, This Is It atau hanya That Was It? Ingin lebih lagi dari King Of Pop yang merobek hati dunia dengan khabar dia kini seorang muslim.

tak paham lah

"apa dia cakap ni, tak paham lah..."

"takde keluar subtitle ke?"

"hahahahhahaha" [ketawa beramai ramai sambil bermain kompang]

dua ayat yang senantiasa berkumandang bila si Kelantan dan lain lain berbicara. Mungkin dalam nada berseloroh agaknya. Atau memang dialek Kelantan itu cukup asing untuk digelar 1 Malaysia.

Jangan pertikai dialek lain, kerana mereka mungkin tiada isu yang boleh diungkit. Teruskan mengomen dan menganalisis negeri ini kerana memang sudah ditakdir mereka umpama subjek kajian yang cukup menarik.

Sepatah kata omputeh... "We take it as a compliment..."

gamak tergamak

hasad yang kuat umpama godaan syaitan yang kelat. bila jiwa dirasuk perut yang huduh mula mengamuk. meronta ronta menggelupur menjolok jolok si hati suci. mengharap perang hasad ditabur mencari benci.

gamak tergamak menghalal cara mencapai matlamat. hati yang ketat membuak buak busuknya hasad. apa yang dapat hanya dia dan DIA yang tahu. mungkin kepuasan sementara sengsara bala dunia.

gamak mereka tiada ikhlas hidup di bumi. tergamak mereka membuat kita menambah benci. hidup yang indah di cari benci di hari hari. gamak tergamak berlaku keji terhadap diri.

Friday, November 13, 2009

taikun muda

syok sangat bila dengar orang bercita cita. al maklum spesis sendiri yang hanya sederhana inginnya. cita cita yang tinggi melangit cukup indah jadinya bila tercapai. ditumpang bangga jika bangsa kita nyata berbeza.

di umur muda di kotaraya sudah ada yang memiliki segalanya. sebut saja harta, jenis apa semuanya ada. tanah, rumah, bangunan waima kereta gila semuanya sudah terlaksana. alangkah indah hidup mereka mereka yang kuat kerjanya dan puas bergaya.

tahniah buat taikun taikun muda. kerana bukan semua mampu menjadi mereka. usaha yang gigih, ilmu yang kuat, keinginan yang ketat sahaja yang membawa mereka ke sana. dan tidak semua yang ada auranya.

tengok jam untuk order

brunch... breakfast dan lunch... waktu yang sering aku tunaikan kewajipan untuk santap di pagi hari. duduk keseorangan menikmati rezeki pertama DIA, aku terperhati gelagat umat umat yang lain di lokasi yang sama.

rata rata akan melihat jam tangan sebelum membuat pesanan dan memilih makanan untuk dimakan. tetapi aku tidak.

aku tertanya tanya. jam tangan yang ingin dikenyangkan atau perut mereka. nafsu nafsu kini mula dikawal oleh waktu nampaknya. kurang tepat peribahasa 'tepuk dada tanya selera'.

kini, 'tengok masa tanya selera' lah gayanya...

mual melayan

macam dah takde benda lain untuk dibincangkan. asyik asyik pasal republik kecil ini. apa sangat yang diinginkan dari serambi mekah ini. katanya mineral yang kaya dan minyak yang melimpah. mampu menampung poket menjoli satu negara.

pelbagai sudut diserang hanya untuk menarik perhatian dan menjolok sarang tebuan yang berdarah merah.

mual melayan sindiran marhaein umpama serambi mekah ini puak lain yang kejam dan harus dihapus.

Monday, November 09, 2009

tiada benda untuk dikutuk

melayu dasarnya suka mengata. menikam dah menjadi darah dan daging. gelisah melihat bangsa sendiri maju. jikalau bangsa lain ke depan mereka tidak kisah. malah lebih menyokong.

mungkin semulajadi sudah tertanam hasad terhadap sesama bangsa. mungkin sumpahan yang sukar dibuang agaknya.

cadangan yang bodoh disanjung sanjung. terutama datang dari mulut penjajah. kerana ianya disampaikan oleh si tubuh asing berwarna lain dari warna bangsa sendiri. kata kata mereka diangkat umpama kata kata mereka yang terkenal di persada hollywood. walapun tiada isi dan faedah mengangkat rakyat dan negara.

si melayu sendiri memberi pendapat yang lebih hebat dan bergeliga. namun naluri asal bangsa semua adalah si hamba pengikut kata pemerintah. tidak langsung berbunyi menyokong pendapat. malah hanya terdiam tanda tidak dapat terima dan ingin saja ditikam tikam.

tiada benda untuk dikutuk. benda memuji janganlah diimpi.

kelantan vs n9

tiada salahnya negeri negeri ini. kaya dengan adat tradisi yang begitu kuat resamnya. kedua dua layak untuk ke final bola sepak liga malaysia. penduduk penduduk mereka mula diuji. diuji semangat kenegerian dalam sukan tersohor di dunia.

lautan merah mula melimpahi stadium bukit jalil. hentian lrt bukit jalil umpama daerah daerah kecil kelantan dengan puak puaknya meriah bersiap sedia. si comel kuning pula tersilap langkah untuk turun dari lrt yang sama dan parkir di kawasan yang sama. kesian mereka mereka yang menjadi mangsa botol dan mercun akibat kegumbiran sorak si merah yang tidak terkira.

semangat negeri semakin membuak. hanya dikenal pasti melalui baju merah yang dipakai semua. mengangkat kepala bertegur sapa umpama saudara yang lama tak jumpa. meriahnya penyokong hanya tuhan yang tahu. hadir dari latar yang maha berbeza. si miskin hulu mahupun si kaya hilir tak kira darjat duduk bersama sama. atas tujuan mengharap nasib negeri dijulang mulia.

satu stadium merah menyala. hanya suku si kuning tersepit diam umpama si pacar hina. permainan bermula dengan sorakan. diselang dentuman bukan kepalang. penyokong mula menunjuk baran. tidak dihirau si polis saran.

gol pertama menyinggah di jaring. tersentap jantung terdiam kering. penyokong merah mula berpaling tidak disangka dipukau saing. cuba bertenang cuba berjuang. menyokong kembali si merah sayang. dari jauh berjuang datang. mengharap menang mengharap girang.

wisel mula bertiup kencang. dentuman letupan semakin riang. penyokong bangkit teruskan peluang. pejuang merah diarah tentang. berdiri bagaikan tunggul. bagaikan dipukau berdiri sugul. gol kedua hadir menyergah betul. penyokong tergamam terbodoh badul.

segalanya menjadi kelat. sang merah ramai merasa sesat. termenung menung tersekat sekat. si sial terjatuh penalti diikat. jaringan ketiga terus bergema. si merah terkujat terpinga pinga. terus bangun tanpa semena. pergilah bola dah tiada guna.

dari hutan kami datang. tinggalkan bini dan sanggup berhutang. banjir melanda pasukan dijulang. korban dihati dibalas jalang.

terima kasih di atas kelayakan. terima kasih memberi peluang untuk rakyat negeri berjejak kasih. terima kasih di atas kenangan yang tidak mampu semua lupakan. kenangan yang menjadi sejarah setiap mereka berdarah merah.

Saturday, November 07, 2009

insomnia

nak termuntah muntah rasanya. mula mula tidak lena kerana terlalu banyak cahaya masuk mata. dikatanya migraine. mabuk mabuk dan mual loya dibuatnya.

terhoyong hayang berpusing pusing badan ini cuba bertenang. sehingga perut mencari dedak. diisi maggie berinti telur. kononnya ubat penyenyak tidur.

berengset. makin parah dibuatnya. kepala pening mual berangin. perut penuh berisi makanan. badan letih tetapi otak tetap merayau rayau.

insomnia lagi. terlalu suspen untuk acara hebat di esok hari.

berengset sungguh!

Friday, November 06, 2009

Asabiyah Mula Berarak

Semangat satu jiwa. Jiwa melayu kelat yang cukup bersatu. Dalam bahasa dan loghat yang sering diejek lawak. Mereka mereka kini mula berarak.

Di dada media sudah mula berbicara. Bicara nasihat kononnya puak puak ini umpama sakai yang bakal mengoyak pagar. Pagar jeriji melapik si fanatik dari merobek pengadil yang bakal bodoh dan tidak adil. Ungkapan media mula berbunyi "Penyokong penyokong diminta mengawal tingkah laku."

Belum pun apa apa bermula. Si Asabiyah mula ditarbiyah. Umpama pengganas yang tiada pedoman. Hanya dengan semangat rumpun negeri, mereka ditafsir menakluk bumi.

Tidak... mereka hanya bersemangat pekat. Bersatu Teguh Bercerai Palat.

Bila Si Asabiyah Mula Berarak. Yang elok disorok, yang buruk dinampak.

Monday, November 02, 2009

bola kita

kita susah nak layak. tapi bila kita layak jer, terus kita excited bagai nak rak. semangat berpasukan terus berkobar kobar. semangat kenegerian bertiup kencang. tapi itulah warnanya semangat kekitaan yang ada dihati.

menempah tiket, berpakat pakat dan berkumpul kumpul untuk tujuan yang sama. bukan selalu pun boleh buat macam tu. bukan selalu pun mampu berlaku macam tu. tapi sekali sekala menarik juga kisahnya.

tapi bila kita layak, banyak pulak komplennya. bila kita layak, kurang pulak liputan positifnya. dah nasib kita. rasa macam terasing di bumi sendiri pun ada. sekali sekala dilayan macam tu bagai republik pula rasanya.

cerita pedih dari kita, cukup laju diwar warkan mereka. cerita pedih menimpa kita buat tak tahu saja.

bola negara memang tak semegah bola orang orang putih yang tetap suka menjajah kita.

semoga terus jaya... bola siapa kalau bukan bola kita.

roda impian

ingat lagi pesan arwah ayah. katanya bumi ibarat roda. berpusing pusing. kejap kita di atas. kejap kita di bawah. "so... boy kena sentiasa humble dan mengalah... tak rugi hidup. orang pun akan sentiasa hormat kita."

ada member dia pulak kata... bumi ini ibarat 'roulette'. mungkin maksudnya sama macam roda kot. berpusing pusing. tapi bila aku google, nampak gambar yang judi judi macam kat casino tu. hehehe... entah entah itu maksudnya. kejap menang kejap kalah kot.

well... apa apa pun aku setuju. hidup sememangnya ibarat roda. jadi, aku sentiasa berhati hati dan bersyukur di atas rezeki PEMILIK bumi ini. hidup ini juga ibarat perjudian. adakala tekaan kita menjadi dan selalunya juga tekaan kita melecet.

hadapilah hidup ini umpama roda... roda yang penuh impian.
[soundtrack roda impian sambil halim othman senyum senget keluar pentas]

Bengang Dengan Bos

Sekadar Renungan Bersama...
Dipetik dari "Berita Harian"

DJ radio bengang perangai bos

SUDAH lama Kak Pora terdengar cerita kelakuan `lalok' orang kuat di sebuah stesen radio ini. Bagaimanapun, ceritanya kejap timbul, kejap tenggelam, jadi Kak Pora abaikan saja. Bagi Kak Pora, manusia rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Kadang kala Kak Pora tergelak sendiri mendengar cerita ideanya yang macam syok sendiri.

Bayangkan punya nak mengena anak buah, orang kuat stesen tu suruh pakai misai Datuk K ketika menemubual Datuk Siti Nurhaliza dalam satu segmen baru-baru ini. Apa sebab nak buat macam itu, bukan keluar TV pun, sampaikan Siti Nurhaliza dikatakan rasa tak selesa. Bukankah lawak bodoh namanya!

Khabarnya, anak buah sudah lama tertekan dengan idea bos yang entah apa-apa, lebih banyak menyusahkan. Dari dulu Kak Pora tengok seorang demi seorang anak buahnya angkat kaki. Ingatkan sebab tak tahan dengan bebanan kerja, sebaliknya Kak Pora dengar ramai tak tahan dengan perangai orang atasan ni. Khabarnya si dia ni pun akan `blah’ juga tahun ini, dapat tawaran kerja baru, tak pastilah pula kerja apa. Kak Pora juga dengar rungutan, anak buahnya tunggu masa si dia ni angkat kaki saja, dapatlah hidup tenteram sikit.

Dengar cerita si dia ni sudah mengeluarkan notis larangan merokok, siap tulis `Dilarang merokok di sini, kalau tak didenda RM10,000’. Macam nak terburai perut dibuatnya, siapa dia boleh senang-senang nak denda orang sampai RM10,000? Nak kata bergurau, tapi nadanya serius. Begitulah tahap kronik perangai si dia ni!

Sudahlah bulan puasa lalu kerah anak buah berniaga, kononnya nak bagi duit raya. Ada yang rasa macam terpaksa menagih simpati orang pula disebabkan nak duit raya. Yalah, mereka pun bukan hairan sangat, tiada duit raya pun tak apa, asal gaji bulan dapat, tapi idea si ketua ni memang menyusahkan. Orang lain bulan puasa nak berehat, tapi anak buahnya terpaksa buat kerja sampingan lain, selain kerja yang sedia ada.

Ada yang anggap bila berniaga, seolah-olah menyekat rezeki peniaga di situ, yalah mereka siap bawa artis popular kononnya nak melariskan hasil jualan, kasihan tengok artis popular yang terpaksa turun padang sebagai umpan. Khabarnya mulanya kebanyakan artis tak pernah pun bagi kata putus nak datang, tapi dah dihebohkan dalam surat khabar, jadi nak tak nak, terpaksalah tunjuk muka.

Kak Pora harap ketua stesen radio ini ubahlah perangainya itu. Kak Pora cuma sampaikan rungutan juruhebah yang bertugas di stesen radio berkenaan saja sebab mereka akui dah tak tahan dengan perangai bos mereka.

KAK PORA: Teringat kenalan lama yang bertugas sebagai juruhebah radio Kelantan FM, DJ YY. Apa khabar agaknya dia tu.

Tinggalkan Suria FM

Sekadar renungan bersama...
Dipetik dari "Utusan Malaysia - Penyebar Fikiran Rakyat"

Engku Emran tinggalkan Suria FM?

Oleh NIEZAMniezam@utusan.com.my

Eh... betul ke berita yang Niezam dengar ni? Ataupun satu spekulasi yang dibuat atau disebarkan untuk mengejar rating? Tapi itulah... Nampaknya stesen radio Suria FM sudah mengeluarkan cahaya suria yang semakin panas.

Sebelum ni ada beberapa staf stesen radio itu dah meletak jawatan seperti KC Ismail, Zaryn, Zana (AF) dan terbaru pula deejay Akhtar. Bulan lepas pengarah Rancangannya iaitu Subi telah ditukar ke bahagian lain.

Terbaru Niezam dapat tahu Ketua Pegawai Operasinya (COO) iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin yang popular tu pun akan ikut langkah serupa untuk meninggalkan stesen radio itu.
Sejauhmana benar cerita ini tak dapat dipastikan sebab bila Niezam korek dari sumber Suria FM sendiri, mereka semua bagi jawapan tak dengar apa-apa. Ataupun mereka sengaja nak simpan rahsia ni sehingga pengumuman rasmi dibuat.

Menurut sumber pula pengunduran Emran disebabkan rating terbaru yang dikeluarkan menunjukkan pendengar Suria FM merosot berbanding tahun lepas.

Disebabkan tak nak pening kepala, Emran buat keputusan untuk “chow chin chow” sajalah. Dalam masa yang sama khabarnya Emran mendapat tawaran lebih tinggi dengan syarikat penyiaran lain. Wah... bagus!

Tapi kalau soal rating dijadikan ukuran untuk meletak jawatan tu kira tak adillah. Bukan apa, rating yang dikeluarkan pun kadang-kadang bukan boleh percaya sangat sebab sistem tinjauan yang dibuat mungkin boleh dipersoalkan.

Tapi khabarnya juga ada beberapa nama yang sudah dikenal pasti untuk dipancing masuk ke stesen radio itu.

“Ada individu yang hebat berkemungkinan akan dipanggil untuk menyertai Suria FM. Mungkinkah orang dari stesen radio milik Astro? Siapa tahukan?,” kata sumber itu.

Harap-harap kalau benar Engku Emran nak tinggalkan stesen radio itu, fikirlah semasak-masaknya sebab Emran bukannya orang baru dalam bidang penyiaran radio ni. Tapi kalau dah ada offer sepuluh kali ganda, apa salahnya nak cabut...!

NIEZAM: Yang sini pergi yang sana mari.

asabiyah

"mereka memang macam tu, suka berpuak puak"
"diorang kalau dah jumpa puak puak dia, memang tak layan orang lain"

ayat popular berkumandang di telinga aku yang tak pernah nipis. malah sentiasa bangga dan megah di atas bait bait itu.

bersatu kami kerana hati. bersatu kami kerana ikhlas. bersatu kami kerana saksama. pintu kami sentiasa terbuka untuk dimasuki. tetapi sudikah anda untuk memasuki. sudikah anda untuk menyelami. sudikah anda untuk memahami.

tiada yang sukar untuk bersatu. lemahnya pendirian mudahnya berhanyut. itulah kami yang memelihara bangsa. bangsa dan rumpun puak yang sekata. tak kira kaum dan juga warna. satu bahasa dikira keluarga.

namun zaman moden semakin memecut. segala cepat segala berkira. engkau engkau aku aku. hari ini kita bersama berlumba. kasih dan hati semakin susut. darah dan daging semakin kecut. tiada kita tiada kami. tiada suara mengikat janji.

urbanisasi melupus hati yang murni. bersatu umpama keluarga, tiada lagi. tiada bangga bahasa ditutur. tiada megah perbarisan dianjur.

semoga kiasu mencuit hati jelata dan buat mereka tersenyum bangga kerana tiada lagi istilah asabiyah yang akan mengganggu mata mereka di dalam negara.

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sunday, November 01, 2009

pemuzik jalanan

masih diberi rezeki menganjur acara untuk remaja walaupun diri sudah berusia. baru kini mampu memahami hati orang tua yang geli geleman melayan kerenah si riang muda.

acara battle of the band, mencari bakat untuk diketengahkan. pertandingan kugiran peluang peraga kemahiran bermain alat muzik pelbagai genre.

apa yang menggelikan hati diri ini ialah bila mereka mereka itu hadir untuk acara dalam nada rockstar terkemuka dunia yang dibayar berjuta juta. dengan lagak dan gaya, lambat dan kerek. lengkap semua pakej bak artis yang sudah popular.

sabar sahajalah bila dibanding dengan orang orang seni lama. jauh orang dulu lebih disiplin, fokus dan tekun.

kalau ini kualiti attitude, tidak mustahil industri seni negara kekal tepu berkarat setempat. tidak mungkin untuk ke luar negara, berjaya mahupun kaya.

dasar pemuzik jalanan berwayang tinggi.