Wednesday, April 07, 2010

zahir dan batin

kali pertama bersiap siap. tapi tidak bersungguh mana. kerana bagi diri ini. bersiap batin lebih utama. bukan apa, cuba merendah jiwa serendah rendahnya. melawat ke rumah NYA yang paling mulia. diri ini hanya lah segumpal darah dan tanah serta setitis mani.

berbandingNYA semulia Yang Maha Besar dan Agung. serendah rendah diri ini memohon keampunan dan keberkatan sepanjang perjalanan pergi dan kembali. dipinta hati ini dibuka, cuci dan disentuh semulia nabi nabi dan para pemimpin agung tercinta.

pergi diri ini dengan senyum dan syukur agar kita dijemput lagi berkali kali. insyallah.

rumah DIA

pernah berangan dan mengimpikan. tapi itu janji jika aku mampu dan berdaya. jiwa dan uncang. niat dan harapan sering dipasang. untuk bercita cita ke sana.

5 waktu sehari membayang tutur kita serendah rendah pada DIA. insyaallah besok terpanggil aku ke sana. bertemu angan yang bakal menjadi nyata.

hasrat hati untuk dicuci dibersih supaya hidup ini singkat yang memberi nikmat. doa aku pada DIA sejahterakanlah kami semua di dunia dan juga akhirat.

ingin syukur sesyukur syukurnya kerana DIA ingat pada hamba yang ini.

Saturday, April 03, 2010

hati yang senang pergi yang tenang

dia kelakar, spontan dan mencari nafkah sebagai pelawak. memetik hati sejagat untuk senyum dan senang bukan tugas yang mudah. ia harus datang dari jiwa yang tulus tanpa setitik hasad yang gelap. berbanding meluka hati marhaein merompak puas jiwa taulan.

juang hidupnya lebih sukar kerana berjiwa jujur sering ditentang, apatah lagi di bumi yang terang. bumi yang terang penuh dengan penghalang hati hati senang yang ingin senyum lenang. ramai yang lebih puas mengherdik, menjatuh malah menolak si lain konon diri terangkat tinggi melangit.

pentas terhias pemain berkurang. dipanggil pulang menghadap Tok Dalang. iktibar diambil sekelip mata. sekelip petir menyambar dunia. syukur kita masih berada, ingatlah nasib ingatlah Kuasa.

hati yang senang pergi yang tenang, jika kau juang engkau disayang.

al fatihah

###

perhatian

semakin moden kain semakin terselak. peribadi mudah diselongkar. kehidupan kini tiada perlu mengetuk pintu untuk masuk. segalanya membuatkan insan semakin dekat dan rapat. serapat di maya tidak mungkin merapat zahir sejujur hati.

namun situasi yang dianggap peluang diragut pantas dalam menafsir sifat dan akhlak setiap mereka. sehingga ianya dikira perhatian yang murah dan publisiti yang paling mudah. tiada salahnya tiada dosanya.

cuma setelah perhatian diberikan, ada lagi pertandingan lain yang wujud. selain perhatian mereka mereka kini mencari pandangan kontroversi, bizzare, news value malah spekulasi dalam menyata tutur setiap info yang digodek godek. atas niat ingin terus diperhatikan.

tidak salah diperhati. tapi perhatian yang diberi adalah datang dari hati... jangan remukkan hati hati ini.

###