Wednesday, August 25, 2010

Kematian

Terhentinya degupan jantung dalam saat menjalani nikmat di bumi. Bumi yang sementara sebelum saat kekal dibangkitkan semula hari pembalasan.

Syukur buat mereka yang pergi terdahulu di masa yang lain menanti giliran. Giliran yang dinanti dihadiri ujian dan godaan supaya leka dan terbabas untuk kita kekal bebas dosa hidup di dunia.

Umpama lirik lagu 'pergi tak kembali' ... "Setiap insan, pasti merasa saat perpisahan terakhir..." Hari ini juga baru saja seorang teman bergelar balu di usia yang cukup muda. Suami kembali kerana penyakit kanser.

Apa kisah yang tuhan tentukan untuk mereka dan kita pelajari. Hanya Dia yang mengetahui. Sedih itu perasaan, gembira itu perasaan. Sayang itu hanya pada tuhan. Insyaalllah hadapilah dengan senyuman.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, August 24, 2010

Tarawikh: Tidak Sukar

Adat yang kuat dengan kostum pelbagai untuk menghadap tuhan. Pantang larang yang meleret sehingga memasak akal ini untuk bersangka sukar. Sukar untuk beribadah dan menyembah yang Dia.

Rupa rupanya ianya mudah sahaja. Bila berfikir dan bertenang yang segalanya adalah dari hati. Hati yang suci ikhlas mengadap Dia.

Tarawikh itu tidak sukar. Ianya umpama isyak dilaksana 3 kali dan ditambah witir 2+1. Tiada yang sukarnya insyaallah. Mungkin jika minda ini sudah dipasak dengan pelbagai adat bangsa yang tiada kena mengena agama.

Tarawikh itu tidak sukar.
Sent via BlackBerry from Maxis

Ramadhan 2010

Semakin istimewa. Terutama selepas diri hina ini pernah dijemput mengunjungi baitul allah yang maha kuasa, makkah al mukarramah. Ibadah yang betul mengukuh iman dan jiwa untuk khusyuk beribadah ramadhan yang mulia.

Lapar dan dahaga bukan lagi menjadi isu. Bazar juadah bukan lagi matlamat utama. Tiada masalah untuk terasa letih. Kerana ini adalah untuk Nya yang esa. Jiwa semakin mudah untuk menyujud dan patuh pada yang Satu saja.

Alhamdulillah, alam dan manusia juga semakin tenang. Tenang dan hormat pada bulan yang sangat unggul. Penghulu segala bulan. Syukur alhamdulillah, alam dan manusia juga semakin sedar bumi ini bukan milik mereka.

Ramadhan semakin indah, bila anak yatim kekal disanjung. Yang fakir kekal dirai. Alhamdulillah yang susah kekal dibantu.

Ramadhan 2010 kekal ramadhan yang indah.
Sent via BlackBerry from Maxis

Sentap!

Terlahir dari emo yang sangat tinggi. Mula tercetus seperti letupan gunung berapi kerana kononnya emo itu dikawal pada peringkat awal.

Lemahnya insan bila sentap kemarahan itu menguasai kesabaran dan ketenangan yang berkuasa pada asalnya.

Oleh itu ruangan cetusan harus disediakan supaya hembusan api kemarahan itu semakin kurang dan mengalir keluar menyejuk jiwa tinggal.

Sentap pada tempat yang berhak dan tetap. Supaya ia sama berentap!
Sent via BlackBerry from Maxis