Thursday, December 26, 2013

Kos sara hidup

Semua bising bukan sebab apa. Memang sebab terasa dan terkesan. Apa yang diperolehi tak sama dengan apa yang harus dibelanjakan.

Tak payah goyang kaki dan membebel sambil goyang kaki. Semua pedih sebagai orang ramai yang biasa aman dan tenteram tapi kali ni semua harus dihadap dengan senyuman walau ada kepahitan.

Tuhan harus tolong. Umat umat tetap doa agar dipermudahkan. Malas dan penat nak layan birokrasi yang turun naik ketenangannya.

Wednesday, February 06, 2013

Suria FM Tampil Berbeza Dengan Topik Sukan - Mesti Hibur - Media Hiburan

Suria FM Tampil Berbeza Dengan Topik Sukan
suria
Khusus untuk peminat-peminat sukan, stesen radio Suria FM kini tampil dengan sebuah rancangan baru berjudul 'Grandstand Suria' yang merupakan sebuah rancangan radio bual bicara yang mengenengahkan isu sukan dalam dan luar negara selain isu-isu semasa.
Ke udara selama empat jam bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi pada setiap Sabtu dan Ahad, 'Grandstand Suria' akan dikelolakan oleh dua orang penyampai iaitu Naim dan Wan Ajaib.
 
Selain ditemani celoteh dua penyampai ini, penonton pastinya berpuas hati dengan pengisian rancangan ini yang akan menjemput personaliti Sukan ternama ke studio selain menawarkan banyak hadiah dari kuiz dan peraduan yang akan diadakan. 
 
Kepada pendengar setia Suria FM, jangan ketinggalan mengikuti 'Granstand Suria' yang tentunya membawa kelainan kepada segmen pagi dalam dunia penyiaran radio di negara ini.