Tuesday, March 31, 2009

Lawaknya Finas

Pagi 30 Mac 2009, attending meeting dengan AJK simposium untuk FFM22 di Sabah tidak lama lagi. Aku wakil FDAM. Sebagai exposure dan representative yang rugged kot dari persatuan tu. Oklah, sesi brainstorming dan perbincangan tu. Berjalan penuh dengan drama pentadbiran kolar putih kerajaan.

Petang hari yang sama aku ada pitching untuk dana yang aku apply lama dah. Panel dia KP, Dato Mustapha Maarof dan few other guys termasuk chairman jawatankuasa simposium FFM meeting pagi tadi.

Aku try pitch shorts film aku. Tajuknya Seruan, kisah remaja yang suci dan anak tunggal mulia kampung ni nak merasa sembahyang di masjid negara KL. Dugaan dan rintangan sepanjang journey dan depan masjid jer kena langgar dan di sembahyang Jenazah di masjid tu jugak.

KP kata i like the story. Dato pun kata ok. A guy kata jalan cerita macam dibuat-buat. Mungkin dia nak live telecast kot. Reality show ke. Another guy kata kenapa aku propose nama Jamal Maarif jadi DOP. La... jadi isu pulak. Sebab dia ada hutang ratus-ratus ribu dengan Finas untuk filem Aduh Saleha. Aku propose jer. Member aku yang bagi nama.

Then, Chairman AJK simposium FFM kata aku ahli FDAM dah pernah direct. So tak perlukan peluang ini. Mak ai... Confuse. Sebab marhaein kalau nak direct projek or whatever perlu berdaftar dengan FDAM. Maybe sebab aku attend meeting pagi tadi sebagai wakil FDAM dia ingat aku pun otai FDAM. WTH!? Compliment kot. (pikir positif)

Pam! Masuk pasal budget. "U ni kita bagi peluang nak u berkarya, budget yang u bagi ni tinggi. Macam nak bagi harga production house." Aku blur terperanjat dan kalut. "Sapa yang akan direct ni? You? So kenapa u charge? Kita bagi peluang kat u untuk berkarya. Benda ni patutnya macam indie lah." Aku mengiyakan ajer sambil terkucil blur.

"Macam pelakon-pelakon ni, u tak boleh ambik mereka yang dibayar. You patut panggil kawan-kawan u jer berlakon." ujar pegawai lain.

"Jamal ni kerja dia pun tak selesai lagi. I taknak u pakai dia." Ok lah bagi aku, benda tu semua proposal. Benda yang baru dicadangkan. Belum confirm apa-apa lagi. Sambil menjawab dalam hati, saya work within the budget la kot. Tapi kalau budget RM5k jangan beranganlah kualiti dia RM50k. Terbatal lah niat nak masuk festival mana-mana.

"So, jawapan akan diberikan dengan seberapa segera. Kita akan tengok berapa budget yang sesuai untuk diberikan. U kena buat macam u indie ok." KP dan Dato MM menutup majlis presentation aku yang mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Perasaan yang keliru macam dipukau, diambush dan dipsyko. Aku blah tanpa bersalam sebab rasa macam rushing untuk ke mana pun aku tak tahu.

Lawaknya Finas sebagai Badan yang sepatutnya membantu, tapi berkira macam duit tu duit poket sendiri. Pengalaman mengajar aku untuk faham statement-statement mengutuk kerajaan yang berada di pasaran. Kalau ada rezeki, adalah peluang untuk marhaein macam aku untuk berkarya Insyaallah.

Sunday, March 29, 2009

kasih IBU

"Jangan bila aku mati besok, engko datang meratap kat kubur aku," luahan ibu yang begitu hiba kerana rindukan anak-anaknya.

"Sekarang susah nooo nak cari anak-anak aku, sibuk bebenor. Takde langsung nak datang melawat aku kat rumah." Sambil mengesat-ngesat air mata yang menitis.


Kisah sayu yang berlaku di kedai Mamak Pelita Ampang. Mummy yang terlalu sedih sebab rindukan suasana kesemua enam-enam anaknya sentiasa berlegar-legar di sekelilingnya sambil dia boleh berleter tanda sayang dan kasihnya.

Mungkin itu naluri seorang ibu, aku kurang pasti. Kenangan tadi membayangkan aku pada situasi arwah ayah yang begitu merindui untuk menyatukan anak-anaknya buat seketika bersama.

Kekeliruan kedaifan anak-anak untuk berjuang dalam hidup seiring dengan curahan kasih sayang yang setimpal terhadap ibu yang telah banyak berjasa dalam hidup. Bagaimana mahu berlaku adil... pada diri dan juga dia.

Thursday, March 26, 2009

Ketua Pemuda menuju PM

Dulu benci menyampah dan tidak boleh terima orang muda yang too soon. 25 mac 2009 secara rasmi dia sudah menjadi Ketua Pemuda. Tuduhan brutal dan kronisme terus lenyap sekelip kilat. Bak kata Mahathir "melayu mudah lupa."

Trend suck up sudah bermula kepada subjek sama. Orang yang sama semalam masih dibenci kerana pengiraan undi masih berjalan, tapi hari ini mula dihormat. Hahaha, isu menantu PM tak timbul, kredibaliti semakin menyerlah sebab menang dengan usaha sendiri, katanya... nampaknya.

Nak pulak ketika orang-orang tua Umno tersalah langkah mengharamkan sementara new media a.k.a online, dia muncul berkata itu adalah "strategically an error." Kepakaran menangguk di air yang keruh umpama darah dagingnya yang juga seorang yang 'educated.' Ini juga telah men'justify'kan jawatan yang baru diterimanya itu.

Nak seribu daya, taknak sudah. Tapi dia ni, dengan imej tukang tol yang mahal, broker maut, pegawai perolehan brutal dan segala keyahudian yang ada, dia tetap terus mendaki membuktikan dia akan jadi king kepada segala statements tersebut. Sepatah kata Presiden PKR "Perjalanan Ke Putrajaya." Bukan jalan-jalan kat putrajaya tapi dari bilik Pegawai Khas tingkat empat ke bilik PM terus.

Tepat sekali jika ideologi 'matlamat menghalalkan cara' itu pilihannya. Dan entah siapa pulak Niccolo di Bernardo dei Machiavelli pada kaca mata dia.

Wednesday, March 25, 2009

Mama Juwie?

Aku suatu ketika dulu masa kat kampung, Kelantan segala artis, selebriti dan segalanya hanya kenal dalam tv dan majalah. Kat sekolah dengan member2 berangan sambil kecoh-kecoh sembang pasal artis.

Hari ini, menetap di KL, kerja macam-macam dan kenal macam-macam orang. Terkini, ikon gossip negara suatu ketika dahulu, Mama Juwie akan jadi official Gossiper Jomstar.com. Dan report di bawah aku. Miracle, rezeki atau ujian? Pelik tapi benar. Family dan teman-teman rapat pun heran kot.

Well, officially he/she/it will start contributing articles pada 1st of April. Hahaha April Fool untuk aku ker? Dia akan take care dan keep up story dalam ruangan gossip dan maintain 5 star malaysian celebs punya cerita. Aku hanya pantau. Waahhh! Pantau Mama Juwie. Hehehe.

Tapi jumpa belum lagi. 28th ada event at Fasha Sanda's house. Time tu baru nak berkenalan kot. Entah bagaimana gayanya sesi tersebut. Yang penting, insyaallah dapat menuntut ilmu Entertainment Journalist ngan dia. Harap-harap.

Tuesday, March 24, 2009

MAS vs INA

Bersembang dan lepak dengan kumpulan Coda. Sambil pekena milo tarik di restoran Hameedia Mamak. Berbicara pasal industri hiburan tanahair kononnya. Bagus jugak diorang. Ambitious.

Nak sangat release album. Semua buat sendiri tapi dibawah label yang popular. Siti Norhaliza Production (SNP). Alasannya mau bawak something (produk) untuk mempromosi nama Coda dalam persada.

Tak percaya pada industri Muzik digital kot. Sedangkan ekonomi melecet macam ni semua artis pakat dok release single atas nama muzik digital. Senang nak penetrate market dan jimat la jugak.

Sempat jugak aku berkongsi tips dari kacamata editorial a.k.a journalist. Bukan nak agungkan Indonesia, baik dari Muzik atau Filem. Malah Kewartawan pun kata aku dia tapau jugak. Mungkin sebab dah bertapak lebih lama dari kita.

Bagi aku, segala benda yang dibuat macam dan memang dalam darah. Kalau kita, kita panggil Berdarah Seni. Lagi afdal benda ni untuk orang Indonesia la. Pertandingan mencerdikkan otak lebih aktif dalam bangsa diorang. Artis diorang lebih pandai menjawab soalan dan wartawan diorang terpaksa usaha lebih nak beat apa yang terkandung dalam otak artis.

Di Malaysia belum lagi kot. Semuanya kalau dalam bahasa dunia... Masih Amatur. Tapi insyaallah AKAN DATANG.

hugoBOSS

Kat rumah kutuk Parents. Masuk sekolah kutuk Cikgu. Masuk Universiti kutuk lecturer. Masuk kerja kutuk Boss.

Sedap jer kutuk orang sebab diorang tidak dapat memuaskan kehendak kita. Nahhh sekarang aku sendiri yang berada di atas. Entah apa la budak-budak ni kutuk aku. Cakap belakang ker atau gelarkan aku ni bos apa.

Rupanya susah giler duduk di atas ni. Sebab kena deal dengan ketinggian. Nak pulak kita ni keturunan gayat. Yang mereka-mereka yang tengah duduk bawah memang kukuh la tapak. Sebab tapak tu rata.

Nak ambik tindakan dekat staff pun terhegeh-hegeh. Sebab masih terkenang perasaan sebagai orang bawah yang ditegur bos dengan kasar.

Patutlah dalam dunia ni ada macam2 jenis bos.
Too friendly... orang pijak kepala
Too strict... kena pulau
Too rigid... orang tak suka
Too flexible... orang kata tak kredibel

Bos apa yang anda suka?
Bos apa yang anda nak jadi?

Monday, March 23, 2009

majalah online pertama di dunia?

Syukur lagi pada tuhan... murah rezeki. Cerita baru bulan Mac 2009. Aku mula berkhidmat di sebuah syarikat I.T sebagai Editor a.k.a Pengarang Majalah Hiburan.

Jomstar.com sebuah majalah hiburan yang diterbitkan secara online. Hanya terdapat di talian internet semata-mata. Walaubagaimanapun layout dia 99% majalah hiburan yang berpaksi kepada cerita eksklusif artis tempatan dan gossip.

So there your go. Aku kembali lagi ke persada hiburan tanahair. Tetap mempraktikkan ilmu journalism yang ku cedok di RTM untuk beberapa ketika sepanjang 2008 dan digabungkan pengalaman penyiaran di Astro serta persahabatan dengan rakan artis.

Pelabagai story menarik yang bakal dikongsi bersama. Insyaallah.