Wednesday, October 28, 2009

bila judging a book by the cover

'meeting', perkataan yang memang asing bagi mamat kampung ini 20 tahun lalu ketika riang riang berlari lari di kawasan perumahan rumah kami. hari ini, situasi itu sekerap ruji ke tandas yang dijemput berkali kali.

semalam, berpeluang ber'meeting' dengan orang besar akhbar kegemaran arwah ayah 'the star' bagi membincangkan mengenai akhbar bahasa melayu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

hamba ini tampil dengan jeans koyak, bertshirt band hitam, dengan converse menyarung tapak. tidak lupa rambut kerinting menyelaputi kepala juga kaca mata selenga peneman mata. betapa diskripsi itu menggambarkan betapa cikainya individu ini.

sesi perbincangan rancak berjalan. idea berterabur di meja mencari kata tagline untuk akhbar mingguan terbaru versi malaysia. sehingga giliran suara ini berkumandang tiada sesiapa yang menghirau waima mengambil kisah sumbangan maklumat yang cuba dikongsi.

diri ini sedar kerana mereka mereka berlabuci di kepala mahupun berbaju kot berfabrik mewah tidak mungkin ambil peduli. diakhir majlis senyuman dan bualan mula disahut setelah kad nama diserah bertulis creative producer,"ooo... for sure you can give us creative idea la...."

bila judging a book by the cover... itulah manisnya.

No comments:

Post a Comment