Friday, October 30, 2009

berangan lagi

Mangkuk betul mamat ni. Dia pergi eksiden pulak kat tempat dia. Tercalar sikit jer pun, sebab lari dari paparazzi. Tapi awak tu dah la top artis dunia. Dah citer tu jadi berita seantero.

Sekarang tak pasal pasal aku tau rupa dan gaya lu naik moto macam mana. Aku ngan lu ni memang pantang la. Pantang tak berangan nak jadi lu.

Sekarang siapa yang susah. Aku jugak yang susah sebab nak kena berangan cari motor macam lu. Pastu bini aku jugak yang susah hati sebab laki dia bawak motor.

Sah sah kau naik kereta kebal ke... Steam roll ke jadi trend. Inikan pulak motor yang klasik lagi cool. Lain kali jangan eksiden. Takde orang akan tulis berita kau. Sure aku tak berangan punya.

Brad Pitt... Brad Pitt... Berapa kali aku pesan kat kau.

Dhani The Swinger



berpeluang untuk hadir pada perlancaran album terbaru Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19 Indonesia berjudul 'Muhammad Dhani & The Swinger' di Bangkok Jazz Kuala Lumpur. Dakyah baru yang cuba ditanam ialah dia merupakan pelopor 'pioneer' genre Jazz mahupun Swing di persada nusantara.

Seperti biasa, dia kekal bongkak dan hanya bercerita tentang dia, dia, dia dan dia sahaja. Bagi aku yang hampir menyembah dia, Muhammad Dhani & The Swinger hanya merupakan karya tumpul 'cover his ass' untuk hari tua yang semakin pancit dan tidak mahu lagi terkinja-kinja.

Ujarnya, album ini lebih kepada idealis dirinya sendiri atau dalam kata lain, album syok sendiri. Akurnya dia bila terpaksa berbelanja dengan wang ringgit sendiri sambil lagu lagu yang diremake kembali pada nada swing adalah lagu lagu kegemarannya sendiri.

Namun awranya dilihat semakin kuat di Malaysia apabila, kini peminat peminat barunya adalah terdiri daripada golongan golongan yang suatu ketika dulu mungkin tidak akan menerima Ahmad Dhani Dewa 19 dan juga The Rock.

Muhammad Dhani & The Swinger terbukti menyelamatkan kariernya sambil meletakkan namanya bersama pendengar muzik jazz dan swing yang rata rata terdiri dari golongan atasan dan elitis.

Wednesday, October 28, 2009

munafik jika tidak berpoligami

adoyai... letih sungguh fahaman dan ajaran si muhammad dhani sekor ni. konflik rumah tangga dibuatnya. ilham mana entah datang tiba tiba membuatkan dia buat statement sebegini.

lagu dan karya seni dia terlalu hebat untuk i.q serendah aku. mengagungi dia adalah harus bagi umat melayu ini yang turut meminati seni muzik dan jiwa sebegitu.

namun kontroversi terbaik membuatkan diri ini terduduk seketika dan berehat sebentar dari terus menyanjungi beliau.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/10/26/mstar_hiburan/20091025122436&sec=mstar_hiburan

binatang dalam kita

bayangkan kita adalah manusia terkaya di muka bumi. segala benda mampu kita beli dan miliki. terutamanya jika ada yang bercita cita untuk membeli kelab kelab bolasepak ternama di dunia.

bayangkan kita memiliki wang yang tiada hadnya. apakah 3 binatang yang ingin kita pelihara?

1. binatang pilihan pertama : menggambarkan perwatakan yang kita mahu orang fikirkan.
2. binatang pilihan kedua: menggambarkan perwatakan kita yang orang lain fikirkan.
3. binatang pilihan ketiga: menggambarkan perwatakan kita yang sebenar.

pilih 3 binatang sekarang dan anda pasti kenal siapa diri kita sebenar.

apa binatang dalam hidup kita?

bila judging a book by the cover

'meeting', perkataan yang memang asing bagi mamat kampung ini 20 tahun lalu ketika riang riang berlari lari di kawasan perumahan rumah kami. hari ini, situasi itu sekerap ruji ke tandas yang dijemput berkali kali.

semalam, berpeluang ber'meeting' dengan orang besar akhbar kegemaran arwah ayah 'the star' bagi membincangkan mengenai akhbar bahasa melayu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

hamba ini tampil dengan jeans koyak, bertshirt band hitam, dengan converse menyarung tapak. tidak lupa rambut kerinting menyelaputi kepala juga kaca mata selenga peneman mata. betapa diskripsi itu menggambarkan betapa cikainya individu ini.

sesi perbincangan rancak berjalan. idea berterabur di meja mencari kata tagline untuk akhbar mingguan terbaru versi malaysia. sehingga giliran suara ini berkumandang tiada sesiapa yang menghirau waima mengambil kisah sumbangan maklumat yang cuba dikongsi.

diri ini sedar kerana mereka mereka berlabuci di kepala mahupun berbaju kot berfabrik mewah tidak mungkin ambil peduli. diakhir majlis senyuman dan bualan mula disahut setelah kad nama diserah bertulis creative producer,"ooo... for sure you can give us creative idea la...."

bila judging a book by the cover... itulah manisnya.

Tuesday, October 27, 2009

bayi vs kereta

situasi berlaku di kawasan orang orang kaya tinggal. waktu pula jam 9 malam. ada yang baru balik kerja dan mungkin ada yang baru lepas makan malam.

ibu dan ayah dan mungkin saudara mereka sedang menolak kereta sorong bayi untuk melintas jalan raya yang tidak terlalu sibu tetapi tidak terlalu tenang. cuma ianya agak kelam kabut kerana ada stesen minyak dan satu lorong keluar.

mereka terperangkap di tengah tengah mengharapkan dengan mudah diberi peluang untuk terus melintas. alangkah hebatnya rakyat malaysia yang terkenal dengan budi bahasa serta nilai murni amalan hidup kita, malaysian airlines = malaysian hospitality, bersalaman sambil meletak tangan di dada tanda welcome dan adat resam yang tinggi dalam setiap kaum.

tiada sebuah kereta pun yang memberhentikan kereta mereka memberi peluang keluarga tadi melintas jalan. masing masing memperlahankan seolah olah memastikan keluarga itu tidak melintas dan sebaliknya membenarkan kereta kereta itu pergi terlebih dahulu.

mungkin kesemua mereka yang memandu tadi terkena cirit birit. kerana dengan berhenti selama 12 saat dan membenarkan keluarga bayi tadi melintas, mereka akan terkincit di dalam kereta lantas tahi tahi cair mereka tadi tepercik ke muka lantas dijilat kerana begitu bangga mereka mampu berak di dalam kereta sambil berlalu mentertawakan bayi tadi yang hanya berjalan kaki di jalan raya.

budi bahasa amalan hidup kita.

Monday, October 26, 2009

konspirasi murahan

selalu begitu. perjuangan kecil kecilan menentang kezaliman. tak kira di mana zalim berlaku. ingin ditentang sepenuh hati, perasaan dan emosi. tubuh dan jiwa kecil ini sering meronta bangkit berjihad mencari sempurna.

maka timbul konspirasi murahan dianggota mereka yang tumpul semangat sekadar syarat. namun niah dan azam tetap kuat walau dirasuk melayu perlahan berjalan segan.

akhir kata mereka pecah bertabur kecil meratap hati. membawa diri mencari paksi. nasib yang sama di mana mana paksi dicari, paksi ditemu tetap paksi penipu.

Sunday, October 25, 2009

EH!

Party Ulangtahun 10 Yang Anggun untuk majalah EH! berlangsung dengan penuh glamour meraikan pembaca pembaca setia mereka. rata rata pembaca berdemografi Young Executive Urban area. Tahniah diucapkan kepada Blu Inc, penganjur yang begitu hebat bergaya.

Camelia, Ella, Rozita Che Wan, Fasha, Tg. Azura, Fazura, Dato Siti, Maya Karin, Nasha Aziz dan Diana Danielle merupakan 10 Yang Anggun pilihan majalah EH! Pilihan mereka agak tepat dan bersesuaian. Terbukti itu kepakaran mereka.

Namun manusia tetap hebat mencari cacat cela. Dan ada beberapa saja kekurangan acara tersebut yang mengusik hati ini.

Kehadiran peminat melebihi kemampuan lokasi menampung bilangan.
Panas yang terlampau yang merubah sebuah kelab pub bistro megah CENTRO kepada sebuah sauna dan pusat kecantikan pemanas badan.
Kelam kelibut reserve seating yang tidak mengambil berat pihak media yang berpotensi memberi milage kepada penganjur mahupun artis yang hadir.
Sikap ajk pendaftaran yang membelakangkan ajk penganjur bersama dengan tidak menjaga kebajikan masing masing.

Namun segala-galanya mampu dihurai selesai jika sikap ignorance lenyap dalam diri setiap insan.

Waima obstacle yang melanda, EH! Tetap Maintain Anggun. Keep it up guys.

Saturday, October 24, 2009

lesu untuk berhibur

lagi bercerita soal usia. kuat sangat terasa lemahnya anggota. terutama ketika ingin melakukan kerja kerja. walaupun dalam tema acara yang gemilang ceria. badan ini seperti ditarik tarik untuk berbaring di katil sahaja.

lemah dan tidak semangat walau perkara perkara berlangsung di venue yang megah bergaya. bicara tentang segala kelab mahupun penaja berjenama. badan ini mengalah untuk alpa di rumah bahagia.

salam perpisahan buat dunia hiburan yang ingin ditinggal perlahan demi perlahan.

600 ribu ringgit untuk sebuah motor

memang tahap gaban minat mereka ini. jentera beroda dengan harga sebegitu rupa. memang sah fanatik atau orang kaya gila.

kalau di hometown aku 600k mampu terbina sebuah mahligai syurga berbilik 10 beranak 20 gayanya.

tapi itu dinamakan kepuasan dengan tahap yang berbeza. kejayaan di paras yang diluar duga. serpihan kisah hidup di negara kita.

nipis saja jika dibanding mereka di UAE atau pemain bola bertaraf dunia.

gua bajet lu punya bajet memang sempoi

sedar diri pemilikan kuasa yang rapuh dan mudah runtuh. pembentangan bajet dilihat sungguh selamat dan teliti mesra. memilih jalan untuk digemari jelata.

anyway whatever nawaitu waima ulterior motive, segala terucap dan tertulis kekal diaplikasi. jika selalu majoriti rakyat yang menanggung buli, kali ini kerajaan konon menanggung rugi.

atas modal rakyat didahulukan. bajet ini adalah bajet rakyat. memang sempoi.
memang gua bajet lu punya bajet memang sempoi.
lu tadbir negara dan buat lawak pun dah macam A C ?

ducati events oleh naza

naza cukup kaya dan hebat dalam menjayakan events ini. melancarkan model ducati street fighter terbaru dengan penganjuran party yang begitu happening bersama warna tema logo ducati iaitu merah putih.

namun seperti biasa, kehebatan cara globalisasi bersuka ria, air air itu dijamu secara percuma. rentak lagu berdentam dentum juga sudah cukup untuk menggoncang kepala kepala pemilik ducati, ferrari mahupun si kaya bermotor chopper.

tidak mampu untuk menghayati, aku yang disarung sweater vespa lebih sudi meneguk teh tarik setelah melangsaikan tugasan yang disaran syarikat bekerja.

tahniah untuk naza atas kelancaran acara.

Thursday, October 22, 2009

jika mampu aku carut dengan halilintar

laknatnya sikap mereka mereka ini yang nyata sial juga sifat budi nilai hati benak. sial insan insan yang celaka tidak mulia menilai nafas dan nyawa umat lain terutama mereka bergelar anak kecil kita.

tergamak tangan kotor bangsat si sial hanjing menyentuh jamah meluka tubuh budak yang tidak kenal erti neraka. suci mereka menghadap syurga dibiar hidup bersama sial sial celaka melakar pedih tubuh murni anak anak kecil milik Yang Esa.

jika mampu aku mendoakan hidup hidup si sial sial ini dicarut dan direjam bagaikan panah lintar merentas badan hanyir mereka yang menakung darah jahanam hidup selama seketika meminjam harta tuhan berkuasa.

kau calarkan anugerah DIA umpama kau lukakan hati seluruh umat jelata. jika mampu aku menderhaka, akan ku hancurkan anggota sifatmu satu persatu agar engkau tahu erti berderai pecah hati aku meratap sanggup kau merobek tubuh si kecil suci yang tiada berdosa.

semoga Allah dapat membalas.

kreatifnya aku

dibawa berjumpa client untuk meyakinkan idea syarikat itu gempak dan mampu dijual. rasa seperti peguam pula. diberi peluang untuk merapu dan memberikan gambaran terbaik kononnya dalam memasarkan produk dan kempen mereka.

dengan vokal dan gaya persembahan tangan senada adlin aman ramli. melayu kampung ini berjaya membuahkan pemikiran yang kononnya berseni kepada bangsa lain yang selama ini memandang jauh ke bawah umat takkan hilang di dunia ini.

kepuasan dan riak kecil mula terbit dalam melangsaikan kerjaya yang sebelum ini terumbang ambing nilai penghargaannya.

syukur aku dikurnia minda gila ungkapan arwah terhadap dunia seni kreatif jiwa.

kalam perdana

tidak pernah ada hati untuk mencuba bakat yang kurang yakinnya pada arus perdana. mampu menglipur dan berkarya yang sederhana indahnya sahaja.

aku cuba mencuba bercerita lama kenangan tokok dan tambah untuk dilihat megah di laman perdana milik air asia. blog.airasia.com diberi nama.

percubaan santai yang menikam tiket untuk ke motogp berjudul 'my wildest ride' dan terkena tikaman itu untuk menghadiri di grandstand utama.

tembakan itu mengena. karya itu terpapar pada dada laman coretan yang semakin popular. penglipur ini hanya mencuba dan terus mencuba. dalam menghayati nafas ketika masih ada.

kalam jumud ini kini cuba hadir jolokan kalam perdana.

curiga

bila ada bisikan dia. maka curiga muncul mengusik jiwa. mengganggu kekukuhan tiang terbina. hati ini harus kuat dan iman itu main peran.

tawakal saja pada pemilik moga redha temani kalbu.

hadir curiga menguji hati yang cuba mengukuh jambatan kasih cinta demi dia pencipta kita. tepuk dada tanya selera dan jangan kau hampiri jahil jika itu perapuh batil.

Monday, October 19, 2009

aman malaysia

baru setepet ilmu mengembara ke luar negara tetapi masih tercari cari negara negara lain sehebat malaysia. hebat menyatukan segala menu di seluruh dunia hanya di satu foodcourt sahaja. foodcourt itu pula berada di mana mana di negara ini. yang paling menyukurkan ialah semuanya halal.

murah pula dibandingkan dengan segala negara di dunia yang menyajikan menu yang sama. ada juga meletakkan harga yang gila hanya kerana menu itu menu yang unik di negara mereka.

amannya malaysia bila pelbagai bangsa hidup bersama tanpa sebarang benci cela. selain dihasut atau disuntik hasad seketika masa oleh mereka yang tidak bahagia.

terbukti bila segala macam bangsa dunia mengharamkan diri memijak di bumi malaysia tercinta atas dasar mencari kerja. tidak pula rakyat negara ini kecoh menghalau mereka kerana masyarakat di sini bergeliga walau digelar dunia ketiga.

indahnya hidup tanpa sebarang perang, ganyang, gempa mahupun celaka akibat restu dari Tuhan yang Esa. biarlah malaysia terus aman dan bahagia sehingga kau seru israfil meniup sangkakala.

tunjuk power

pethatic - bila kita mengenalpasti tindakan atau perlakuan yang disengajakan. dengan niat mengharap reaksi tertentu. yang paling kesian bila ianya adalah usaha untuk menunjuk kekuatan yang terang-terang disedari oleh sekeliling sebagai sesuatu yang sia sia.

ini kerana terbukti ada pertelingkahan peribadi semulajadi dan juga perlakuan yang dibuat buat tadi.

lalu wujud perasaan tidak hormat dan memupuk kebencian terhadap mereka mereka yang pethatic ini dan jelas melanggar kehendak Esa untuk menidakkan permusuhan sesama insan.

penang

melihat dari kacamata ingin memiliki. sesebuah negeri atau negara memiliki kelebihan tersendiri. kurniaan Esa dari segi geografi mahupun demografi. namun bagaimana diaplikasi dan siapa kini yang mengemudi.

kelekaan kerajaan persekutuan memberi peluang kepada pulau mutiara ini dikuasai oleh pembangkang parti. sedang aku mengkhuatiri apa sangat yang dimahukan pada sebuah pulau yang kini menjadi nadi.

usaha kerajaan besar menakluki tertumpu kepada dun dun ketot kemetot yang memberi kepuasan sorakan untuk bergaduh sesama psychography. sedangkan seluar terlondeh untuk memerhati sebuah negeri yang berpotensi menakluki selat selat laluan ekonomi.

masih tidak mahu belajar dari kehilangan singapura oleh PAP. dan kini melempias kebodohan yang sama terhadap penang kepada DAP.

lubuk itu tetap lubuk. negara yang dulu lengkap memiliki segalanya baik dataran, kuala dan juga pulau kini bakal hilang anggota.

melihat penang dari kacamata rakyat yang perihatin. penang sebuah pulau ekonomi nadi negara yang harus dimiliki.

memandu marathon

dari penang ke kuala lumpur. memandu dalam suhu mengantuk dan letih dari percutian yang mencabar dan mengembirakan. tetapi dikejutkan oleh beberapa teguk nescafe classic.

berjaya menamatkan perjalanan pada exit tol jalan duta.... blueekkkk 3 jam lebih... wuhu kereta yang banyak dan meriah selepas pulang beraya vathukal.

masuk pula ke highway DUKE... memecut pantas kerana tidak sabar untuk menjengah rumah yang ditinggalkan selama hampir 5 hari. dan apakah nasib ikan puyu ku terpaksa berpuasa 5 hehehe...

selamat tiba. dengan pantas dan cargas memandu ke ampang point untuk membeli hadiah kepada adinda ke 5 yang menyambut harijadi pada hari yang sama dan menanti di rumah bonda di putrajaya. alamak! ampang point takde... langsung ke KLCC butik nike mencari jersey MU. opocot! dah habis... adoyai... ok... mengangkat sweater yang agak gempak juga designnya berbanding LIV...

vroooommm!!! memecut ke arah jalan Tun Abdul Razak untuk ke highway sungai besi - seremban. dalam masa setengah jam tiba di putrajaya dengan rasa yang cukup lega langsung mentekedarah jamuan makan yang telah disediakan. singgey, budu, petai, tempoyak yang melempiaskan nafsu kelaparan pengembaraan.

alamak! harus memandu pulang ke rumah. memecut lagi dengan pantas kerana apa yang dibayangkan hanyalah bantal yang empuk di atas katil.

krooohhhhhh zzzzzzzzzz akhirnya... dengan selamat.

Sunday, October 18, 2009

para para parasailing

haram aku nak mengadventurekan diri kalau mengharapkan kromosom semulajadi. tak kira apa aktiviti. sesempoi roller coster hingga ke bungee jumping. semenjak dua menjak tiga menjak ni jer perut semakin nipis ususnya bertoleransi dengan kehendak insan bergelar isteri.

bermula dengan sesempoi chairlift yang tinggi dan tak pakai seat belt begitu juga dengan gelongsor waterpark yang membuatkan adrenerlin semakin cair membuak di dalam darah kecut perut keturunan famili samseng kampung dusun ini.

ke pantai batu feringgi, diiringi riak riak pelancong yang rugged diri. aku mula melangkah perlahan macho di atas pasir bersama isteri dan anak menuju ke tepi pantai. preeeennnnnggggg!!! jetski mula melintas. prrrroooooooonnnnnnnn!!! motobot meluncur eksyen... nun jauh di atas langit dua payung terjun terbang ke kiri ke kanan pantai membawa makhluk makhluk bergayut bernama manusia.

aktiviti ini nyata merangsang nafsu isteriku yang cukup nipis toleransinya terhadap sukan X atau lebih dikenal sebagai xtreme game. sungguh opposite dengan sifat ku yang lebih suka menghabiskan masa di dapur, mengemas rumah dan melipat kain baju.

demi cinta ku sahut saranannya yang ingin berduet di atas langit berlantai laut dengan acara diberi nama para para parasailing kesuma jiwa jantung telurku bagaikan direntap ke dasar.

dipakaikan cawat menggantung dan jaket keselematan dan menunggu giliran. bagaikan menunggu masa untuk dibius bagi menjalani pembedahan. berdebar debar jantung ini bagaikan menunggu keputusan peperiksaan. (ya rite, peduli tahik peperiksaan)

melangkah tali payung diiringi mamat mamat pantai bertubuh awie berkulit acapan. dengan kata kata nista bermain angin menghenjut ringgit yang suspen di awan. yang paling tak boleh blah dalam nada dia menyuruhku tenang dia berkata," rilek bro, banyakkan mengucap bro, asyahadualla ilaha illallah..."

waktu itu juga klip cawat ku mula disangkut pada tali payung yang bakal diterbangkan oleh bot laju panduan kawan mereka. terkebil terpinga biniku sudah ceria bersedia dengan aku yang menyusun otak mendengar penjelasan berlepas mendarat pada kali pertama. hati ini cuak dan takut hanya rumpai laut yang tahu.

bot mula berlepas. tapi terhenti kerana terlanggar kaki mat saleh yang sedang menyelam. kami yang sudah bersedia berlari anak untuk terbang terhenti terkujat dan tersangkut blur. bot kembali melaju dalam nada kami berlari anak sambil keliru dan aku tersentak dengan lompatan badul biniku yang ceria untuk berlepas sedangkan masa masih untuk mengambil lajak.

terjatuh ia ke lantai pasir dengan aku yang terhegeh hegeh mengekal langkah untuk tidak tersungkur aib di depan masyarakat antarabangsa yang rata rata merakam untuk dihantar ke video zonkers. dengan berhati hati tangan ini menurut kata arahan dan isteri ku kembali berlari kami berlepas ke angkasa dengan jayanya.

berberapa jarak di atas permukaan laut, aku mula tersedar yang ianya bukan kelakar mahupun lawak. cawat tadi menggantung aku dalam imbangan anu yang agak seram lalu menolak jaket untuk mencekik leherku yang agak kaku ketakutan.

mula menarik nafas debar dengan ayunan payung kami akibat kaki isteri bergoyang ceria keriangan. aku berfikir membetulkan posisi kedudukan. melihat pada tangan yang diarah untuk berpegang pada tali biru klip pemegang, bingung sebentar rasanya jika dengan ketinggian ini aku terpetik klip lalu terbuka melepaskan burung bagak ini menjadi habuan jerung penang yang lapar daging kelantan.

aku berdiam bernafas perlahan. melihat gelagat bini yang melambai lambai tangan bak burung riang berterbangan melupakan suaminya seekor kambing yang diberi sayap usang. cuba bertenang dan mampu bertenang hinggalah payung kami semakin tinggi dan mula digoyang.

menyumpah membebel sambil beringat. takut terjatuh sambil mencarut neraka padahnya. berselang seli ayat ayat dibaca sambil bebelan melayu memain peran. agenda menenang hati yang beberapa minit tergantung di langit tinggi membunuh diri.

tinggi bukan kepalang. beri saja berapa tingkat hotel di pinggiran, bisa aku cuci tingkap tingkap mereka. sayup sayu melihat insan insan lain bertaburan bermain main di atas pasir pantai di bawah buaian kaki kami. hati semakin kecil teringat akan goyangan angin yang bergurau kejap ke atas kejap ke bawah.

aduh lamanya rasa bagaikan menunggu kereta yang sedang di servis. namun di selekoh terakhir penerbangan kami mula di atas pasir dan bukan di atas air. ku sangka kalau dua makhluk ini menghempap bumi hancur tenggelam saja mereka yang lain.

tiba tiba laungan mamat mamat pantai mula berkumandang. "tarik! tarik!" cuba mengenang arahan untuk mendarat, kedua dua tangan lemah ini harus menarik kuat tali payung di sebelah kiri tujuannya untuk mendarat tiba.

akhirnya penerbangan semakin menuju ke penghujung. masyarakat pantai kelihatan semakin besar dan kami mula melintas atas kepala kepala itu sambil mereka menunduk nunduk tanda kami sudah terbang rendah.

ibarat nada gerak perlahan pesawat payung terjun laut ini menjunam bagaikan dirancang. jeritan lari... lari... pula dilaungkan. setiba di atas pasir pendaratan dibuat dalam gaya tersendiri.

para para parasailing tadi jatuh terbaring. satu ayat terlahir dari mulut ini... "ini adalah pengalaman pertama dan terakhir seumur hidup aku..."

Friday, October 16, 2009

berhimpun kita

melaung laung, menggulung gulung, bernista kata. beberapa hari acara gemilang membebel tuli bak wayang kita beradu suara. dengan dana yang ditaja rakyat jelata.

namun itu hanya ibarat episod lanjut drama bersiri siaran ulangan terbitan tempatan yang kelakar seramnya.

watak baru, impian baru, harapan baru dibentuk jana mengharap sokongan semua melempias acara depan negara. dialong baru mula disunting dipetik tulis menjadi slogan slogan muda membakar jiwa.

demi negara tercinta, demi pemimpin wibawa, ku turut serta bertamu curiga bersama sama.
berhimpun kita.

kalau dah jahat

susah bila orang semulajadi jahat darahnya. tak bisa melihat insan lain bersenang tenang. dengan rela hati dia membuka langkah mengganggu tegur walaupun bercuti lena. atas dasar memperingatkan jawatan yang disandangnya.

ironik dan jelas kebodohannya bila bertanyakan perkara perkara sumbing yang tidak ditanya bila kita terpacak tegak di depan mata. diibaratkan kita bagai halimunan ceria melompat tanpa disapa.

kalau dah jahat jahat lah jua.

Monday, October 12, 2009

bazir atau sunyi

tabiat paling entah. suka memasang tv ternganga tanpa menontonnya. sekadar tahu ia terpasang dan terus berkumandang. bazir gayanya. kerana tangan mengetuk laptop. mata pula memandang monitor.

apa yang dibebel tv dibiar begitu saja. tapi jika ditutup sunyi pula. penyakit atau tabiat? atau membazir seperti kaya. hakikat sebenar mungkin penakut agaknya.

gelombang radio

kejutan budaya bila mula bertukar cerita. dari tv ke online dan kini radio pula mula dicuba. alhamdulillah bila mampu untuk mengadaptasi segala cobaan dunia. sementara semua masih ada.

radio hari ini semakin nipis pertimbangan pendengar terhadapnya. dia media yang pertama diguna untuk menjana berita di dada. timbul tv yang tampil memuaskan mata dengan visual indah belaka. internet pula mula membuka minda dengan proses interaksi dan menyuap khidmat kuasa di tangan kita.

dugaan untuk merancakkan radio di hati insan sesukar juang yang kini tumpul kuasa. pengalihan perhatian kini semakin menggila. pelbagai perantara semasa yang harus disaing untuk membawa radio kekal dimain.

bicara soal muzik terbaik tanpa henti sebagai nadi, agak kolot baunya. bersaing dengan telefon bimbit secangih stesen penyiaran peribadi gayanya. tak terkira gajet gajet halus yang memberi puas nafsu robot semulajadi diri diri urban di negara ini.

pengisian kreatif dicabar cabar untuk menyaing pesaing lain. apa sangat yang mampu dimuat jika lagu sudah mula padat. benak dan senak bila terkepit meletak bahan yang dilihat ringan. namun tiada sambutan melekat bila pesaing semakin hebat.

formula demi formula, sains demi sains. kreativiti kini hilang sentuhan. diharap kajian memberi kesan. ditambah sesat si consultant berangan.

gelombang radio mula tawar. setawar tea o dibanding ribena. doakan aku terus merawat. disamping idea yang makin karat.

105.3fm mampukah dia bertukar hebat?

masa itu emas

masa itu sangat berharga. janganlah kita mempersia siakannya.

apatah lagi aparatus yang digunakan untuk menilai waktu juga mahal seperti emas.

bangsa apa yang menghargai waktu mahupun alat itu.

bangsa yang maju?

Sunday, October 11, 2009

kesukaran

memikul tanggungjawab agak sukar. jika diri ini tidak lengkap. atas dasar kasih dan sayang perjuangan tetap diterus.

diduga itu ibarat harus. dunia yang penuh ujian. sabar itu pasti untuk menuju bakti.

sukar menjadi gusar untuk terus segar.

Saturday, October 10, 2009

serangan sundal

minah ini spesis yang pathetic. tidak pernah kenal dunia sebenar dan terlalu jahil bertanya khabar. salam ice breaking sudah pun mengalami detik detik bangang di mana zahirku yang nerdy ditafsir seumpama. lalu aku sudah mula membuka ayat mematah gerakan.

bermulalah dendam dendam sedih si sundal pathetic tak cukup kasih sayang menarik perhatian dunia. ditambah pula kurniaan Ilahi yang tidak seberapa untuk dia redha dan bersifat mulia. namun hati dibalut selaput sial sentuhan syaitan untuk bersifat sebaliknya syurga.

hari demi hari mencari pandangan dan juga sandaran. dengan suara sumbang berkumandang kononnya mengundang pujian dari umat taulan. janganlah kau berangan kerana ukur diri di cermin badan. memang tak semegah wajah mahupun zahir ciptaan tuhan. untuk engkau jadikan pedoman supaya beramal bertabiat tauladan.

muka yang cantik berperangai hodoh tempatnya ada di dunia yang alpa. muka yang buruk bersifat mulia, tempatnya di sisi Allah tercinta. muka yang buruk bersifat celaka, tepuklah dada tanya selera, di mana layak patut kau berada.

serangan sundal biasa kutempuh. ku faham matlamat untuk menjatuh. aku berundur bukan ku kalah tapi tak sanggup bergelumang si bangsat yang murah.

salam seribu penghinaan buat manusia agung di sisi syaitan.

Thursday, October 08, 2009

penjajah mula dijentik

membebel bebel membentang idea. bukannya baru pun idea itu. cuma 10 tahun terdahulu diguna di negara dunia pertama. mat saleh consultant ni datang mengencing negara dunia ketiga yang ternganga bagai merestui JWbirch seterusnya.

bongkaknya bagaikan dia terror. kreatif konon dan juga kritikal. membantai budak budak malaysia yang terhegeh berjuang menapak aman mencari nafkah.

bertanding kejayaan bila bicara tentang piala dunia. dialah segalanya dan kita tiada. dialah maju dan kita tidak. dialah pencipta dan kita pengguna.

sebaris saja yang terpacul dari mulut si kampung tok janggut ini; "yet you still earning your salary in this country..."

suria kita

menghargai mereka mereka yang menghargai suriafm. rumah terbuka sempena hari raya berjalan lancar. sebagai ahli baru, semuanya agak asing dan janggal. melihat tetamu dari kacamata team suria.

stesen radio yang suam suam ini banyak sejarahnya. sukar sungguh melangkah jaya dalam industri yang penuh pancaroba. muncul makhluk murahan ini menyertai pasukan akibat tawaran yang disalahsangka.

makhluk ini berada di mana mana. sehingga mual juga dilihat rakan kerja. luasnya jarak pertukaran kerjaya. dulu diratapi kini dipandang sebelah mata.

karakter gila tetap setia. ibarat semulajadi di dalam jiwa. lalu makhluk janggal ini mula mengeluarkan warna. warna yang pernah dipapar pada majikan majikan sebelumnya. melawak spontan seperti biasa.

episod lama berulang kembali. jelingan puaka muncul bertubi. semuanya ternganga bagaikan terkejut. melihat aksi yang kelakar takut. makhluk ini dipandang sinis. selepas cahaya terpancar manis. dari diri yang ceria habis. bagai sempurna hendaknya digilis.

makhluk ini sudah lali. disuka mula dibuang benci. apakan daya semula jadi. perlahan awal diakhir belari. bakat yang ada kurniaan Ilahi. tidak pernah dipinta untuk didengki. usahakan diri kau mampu berdiri. berdiri selari hasad dijauhi.

mulanya episod merendah diri. setelah warna dipancar tinggi. tak mampu ku tahan empunya naluri. tapi ku tahu ku punya hati.

selamat hari raya aidilfitri. mintak mak kuih sepotong. saya mahu makan kerna saya suka lompat lompat macam ibrahim ali.

meeting with naza bike

cool jugak. they plan to have something in radio. promo kind a thing. the GM strategy is so happening and so cool. patutlah kena kidnap from developing modenas with his brilliant ideas.

best betul orang yang gifted nih. ke mana saja ada rezekinya. Naza is having their carnival n street party soon. in conjunction with motogp. juga meraikan pelancaran ducati street fighter serta kehebatan automotive kolaborasi naza yang lain.

limited time to impress whos who in a straight forward meeting. alhamdulillah with the touch n the smile, i've been offered to purchase any naza bike at staff price. huhu... without having to work with them. kelakar and perasan giler. (credit to arwah ayah)

to confirm that, after small chat with the meeting members, the GM announce that he is kelantanese and keturunan Nik's. his final ayat for his staff during that is "we kelantanese is always related, if he kena pukul, i will be with him to fight back."

relaks tidur makan

tiada lagi definisi ini. katanya bajet semakin kontang. gara gara bergabung gagasan sempena 1negara. hehehe aku suspek bajet lari pergi kat team lumba kereta negara.

kesian dengar cerita teman teman dihentikan, dinasihat henti dan tidak diperbaharui lesen memandu tugasan mereka selama seketika.

teringat lagi kata kata ketua bilik tempat aku tercanguk hina, "kat sini tak akan buang orang sebab kita kukuh, kat luar sana susah nak cari kerja dikala gawat ini"

rezeki makhluk diberi Allah. hati hanya perlu tawaduk. insyaallah dia murahkan. mana saja kita berada untuk bertugas, bertugaslah dengan jelas. jangan diganggu relaks tidur dan makan.

Wednesday, October 07, 2009

ke luar kotak ke dalam tempurung

melaung bagaikan yang lain itu jumud. ketinggalan di zaman batu. menyuruh menyaran agar berfikiran di luar kotak. menjadi lain dari yang lain. hebat berjaya dan terus ke hadapan.

itu hanya impian dalam bentuk ucapan yang digarap bagaikan tersusun teks teks mereka. ucapan harapan yang mengharap dilabel cendiakawan lantang berpendapat.

sedangkan kotak itu adalah mereka. mereka yang berkemeja putih berseluar hitam berminda ketat bagaikan karat. fikiran tadi melompat dan cuba melompat keluar dari kotak kotak ini.

lalu terpelantun ke dalam tempurung yang bersabut lembap. umpama pelikat bergajah duduk berjaket hebat.

fikiran itu masih di dalam. kalau tidak di kotak atau tempurung, ianya di hati yang sendat.

mengumpat itu brainstorm

paling sedap umpama meratah ayam goreng rangup. berbicara menganalisis sisi gelap insan lain atas dasar menginsafi. atau menjadi kayu ukur peribadi yang lebih berdiri tinggi budi pekerti.

petah dan arif mengenalpasti, salah dan silap strategi musuh dibenci. umpama juri sempurna dunia akhirat mengadili sifat mereka.

peduli apa, yang penting serakah dilontar bingit berdegar degar disambut gelak setuju handai taulan. berbicara kisah mereka ada buruk dan ada baiknya.

hari ini ramai berkata, mengumpat itu adalah brainstorm, supaya diri tidak secelaka mereka.

dasar penjajah

mat saleh kembali menjajah. kali ini memegang nama yang lebih gah. consultant katanya. menuju mangsa berpangkat tinggi serta berkuasa. memantau dan mengawal minda mereka.

si barua mudah akur dengan kulit putih kepala botak dan hidung besar penjajah ini. tambahan marhaein tempatan berhidung kemek sawo matang walaupun cerdik diherdik kerana tidak perlu diimport.

si mangkuk penjajah ini mula membuka stratergi membodek dan membasuh otak penjawat tertinggi supaya mencuci minda bawahan lalu akur kembali pada idealogi sumbang mereka. maka membazirlah perjuangan pahlawan negara menuntut kebebasan dan kemerdekaan yang kini menjadi lambang perayaan sahaja.

semakin berlambak lambak tuan penasihat import menenggek bontot di syarikat konglomerat muntahkandarah ringgit buta sambil melibas maruah dara negara.

si nombor berkreatif

latar seseorang memain peranan. kelakar sungguh berhadapan si kaki nombor menilai kreativiti seseorang. itu ini dicarinya sebab. umpama akaun yang tidak seimbang. umpama kira kira yang tidak dikunci.

menilai setiap perkataan bagaikan nombor. menafsir setiap dialog umpama mencari untung rugi. kelakar juga situasi. menuju tepu juga jika ianya hari hari.

sabar sajalah. si nombor mula berkreatif, si kreatif mula menjadi geli.

Tuesday, October 06, 2009

kerja keras

tidak bijak dan tiada sentuhan. itu saja kesimpulan yang dapat dibuat dengan senario yang berlaku. bagai nak rak bertungkus lumus tetapi keputusannya menonggeng.

susah kalau dah nahkoda keras kepala sombong mengikut angin sendiri. tidak terbuka minda untuk menerima pandangan orang. bila penghujungnya jahanam, mulalah semuanya harus menanggung bangang.

tersengeh bagai kerang busuk mencari kambing hitam. untuk berkongsi kebodohan hasil dari kerja keras yang tidak langsung bijak mahupun ada sentuhan.

Sunday, October 04, 2009

kasih kan anak

ibu dan ayah mendekati anak dalam nada yang berbeza. dengan nilai yang sama iaitu kasih dan kasihan kan si anak.

melihat atas dasar insan comel, sepi dan tidak akil, hanya jantung saja layak ditugar ganti. begitu erti sayang yang dipapar ibu dan ayah.

anak itu kurniaan dari DIA yang maha mengetahui nasib takdir setiap insan di dunia. melengkapkan kisah penciptaan dari syurga, dunia dan kembali ke alam kekal.

ujian, dugaa, sudian dan kurniaan mewujudkan rasa kasih ibu dan ayah kepada anak anak mereka.

Peringatan peribadi:
"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. "

matlamat menghalalkan cara

menggila bagaikan dunia ini dia yang punya. berlagak tuhan dengan jawatan yang disandang. menghukum hakam membabi buta tanpa dalil mahupun alasan yang munasabah. gerak gerinya bagaikan dendam yang tak pernah padam. atas sejarah diri yang pernah kecundang menjunam ke bawah.

matlamatnya tidak pernah jelas. kabur sekabur kabus dikala kepul asap mencemar mata bumi dan insan merenung hidup suci. semakin hari semakin jelak dengan ikhtiar songsang untuk menongkat langit beradu kuasa. kejam yang kucar kacir mentadbir pejabat kecil mampu menabur pasir halus berkaca di dalam periuk nasi.

tuhan saja mampu membalas. tuhan saja melindung mangsa. menggila gila membukan bukan gaya menyusun atur malah memorak peranda masa hadapan kantor penat yang semakin tenat. dirobek, dilacur dan dirompak halus hanya untuk diri yang impinya ke atas sambil diludah pemain industri lain yang juga membuak loya kerenah mangkuk.

itulah gaya bila matlamat bangsat menghalalkan cara menternak sifat menuju neraka.

tuntut penjelasan

hairan aku dengan perilaku manusia yang pelbagai. yang paling tidak terima akal bila tiada simpati perikemanusian.

kasih terbina lihatnya bagai terutuh padu antara mereka. sehingga menguntum ikatan yang tidak mampu terlerai bergelar zuriat.

namun dizahirkan kekejaman dan tiada simpati untuk meratap kembali simbol hubungan yang tercipta.

bagaikan lalai hilang arah wajah kehidupan.

aku hanya ingin tuntut penjelasan di atas pembiakan perlakuan perlakuan sebegini.