Monday, March 29, 2010

keyboard di kb

sedih jugak dengar kb hari ini membenarkan keyboardist bergelimpangan di semua kafe kafe setiap malam. bukan apa kata mereka. suspeknya ialah sebab hampir dengan pilihanraya. sebab membenarkan karnival umpama jom heboh berkumandang, pemuzik kecil kini boleh juga beraya raya. agaknya bolehlah mengekalkan undi mereka.

sedih juga kerana prinsip 'matlamat menghalalkan cara' turut melanda minda mereka. seharusnya berserah pada yang Esa di atas niat perjuangan yang ada. tak perlu tunduk pada kehendak semasa walau hiburan yang dipinta. kini hormatnya semakin menyusut kerana 2 x 5 sahaja pegangan kamu semua.

kekalkanlah identiti atau imej tidak peduli akan dunia dan hanya bersederhana sahaja. tapi itulah bila bergabung dengan pakatan yang tidak semegah minda kini kembali dijajah. janganlah pula pemimpin atas turun tahta tiada apa lagi untuk disapa.

hati mula goyang terhadap segala pimpinan yang ada. undi saja pemimpin yang solat 5 waktu.

###

Monday, March 22, 2010

tuntut ilmu yang baik

terlibat dengan golongan yang sentiasa diinspirasikan. kerana kejayaan mereka mengurus kehidupan dan mendahuluinya lebih dari insan lain.

baru dapat erti kenapa mereka di atas. kerana mereka lebih rajin, lebih usaha dan lebih minatnya. setiap apa yang dilakukan mereka adalah dengan bersungguh sungguh.

peluang untuk diri ini tuntut ilmu yang baik baik saja.

Monday, March 15, 2010

hadap

mereka tidak hadap tetapi mereka tidak seuntung kita. naluri semulajadi ada keinginan dan kemahuan. kerana itu menentu nasib dan juang untuk terus hidup biasa atau jaya.

ingin dan mahu yang tinggi membentuk sifat perilaku. tercungap, gelojoh dan terhegeh lahir dari nafsu yang berlebih dalam menuntut hak untuk terus hidup. namun budaya norma meletak kayu ukur perilaku yang bagaimana menjadi rutin sopan atau rakus.

panjangnya akal, tingginya ilmu dan kuatnya iman menjadi perunding imej membentuk sahsiah supaya segala apa hadir sebangang tisu muka atau sebesar rumah banglo kita adalah kekal waras.

dan kita tidak hadap.

tidak nampak tidak salah

biar mereka kabur atau tidak jelas. kerana ramai mereka yang tidak melihat ikhlas. apa yang ada di sekeliling. bagi mereka pandangan adalah bukan saja dari mata... malah juga dari sanubari.

namun bukan semua dikurnia sanubari yang tidak benak. kerana hati ini semakin hari semakin malap. malap digilap perasaan tamak dan dengki. langsung mengabur gajah di depan mata dalam waktu mencari kuman nun jauh di sana.

biar dan diamkan saja. kerana teguran tidak mampu menyinggah hati yang bongkak. apatah teguran dari hati yang rendah.

dari sudut pemiliki peribadi, tidak nampak tetap tidak salah.

Friday, March 05, 2010

merengek

bunyinya terbayang sesuatu penyek. sepenyek wajah meronta ronta. umpama berleter di bawah umur. rengekan sumbing merobek telinga.

diadun pula sifat yang keji. menghalal cara walau berabdi. berabdi budi menggadai murni. selekeh jiwa bertuan badi.

bertopeng topeng berbunyi nyaring. berlakon watak bergigi taring. tidak diikut dikau memaling. memaling topeng umpama gasing.

merengeklah terus jika itu senjata hadiah mencari sesuap nasi yang tidak dimuntah.

jenguk ke bawah

berjalan mestilah ke depan. memanjat mestilah ke atas. namun untuk tidak lupa, setiap masa hendaklah kita jenguk ke waktu belakang. atas dasar menghargai kita yang sudah di depan dan di atas.

jenguk ke bawah akan memujuk hati yang kadang kadang tamak dan gelojoh. hati yang lemah dengan dunia yang manja menggoda jiwa nak leka.

tiada siapa menghalang untuk ke atas menongkat langit. terus saja tanpa henti. tanpa ada takbur diri. terus saja tanpa henti. tanpa ada lupa bumi.

jenguk ke bawah mengerak hati agar gayat mengimbang budi.

tupai melompat yang jatuh

dalam kehidupan milik tuhan ini, keikhlasan adalah kunci utama untuk mendapat berkat. jika sanggup bermuka muka dalam memain peran, jangan takut hari hadapan dipukul ombak.

peluang tetap diberikan. untuk merasa menikmat dan mencuba waktu dunia walau menjadi medan berdongeng sementara.

tupai yang pandai melompat juga ada peluang jatuh. jatuh dek diri sendiri, sekeliling mahupun lumrah kitaran bumi yang berbentuk roda.

sebelum tupai itu terjatuh, harus dinilai tinggi mana lompatan yang ingin diamal.