Sunday, October 18, 2009

para para parasailing

haram aku nak mengadventurekan diri kalau mengharapkan kromosom semulajadi. tak kira apa aktiviti. sesempoi roller coster hingga ke bungee jumping. semenjak dua menjak tiga menjak ni jer perut semakin nipis ususnya bertoleransi dengan kehendak insan bergelar isteri.

bermula dengan sesempoi chairlift yang tinggi dan tak pakai seat belt begitu juga dengan gelongsor waterpark yang membuatkan adrenerlin semakin cair membuak di dalam darah kecut perut keturunan famili samseng kampung dusun ini.

ke pantai batu feringgi, diiringi riak riak pelancong yang rugged diri. aku mula melangkah perlahan macho di atas pasir bersama isteri dan anak menuju ke tepi pantai. preeeennnnnggggg!!! jetski mula melintas. prrrroooooooonnnnnnnn!!! motobot meluncur eksyen... nun jauh di atas langit dua payung terjun terbang ke kiri ke kanan pantai membawa makhluk makhluk bergayut bernama manusia.

aktiviti ini nyata merangsang nafsu isteriku yang cukup nipis toleransinya terhadap sukan X atau lebih dikenal sebagai xtreme game. sungguh opposite dengan sifat ku yang lebih suka menghabiskan masa di dapur, mengemas rumah dan melipat kain baju.

demi cinta ku sahut saranannya yang ingin berduet di atas langit berlantai laut dengan acara diberi nama para para parasailing kesuma jiwa jantung telurku bagaikan direntap ke dasar.

dipakaikan cawat menggantung dan jaket keselematan dan menunggu giliran. bagaikan menunggu masa untuk dibius bagi menjalani pembedahan. berdebar debar jantung ini bagaikan menunggu keputusan peperiksaan. (ya rite, peduli tahik peperiksaan)

melangkah tali payung diiringi mamat mamat pantai bertubuh awie berkulit acapan. dengan kata kata nista bermain angin menghenjut ringgit yang suspen di awan. yang paling tak boleh blah dalam nada dia menyuruhku tenang dia berkata," rilek bro, banyakkan mengucap bro, asyahadualla ilaha illallah..."

waktu itu juga klip cawat ku mula disangkut pada tali payung yang bakal diterbangkan oleh bot laju panduan kawan mereka. terkebil terpinga biniku sudah ceria bersedia dengan aku yang menyusun otak mendengar penjelasan berlepas mendarat pada kali pertama. hati ini cuak dan takut hanya rumpai laut yang tahu.

bot mula berlepas. tapi terhenti kerana terlanggar kaki mat saleh yang sedang menyelam. kami yang sudah bersedia berlari anak untuk terbang terhenti terkujat dan tersangkut blur. bot kembali melaju dalam nada kami berlari anak sambil keliru dan aku tersentak dengan lompatan badul biniku yang ceria untuk berlepas sedangkan masa masih untuk mengambil lajak.

terjatuh ia ke lantai pasir dengan aku yang terhegeh hegeh mengekal langkah untuk tidak tersungkur aib di depan masyarakat antarabangsa yang rata rata merakam untuk dihantar ke video zonkers. dengan berhati hati tangan ini menurut kata arahan dan isteri ku kembali berlari kami berlepas ke angkasa dengan jayanya.

berberapa jarak di atas permukaan laut, aku mula tersedar yang ianya bukan kelakar mahupun lawak. cawat tadi menggantung aku dalam imbangan anu yang agak seram lalu menolak jaket untuk mencekik leherku yang agak kaku ketakutan.

mula menarik nafas debar dengan ayunan payung kami akibat kaki isteri bergoyang ceria keriangan. aku berfikir membetulkan posisi kedudukan. melihat pada tangan yang diarah untuk berpegang pada tali biru klip pemegang, bingung sebentar rasanya jika dengan ketinggian ini aku terpetik klip lalu terbuka melepaskan burung bagak ini menjadi habuan jerung penang yang lapar daging kelantan.

aku berdiam bernafas perlahan. melihat gelagat bini yang melambai lambai tangan bak burung riang berterbangan melupakan suaminya seekor kambing yang diberi sayap usang. cuba bertenang dan mampu bertenang hinggalah payung kami semakin tinggi dan mula digoyang.

menyumpah membebel sambil beringat. takut terjatuh sambil mencarut neraka padahnya. berselang seli ayat ayat dibaca sambil bebelan melayu memain peran. agenda menenang hati yang beberapa minit tergantung di langit tinggi membunuh diri.

tinggi bukan kepalang. beri saja berapa tingkat hotel di pinggiran, bisa aku cuci tingkap tingkap mereka. sayup sayu melihat insan insan lain bertaburan bermain main di atas pasir pantai di bawah buaian kaki kami. hati semakin kecil teringat akan goyangan angin yang bergurau kejap ke atas kejap ke bawah.

aduh lamanya rasa bagaikan menunggu kereta yang sedang di servis. namun di selekoh terakhir penerbangan kami mula di atas pasir dan bukan di atas air. ku sangka kalau dua makhluk ini menghempap bumi hancur tenggelam saja mereka yang lain.

tiba tiba laungan mamat mamat pantai mula berkumandang. "tarik! tarik!" cuba mengenang arahan untuk mendarat, kedua dua tangan lemah ini harus menarik kuat tali payung di sebelah kiri tujuannya untuk mendarat tiba.

akhirnya penerbangan semakin menuju ke penghujung. masyarakat pantai kelihatan semakin besar dan kami mula melintas atas kepala kepala itu sambil mereka menunduk nunduk tanda kami sudah terbang rendah.

ibarat nada gerak perlahan pesawat payung terjun laut ini menjunam bagaikan dirancang. jeritan lari... lari... pula dilaungkan. setiba di atas pasir pendaratan dibuat dalam gaya tersendiri.

para para parasailing tadi jatuh terbaring. satu ayat terlahir dari mulut ini... "ini adalah pengalaman pertama dan terakhir seumur hidup aku..."

No comments:

Post a Comment