Wednesday, September 30, 2009

idola niaga

kagum langsung pada pencapaian dia. sinisnya usaha dikala 11 sept bila burung besi mula dibenci untuk dinaiki malah dibeli mereka mereka ini. kerja gila kata sahaya, ringgit berbillion dijoli membeli pesawat lelong yang hilang populariti.

cabaran si minoriti ini diambil opitimis dan mula melangkah tinggi. bajet yang murah mula menjadi inspirasi sedangkan dulu mewah dan gaya menjadi jati. branding dan pasarannya menggila mula menyerang minda negara. merah putih yang berani mula membanjiri umpama tumpahan coca cola di hati sanubari.

kagum aku lagi dengan penyebaran idea yang semakin liar. menawan antarabangsa bagaikan mamak menanam teh tarik disegenap usus rakyat. lebar lagi perjuangannya sehingga lahir hotel ironik murah tetapi mewah bergaya bangga.

terus dia melangkah membina gedung, telcos dan berbagai merah untuk dirai rakyat yang semakin murah. mulanya niat mencuci money tetapi membiak bertubi tubi.

kemuncak jaya bila pemimpin negara mewarkah 60% harta kita kepadanya umpama series Las Vegas dengan wajah jalur gemilang terpampang megah memecut laju berjentera gagah.

semoga dia bukan pak pandir baju terkoyak, kampung tergadai dan ayamnya kalah.

dia idola niaga waktu ini bergelar tony yang cukup berani.

gegar bumi

jarang bencana menyudi diri di bumi malaysia. kerana lihatnya bagai aman dan damai murni pekerti makhluk penghuni.

hari ini kecoh status fb sekecoh berita terkini tentang pengalaman peribadi insan yang digegarkan dengan gegaran usikan bumi.

apa tandanya atau sekadar sindiran alpa tentang bumi ini yang semakin tua. sihat afiat bumi sahaja yang diduga atau budi iman insan yang disapa.

gegar bumi hari ini menggegar naluri kami yang sedar diri hanya KAMU yang maha berkuasa.

Monday, September 28, 2009

biar buta mata, jangan buta hati

terlepas pandang kata mereka ini. mereka yang buta hati. bisa melihat dengan mata yang jelas pandangannya. kecantikan keindahan gambaran. namun sukar mengenal kesucian kemurnian kasih.

suci murni kasih itu bisa dilihat dengan hati. hati dan naluri yang terdetik untuk menyintai dan menyayangi. kasih hati itu lebih ikhlas dan jujur kerana hati tidak mampu berbohong. mata mudah ditipu semudah helah silap mata.

zikir dan munanjat tanpa henti mengharap hati tidak buta. untuk mengenal zat Yang Esa dan juga kasih murni kehidupan yang sementara. agar tidak kecewa kerana tertipu dek lakonan bayangan menggoda mata.

berhati hati hidup di bumi. biar buta mata dan jangan butakan hati.

apa yang kau mahu

pertama kali seumur hidup bertugas dengan manusia yang sukar diramal. apa yang kau mahu dalam hidup mu. segalanya bagaikan kau sudah punyai. tapi pahit hidupmu bagai semua yang tidak kena.

lagaknya sepadan dengan pangkatnya. tapi lagak negatifnya sahaja. pengisian langsung tidak ada. berdentum dentum bunyi ketukan batu dari dalam tin yang besarnya sebesar kepala gajah yang sombong.

gaya memang tiada tandingan. umpama model yang maha berfesyen. umpama rockstar yang dikerumuni peminat gila.

tuturmu berterabur. menyukarkan cendiakawan cendiakawan di bawah yang tidak mampu ke atas kerana lahir dari keluarga penoreh penoreh miskin. berbanding kamu yang lahir dalam guni berisi ipod mahupun blackberry.

pedihnya hati ini bila aku harus melayan kerenah si sombong yang semakin jelas bodohnya dengan permintaan bukan bukan yang tidak masuk di akal makhluk tuhan mahupun bergelar kanak kanak.

apa yang kau mahu wahai mangkuk hayun.

Saturday, September 26, 2009

hasad itu rugi

aku sukar untuk faham ada hasad dan benci pada orang yang telah tiada. apa faedah dan apa untungnya.

mengata mencaci itu merugikan. tiada apa yang didapati baik untung mahupun puas. selain dosa meratah daging saudara sendiri.

namun mungkin mereka mereka ini mendapat sesuatu. hanya Allah yang tahu.

mimpi dipeluk budak

dua kali mengalami peristiwa ini. kali pertama pada hari akhir puasa. malam raya. isteri terjaga jam 3 4 pagi. dia menoleh memerhatikan aku nyenyak terlentang mendongak. badanku dipeluk erat budak berumur 2 tahun berkulit putih melepak berbaju melayu biru sepasang.

disangkanya anak kami yang satu. isteri meneruskan niatnya untuk memeriksa blackberrynya. sehingga esok pagi baru dia bertanya mengenai anak kami yang dilihatnya memelukku erat semalam. disangkanya anak kami kembali ke katilnya.

aku hairan kerana diskripsi berbeza dengan apa yang anak kami sedang lakukan. iaitu tidur nyenyak memakai t shirt dan seluar pendek seolah olah tidak berganjak dari katilnya sendiri. bulu romaku mula berdiri dan aku dan isteri bertentangan mata berfikir.

kali kedua, budak itu kembali dalam waktu yang sama. umpama anak kami yang mengigau mencari ibu dan bapanya. kali ini berbaju melayu pink sepasang yang dipakainya pada hari raya kedua. aku sempat menyambutnya dan meletakkannya untuk baring di antara aku dan isteri.

pagi esoknya aku bangun dan memberitahu isteri. sekali lagi kami terbeliak bertentangan kerana anak kami masih nyenyak di katilnya bersama tshirt dan seluar pendek umpama tidak pernah berganjak.

Friday, September 18, 2009

salam hari raya yang mulia

sebulan berjuang berlapar dahaga kerana Allah yang dikasihi. Ikhlas amal ini untuknya. dan dibalasnya dengan rahmat yang berlipat kali ganda. tanpa berkira kira.

ramadhan pergi syawal menjelma. syawal dirai sebagai tanda kemenangan perjuangan ramadhan yang mubarak. semoga Allah memberkati puasa kita dan perayaan aidilfitri yang bakal disambut ria.

si miskin di hadiah zakat. si kaya bersedekah ikhlas. mukmin mukmin aman tenteram ziarah melawat tanda hidup bahagia di dunia kurnian yang Esa.

ingat pada mereka yang masih ada. si tua tua menanti kehadiran anakanda. si mati pula jangan dilupa. ziarahi lah makam makam mereka. sedekahkan doa sebagai tanda kasih si hidup yang masih di dunia.

insyaallah kita semua dirahmat berkat DIA.
salam hari raya, hari raya yang sangat mulia.

Wednesday, September 16, 2009

siapa mereka

tak kenal maka tak cinta. tak perlu kenal kerana tidak mahupun bercinta. namun persepsi benci mudah menghantui. menghantui mereka yang belum langsung mengenali.

entah kenapa hasad itu cukup kuat. cukup kuat untuk membenci. tanpa alasan yang abadi. tetapi hanya sekadar suka membenci.

hasad tetap menghantui diri. membeci mereka yang tidak dikenali. mereka mereka yang tidak peduli.

teruknya hasad, jahatnya hasrat. siapa mereka? adakah aku perlu peduli.

lupa daratan

ada manusia yang kita simpati akan cacat cela mereka. simpati kerana diperlakukan sehina hinanya. kita cuba menghulur salam kesihan tanda peri kemanusiaan berleluasa.

namun manusia mudah alpa dan yang penting melayu mudah lupa. mereka dikasihani tetapi terasa pula dipuja. mereka disokong terasa pula disanjung. mereka silap dan mudah melatah. mungkin kerana kemantangan di bumi masih mentah.

terlalu cetek untuk berjuang. di dunia sebenar atau di dunia cereka. mereka mudah lupa. mereka terus melatah. menikam balik mereka yang simpati pada cacat cela mereka. mereka kabur untuk berterima kasih.

dasar lupa. lupa daratan agaknya.

Monday, September 14, 2009

kurang ilmu dan kurang peka

kurang ilmu adalah lemah. tetapi kurang peka tentang kekurangan ilmu lebih melemahkan. menjadi pembikin keputusan bukan mudah. layak dan berpengalaman itu adalah kewajipan yang utama.

mereka di bawah mampu mengata dan mampu bernista. mereka di atas harus lebih dewasa memikir apa yang di bawah gambarkan. agar tidak wujud caci cerca. terutama sesama kita berdarah islam mulia.

jangan bodoh dan jangan sombong untuk bertanya. tiada padahnya jika kita turun belajar. kerana belajar itu menuntut ilmu. dan menuntut ilmu sabda rasul biarlah jauhnya sampai ke negeri china.

yang lemahnya, bila kurang ilmu, berlagak sombong dan terus kurang peka dengan perlakuannya.

jasa padamu

tak hebat dan tak kaya. tapi hati ini cukup besar ingin melihat keluarga bahagia. terutama satu satu ibu yang umpama harta yang paling berharga gembira.

ibu mintanya tak tinggi. dia hanya ingin hidup dikelilingi oleh anak anak yang pernah dibesarkannya yang berlari lari di depan matanya. anak anak yang pernah didodoi, disusukan, diasuh dan kasih sepanjang zaman.

ibu insan yang paling mulia dan tinggi darjatnya di mata Yang Esa. kasih ibu pada anaknya tidak tergambar dengan harta mahupun benda.

aku tak hebat dan aku tak kaya. tapi aku ingin membuat ibuku gembira. apa yang aku ada hanya sekeping hati yang ikhlas untuk berjasa seadanya. walaupun hanya dengan duduk disisi mendengar dia bercerita.

jasa padamu tidak tertanding jasamu padaku.
semoga Allah merahmati insan mulia bergelar ibu.

muka tak malu

bulan puasa kulit aku menjadi semakin tebal. muka tak malu untuk berbuka puasa di majlis keramaian. tak tahu la salah ke tidak tindakan aku ini.

mungkin melayu beradab akan berkata; jemputan berbuka itu adalah untuk mereka yang beria ria. tapi aku hanya menganggapnya sebagai satu rezeki tuhan.

suatu hari aku tercongok blur di depan pc di pejabat. jam menunjukkan pukul 5.30 dan aku masih tiada plan untuk berbuka. isteri pula memenuhi jemputan berbuka rasmi pejabatnya.

sambil termenung merenung font bertulis facebook di pc tersebut, rakan sepejabat menyapa aku; "kau berbuka di mana?" aku terperanjat dari khayalan. "hah? entah tak tahu lagi,"

"ok jom join kitorang, ada sebuah syarikat rakaman ajak kita berbuka."

masyaallah... hebatnya kuasa tuhan yang maha pemurah rezekinya. terus aku tidak menolak segala tawaran bebuka hingga ke hari ini kecuali aku sudah memiliki rancangan berbuka bersama keluarga.

muka tak malu kini bertukar menjadi muka bersyukur padaMU.

Wednesday, September 09, 2009

Raya Tanpamu

Ayah Ibu
Kasih Kita

Ayah Ibu
Kasih Cinta

Aidilfitri Yang Mulia
Aidilfitri Ku Kelana
Aidilfitri Oh Indahnya
Jika Dia Masih Ada

Raya Tanpamu Ku rindu
Ayahku Tanpamu

Raya Tanpamu Ku rindu
Ibuku Tanpamu

Tuesday, September 08, 2009

titis jernih mata

teguh tabah dan sasa. berdiri si jantan gah dengan hati yang goyah. lemah jiwa umpama kertas nipis yang dikoyak mudah.

dipamer wajah yang bengis dan langua badan bak si sombong berkuasa. tiada apa sebenarnya dalaman organ yang tidak mampu bernyawa.

kasih cinta rindu hiba pada sang pencipta. sang pencipta yang mengerti segala apa yang diberi. segala sementara. bak hati meronta ronta untuk dipanggil pergi. kerana kasih... kasih mereka... tapi tidak mampu ditutur lagi.

dituju jujur titis jernih mata buat mereka tercinta.

lafaz luka

lafazan yang melukakan tidak patut muncul walaupun sedetik dalam hidup yang sementara. tiadalah faedah malah ianya hanya cela yang kusut kusutkan warna.

namun lemah longlai insan tiada lawan pada godaan jelmaan kelabu yang membawa haru. lafaz luka hadir lagi untuk menguasai indah kasih cinta setiap insan insan mulia. lafaz luka sengaja tiba untuk tidak memberi cinta cinta mulia.

paculan kata dari insan maksum seperti nabi mungkin semulia kejadian tuhan. semulia kejadian tuhan yang tidak pernah terima wujudnya lafaz luka.

lafaz luka hanya patut lenyap dan biarkan insan menikmati syurga dunia dalam nada bahagia keluarga bersama.

sangat letih

hidup yang dipilih. mungkin lurus atau mungkin tidak. tapi hidup di dunia ini sememangnya mencabar. kalau boyan dan buruh dicabar keringat mereka, ada di antara kita dicabar mentalnya.

bukannya apa, itu hanya pelengkap lumrah. pelengkap resam duniawi ciptaan Yang Maha Esa. menguji sejauh mana aplikasi akal dihargai atau tidak.

langkah yang betul atau langkah yang salah sering diambil. dengan nawaitu yang satu, kerana DIA Yang Esa Yang Maha Kaya. tapi hidup tidak semudah syurga. kerana dunia ini dicipta sebagai gelanggang duga.

namun dengan hati yang ikhlas, kasih yang jelas. hidup ini mencari bahagia. walaupun kadangkala ia sangat letih.

Sunday, September 06, 2009

hanya satu peluang

hanya satu peluang untuk menjalani hidup se'ideal'nya. hanya satu peluang untuk membuktikan ketaatan kita pada pencipta. hanya satu peluang untuk hidup dengan aman dan bahagia.

aku pernah memiliki satu peluang untuk memuja sang bapa. kini dia tiada. aku tidak pasti adakah peluang itu aku guna sebaik baiknya.

aku kini sedang berpeluang menikmati kehidupan berumahtangga dan diindahkan dengan cahaya mata. aku harap aku mampu menghargai mereka sebaik baiknya.

kini yang tinggal hanya satu ibu yang aku berpeluang untuk membelainya. dan satu keluarga bahagia yang aku harap akan bahagia selamanya.

hanya satu peluang untuk aku buktikan kasih aku pada ibu, isteri, anak dan adik beradik tercinta sebelum kita semua kekal berpisah selama lamanya.

mutual respect

sama sama hormat. sebab sama sama nak hidup dengan aman. dah tau negara ni pelbagai kaum dan pelbagai kepala hotak, janganlah sekali kali hampiri situasi yang boleh membuatkan kita bengang antara satu sama lain.

budaya dalam tentera dilihat menyatukan pelbagai bangsa. begitu juga dengan sukan. tak lupa juga dengan kekuatan asabiyah kenegerian umpama indonesia, kedah dan kelantan. mereka bersatu dengan satu dialek.

dengan satu label kita tidak akan ada benci antara satu sama lain insyaallah. susah untuk penduduk dunia ketiga mencapai tahap intelektual yang akan mewujudkan mutual respect. kita terlalu manja dan tertekan sikit kita akan merusuh. hanya memerlukan alasan untuk membenci satu sama lain.

kerajaan paling berkuasa mencerdikkan kepala hotak rakyat. wang ringgit mampu membuat semua menjadi tenang.

kerajaan perlu lakukan sesuatu kepada rakyat untuk turut mendapat mutual respect.

Saturday, September 05, 2009

spirit cina di malaysia

darah keturunan pedagang agaknya. segalanya boleh dan bisa. tak pernah aku dengar alasan untuk tidak. semuanya angguk tanpa geleng. dicubanya dibuatnya sedaya upaya. melainkan di luar bidang terus dikatanya tidak.

ibarat babi tanah yang terus menyondol ke depan untuk jaya dalam hidupnya. satu matlamat satu wawasan. wang ringgit menjadi sasaran tanpa sebarang hari pembalasan yang dibayangkan.

senang berurusan dengan mereka yang tiada drama, wayang mahupun perkara mengada ngada. kerana kerja adalah profession yang professional tidak membawa perasaan dan emosi ke arah hasil yang dicari.

lurus dan tulus berdasarkan keputusan yang diiginkan mereka sanggup mencapai matlamat dan menghalalkan segala cara yang ada. dan itu tidak bagus untuk si melayu yang beragama mulia.

yang baik dijadikan teladan yang tidak dijadikan sempadan.

Thursday, September 03, 2009

apa dosa imam

melayu pemalu. semua tahu. kerana sopan dan santun mereka. tapi islam harus tegas. samseng kerana Allah dan sentiasa ke depan.

curiousity kecil aku bila solat di mana mana lokasi seperti surau membeli belah atau pejabat. tidak ramai yang mahu ke depan. mungkin melayu melayu tadi malu. kalau islam tulen tegas umpama orang orang kuat yang berjuang ke depan untuk agama.

katanya jadi imam dapat pahala. jemaah dapat pahala. tapi melayu melayu ini mengelak ngelak ke belakang dan sangat kaku untuk menyentuh bahu teman jemaah.

rukunnya sama tunduk bangun sujud dalam tempo yang sama. tapi mereka rela markah satu berbanding banyak dengan hanya menyentuh bahu di depan.

markah satu untuk satu melayu agaknya.

renungan untuk saya:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

teksi tunai

seminggu dua minyak naik, aku mula belajar menghargai pengangkutan awam. tiba tiba rasa adventure sebab selama ini dimanjakan keluarga dengan kenaikan sendiri.

tak mahir, tapi semakin berani mencuba. masih kekok untuk tidak memandu, tidak mengisi minyak dan tidak membayar tol.

selesai majlis berbuka puasa di sebuah hotel, aku terpaksa ke sebuah kedai mamak bertemu rakan. terhegeh hegeh mencari lrt atau monorel. nampak. tapi tak jumpa stesen mereka. atau berada jauh dari tempat aku tercegat.

cuba menahan teksi. terus berhenti. lelaki berketurunan india muslim menyambut dengan nada beria ria. "saya tak amik itu pelancong. saya suka melayu saja. sebab pelancong suka tanya itu harga berapa. melayu tak kisah wang. dia akan bayar berapa berapa saja."

aku tersenyum dan melayan saja sambil memerhatikan meter tidak dinyalakan. dia terus berbual bebel dalam topik yang sama. aku hanya mengiyakan saja. kerana ini sesuatu yang baru bagi aku dalam menceburi dunia pengangkutan awam.

bertubi tubi dia memuji melayu yang mungkin kebetulan itu bangsaku. betapa melayu ini sempoi, baik hati dan tidak berkira. dibilangnya melayu di kampungnya cukup peramah dan pemurah. tetapi jika marah buruk padahnya.

aku tergelak terbahak bahak. dia umpakan melayu ini lebih hebat dari lembu dan kerbau ketika baran. "itu kerbau pun u boleh ikat dia kat pokok. melayu ni kalau dia baik memang baik. tapi kalau kepala sudah naik gila u tak boleh buat apala..."

aku tergelak terkekek kekek. disamakan aku dengan kerbau ke? tiba di destinasi aku tanya berapa tambang yang hanya dalam 3 kilometer itu. dia tidak mampu memberitahu.

"suka hati la cik. saya tak kisah punya. u nak kasi berapa pun." "mana boleh, mana saya tahu harga tambang," sambil berniat untuk sedekah.

"ok, 10 ringgit." "ok... thanks aaa..."

ketika duduk meng'order' minuman rakanku membebel, "salah tu tak guna meter... gila patut 3 ringgit jer... ada mulut kau boleh complain kat dia..."

"tea o satu anneyyy"

Wednesday, September 02, 2009

dory untuk bersyukur

dory ikan biru dalam animasi hollywood 'finding nemo' yang mengalami penyakit hilang ingatan jangkamasa pendek. amat sinonim untuk aku yang semakin rabun dan lanjut.

kehidupan yang dikurniakan tidaklah sehebat langit dan gunung. tetapi kebahagian sentiasa menjadi teman. amat jarang dikurniakan dugaan melukakan. dan tiada alasan untuk aku pahit walaupun pernah didatangkan cubaan.

namun aku dory bila tiba masa untuk berterima kasih pada tuhan. terima kasih di atas segala rezeki dan hadiah yang bertubi tubi.

aku ingat bila untuk mengomel rezeki rezeki tadi dilambatkan. rezeki rezeki tadi ditunda dan rezeki rezeki tadi terus dihentikan.

maafkan aku yang dory.

syukur syukur syukur alhamdulillah... (macam iklan bio aura la pulok)

mencari maksiat

agama menyusun atur hidup seseorang untuk tidak memupuk toksin dosa yang banyak dalam diri. kerana selain membahayakan kesihatan ianya juga membahayakan tingkah laku. dari baik menjadi jahat dan dari aman menjadi kucar.

itu tanggungjawab sendiri untuk menjadi apa. sementara hidup di duniawi yang sekejap saja. dari kisah kisah nabi yang diperturunkan, banyak insiden menggambarkan rasul, nabi, ulamak dan sahabat sibuk dan tekun memperkasakan diri menghampiri tuhan. kerana dakwah bermula dari diri yang maksum dan suci.

bagaimana dengan diri yang memakai cincin besar, berseluar jeans, menyarung jaket berlogo persatuan agama, berkumis ala ala, bermulut melayu dan berperut melebihi dada keluar berjuang mencari maksiat.

atas nama ingin mencegah maksiat, si pencegah pencegah maksiat perlu sentiasa membawa cermin ke hulu ke hilir dalam menjalankan tanggungjawab mereka. untuk tujuan peringatan adakah celak masih di mata dan janggut labuh ada.

atau mungkin mereka sentiasa maksum dan suci dalam menjalankan tugas yang dianugerahkan ketika mengisi borang SPA secara online mahupun persuratan.

renungan untuk saya:
Dalil mengenai pengharaman zina ialah firman Allah SWT Allah SWT dalam surah al-Isra':ayat 32. yang bermaksud:: "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."..

Tuesday, September 01, 2009

kreatif bagai tentera

dua situasi yang berbeza. tapi itu realiti. aku suka seni dan aku juga anak seorang mejar. berjaya menempuhi hidup dengan aman juga bahagia. tapi ada dugaan dan konfliknya.

aku lembik dan lembut jiwa. disuruhnya aku pegang senjata. memburu itu sunnah. tapi janggal rasanya. aku bisa berkarya tanpa usul periksa. aku bisa berkarya tanpa rancang kira. kerana hasil hasilku adalah dari jiwa. jiwa yang lembut untuk aku terus bahagia.

kreatif bagai tentera. tuntutan hidupku hari ini. aku pilih dengan rela. mungkin juga terpaksa. dan aku juga kata tidak sengaja. segalanya perlu ada rancangan. rancangan untuk terus berjaya. ke depan jayanya bukan mundur bagai si gila.

kreatif bagai tentera. aku harus pecah kepala. pecah kepala berkarya tidak apa. tapi aku makin pecah kepala kerana ada waktu dan aku harus menurut masa.

masa datang dan pulang untuk berkarya. kreatif dalam berkarya dituntut mereka.

kreatifku hadir bagai tentera. bisa atau tidak bisa itu hanya lahir dalam doa.