Saturday, January 30, 2010

Hebat Filem Mereka

Wataknya direka dengan teliti. Sehinggakan bayangan yang dihasilkan mengerikan dan turut menimbulkan perasaan ragu ragu.

Dari pembikin kisah kapal karam yang sama, jalan cerita cinta tetap menjadi tunjang konflik yang dinanti nanti.

Pencetus ikutan kembali seperti musim kisah angkasa dan dongeng fantasi. Fenomena manusia berimpian jauh kini tradisi hari ini.

Bagusnya pembikin kerana ketelitiannya mampu menjadikan karyanya ditempat pertama sekali lagi kerana kutipan dan juga pengisian.

Paling mengagumkan apabila ada peminat mula mengedit wajah mereka berwarna biru bercorak indah kerana terlalu minat.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, January 26, 2010

dengki bangsa

selalu melayu yang popular dengan hasad. tapi kali ini aku lihat bangsa lain mempamerkan hasad mereka. mungkin ianya sudah lama. namun dipamerkan sebagai envy sahaja.

situasi berlaku di pejabat. kononnya gotong royong. mengemas barang barang yang ingin dilupuskan. si melayu yang sayang benda cuba mengambil mengganti situasi ianya bakal terbuang. diperhatikan 1 malaysia.

namun ianya menjadi isu diperingkat atasan syarikat. pabila si dia melaporkan si melayu melayu ini dikata mencuri. direlakan benda itu dibuang dari diambil guna oleh si melayu melayu kasihan.

dengki sendiri selalu berlaku. dengki bangsa berlaku buruk padahnya.

Saturday, January 23, 2010

kesenian

orang yang berjiwa lembut adalah orang yang berjiwa seni. halusnya jiwa mereka sehingga tidak terlintas pada mereka ada jiwa lain yang turut hidup bersama. jiwa yang pelbagai.

orang seni sangat peka kerana mereka peka pada apa apa tindakan terhadap mereka. pada mereka dunia berpusing putar di sekitar mereka sahaja.

namun apa yang sukar bagi mereka ialah dunia ini harus dikongsi bersama. bersama mereka yang pelbagai jiwa. dan ada jiwa yang tidak langsung peka. ada jiwa yang kasar. ada jiwa yang pantas dan ada jiwa yang tidak peduli pada sesiapa.

seni itu tidak apa. alangkah indahnya seni itu untuk agama. kerana kesenian islam tiada tolok bandingnya.

Thursday, January 21, 2010

Yus vs ed hardy

Adikku yang satu ingin ke australia melanjutkan pengajiannya tidak lama lagi.

Terkejut dia bila aku offer baju ed hardy. Katanya jahat sangat la gambar gambar ni. Ujarnya yang mendapat jolokan ustaz dalam keluarga.

Alhamdulillah, at least ada ahlil yang tidak ed hardy. Hehehe sebab yang lain semua perangai macam pembikin tatoo.
Sent via BlackBerry from Maxis

Berinternet

Ada beberapa jenis bos di pejabat. Ada yang ingin up to date dan ada yang tidak kisah too late.

Di negara barat, mereka tidak lagi bebel atau bicara kerana semua ingin bergerak ke hadapan walau apa cara.

Namun mungkin kita belum bersedia untuk merayau merentasi susur masa terlalu laju. Kerana mungkin kita bimbang kita akan mudah lupa.

Berinternet tidak berdosa jika kena cara.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, January 19, 2010

kisah pulau

unik, beda dan tonjol. karakter yang sukar ditanggung jika dimiliki sesama manusia. lalu mereka mereka akan dipadamkan dari senarai penglihatan si ramai ramai orang. ramai orang yang sama di biasa biasa saja.

zaman nabi, pemimpin berjaya dan the chosen one melalui ujian yang sama untuk berjaya dan kekal bernama. dalam erti lain mereka mula di tempatkan di atas tanah yang sendiri terus menyendiri.

namun pesan ilmuan. biar pedih dipulaukan balas saja dengan senyuman. hidup umpama persinggahan sebelum terus kekal di hari pembalasan. hadapai saja dengan senyuman. dengan berkat ketentuan mereka kembali ke pangkal jalan. si nasib dibalas kemenangan dari tuhan.

bumi ibarat roda yang berputar. menunggu giliran bertukar tema. kisah pulau jadi teladan untuk terus lembut bersabar hadapi ujian.

Monday, January 18, 2010

melodi sekadar hiburan

sebuah program yang mendapat airtime yang banyak di waktu siaran yang utama di hari minggu rakyat. menjadi sumber rujukan semua dalam menambah intelektual dunia hiburan kononnya.

semua akan berilmu dan merasa seperti lebih berinformasi selepas menontonnya. "merasa". namun pengisiannya masih di tahap mencurigakan. curiga kerana penceritaan yang dibawa terlalu jelas songsangnya.

perantara memain peranan seperti si batu api dan tukang melaga lagakan. tingkah ini sungguh tidak digemari dalam hidup biasa. namun dengan sedikit props, perhiasan, gimik yang menarik dan logo syarikat yang kredibel segalanya dilihat meyakinkan dan seolah olah benar.

melodi sepatutnya hanya sekadar hiburan.

Saturday, January 16, 2010

penyampai dan azam yang baru

huru hara sebelum ini di tempat kerja semakin surut. syukur. sebuah syarikat penyiaran radio yang masih terhegeh hegeh dalam industri kini mula melangkah tinggi. pengurusan yang semakin terurus membolehkan idea idea kreatif dan releven terlaksana.

halim othman dan linda onn muncul sebagai penyelamat dan nadi yang baru untuk azam baru bakal terlaksana. dahagakan rating untuk dihormati oleh penaja penaja kapital negara demi survivor di kotaraya lumba. wajah baru mungkin bakal memberi nafas dan isi baru bersempena susur masa yang baru.

pejabat semakin tenang kerana arah tuju mula diatur dan disusun. objektif dan matlamat mula kelihatan jelas di samping sokongan kuasa war war bergelar media yang menyokong positif perjalanan tanggungjawab stesyen muda ini.

semoga segala galanya tenang dan lancar. tahniah suria fm dengan rombakan kabinet terbaru.
suria fm, muzik terbaik tanpa henti.

usrah sebelum khutbah

jumaat bekerja. tidak seperti kelantan yang mengerjakan ahad kerana tidak mahu memperajakan hari gereja beribadah. di bandar berhenti seketika atau waktu makan lebih lama kerana kononnya menghormati waktu solat jumaat.

memilih untuk awal ke masjid kerana tidak mahu sekadar menunai dua rekaat tanpa sunat dan khutbah yang samar dek masih berjalan jalan. berpeluang mendengar ceramah sebelum khutbah menceritakan kisah kewafatan Rasulullah s.a.w dan kehebatan para sahabat menyambung perjuangan baginda.

terharu kerana dalam usrah ceramah itu, imam memperingatkan tentang mati merupakan proses perpindahan dari bumi ke alam kehidupan sebenar iaitu hari akhirat. pesannya untuk bersederhana melainkan kekayaan seiring kerinduan kepada tuhan dan agama adalah satu kebaikan dan keajaiban hari ini.

usrah itu turut memberi kesedaran tentang hidup dunia akan bermakna jika masa diluangkan bersama keluarga dan melakukan benda yang berfaedah untuk hari kekal. katanya jangan terlalu sibuk bekerja dan mencari wang tetapi lupa pada tujuan sebenar bumi dan manusia diciptakan.

diri ini lemah dan leka. beri saja peluang dan ruang untuk ilmu itu hadir walaupun ia sekadar teman di sisi yang hanya berdiam diri.

Saturday, January 09, 2010

konsep hidup

jika kita tahu konsep dalam kehidupan. nescaya kita akan faham dan mampu mengikut rentaknya. tiada banyak konflik dan percanggahan yang akan wujud kerana persefahaman menjadi landasan.

hidup ini untuk ke depan dengan mengambil iktibar hari belakang. hidup ini sebentar, semua kata kena enjoy puas puas. tapi itu kalau tiada hari pembalasan.

hidup dianggap permainan, pertandingan dan peraduan. fahami konsep, fahami prinsip dan fahami perundangan. jika kita tidak mampu untuk menang, tapi kita mampu untuk menguasai dengan tenang.

hingga akhir nanti.

barakah

nawaitu dan tujuan. bila ditentukan ke arah yang benar, tenang juga perasaan. hidup ini memang sekejap. sekejap saja untuk tersilap langkah. jadi berhati hati saja.

kesimpulan kehidupan. ketenangan dan kebahagiaan. dalam proses menghirup udara keinsafan dan kerahmatan dari tuhan.

cari saja jalan untuk diberkati. pilih saja aktiviti yang direstui. taat saja pada sesiapa yang harus ditaati. insyaallah apa yang dicari muncul kembali.

Wednesday, January 06, 2010

masalah itu ujian

semua akan diuji. cuma ikut giliran sahaja. dengan pelbagai masalah. tak semestinya sebab siapa yang malang. kerana DIA itu sangat tahu. maha tahu apa yang diciptakan.

hadapi saja dengan tenang. kerana segalanya pasti. untuk melengkapi kitaran datang dan pergi. senyum saja insyaallah semua kan baik baik saja.

kalau diuji maknanya kita ini DIA ingati. DIA kenalpasti kehadiran. anggap saja masalah itu ujian. kerana ujian itu untuk mereka yang rapat denganNYA.

Sunday, January 03, 2010

apa ada pada fdam

ini pandangan marhaein dalam dunia pengarahan. memang tiada karya yang tercalon mahupun menang dalam festival. tapi itu insyaallah.

31 disember 2009. penutup tahun dengan Mesyuarat Agung Pemilihan jawatankuasa persatuan pengarah filem malaysia (fdam). kecoh, panas dan gempak. suasana yang dapat digambarkan pada hari tersebut.

terutama kerusi Presiden yang disandang oleh Ahmad Ibrahim atau orang tua industri bergelar Mat London. kerusinya dicabar oleh pengarah filem terkenal yang sentiasa menang festival kerana karyanya yang ada touch, seperti Kala Malam Bulan Mengambang dan beberapa lagi. nama yang tidak asing iaitu Mamat Khalid.

Mamat Khalid memiliki gerombolannya yang tersendiri. gabungan nama nama besar arus perdana pengarah tersohor negara yang berjuang membayangi kabinet asal. Erma Fatima, Afdlin Shauki, Aziz M. Osman dan Hans Issac. dan dinasihati oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba adalah di antara mereka.

mesyuarat berjalan umpama soal siasat di balai polis dan di pejabat SPRM mencari loophole untuk kabinet baru tampil memimpin. keseimbangan penyokong dapat dilihat apabila sorakan yang diberikan kepada calon calon agak sama rata riuhnya.

rata rata tidak mampu menjangka apakah keputusan yang akan dicapai. ditambah dengan kehadiran Pak Menteri KPKKW yang mencemar duli hadir merasmikan AGM tersebut dengan janji dana baru yang akan digunapakai sebaik baiknya oleh AJK yang akan dilantik.

maka AGM pemilihan AJK FDAM saling tak tumpah umpama parti parti politik yang bertanding untuk mentadbir negara ini. kerana seperti ada sesuatu istimewa yang tersembunyi di sebalik jawatan sedang ditanding.

marhaein hanya melihat dan tidak mampu mentafsir umpama ahli sihir kerana marhaein tiada kuasa sixth sense. namun apa yang dapat disimpulkan dari mata seorang small time director ini adalah, sifat kepimpinan hari ini terletak kepada kepetahan orang itu bertutur cara. kerana mereka yang terlalu artistik dalam berkarya akan juga artistik dalam berbicara.

bicara yang terlalu seninya umpama lagu yang terlalu dalam maksudnya dan lukisan yang terlalu kuat abstraknya. kebolehan memimpin terletak kepada misi yang jelas. jelas dalam lafazan mereka walau tidak terlaksana.

kabinet bayangan adalah mereka yang popular. popular pada mata media dan rakyat jelata kerana karya mereka yang diambil kira. ini bermakna mereka adalah pengarah yang hebat.

kemenangan jawatan pula berpihak kepada mereka yang lama berkuasa, membuat kerja pentadbiran dan kurang seni karyannya.

nampaknya, untuk menjadi AJK yang bagus, masa kan nama nama popular itu sanggup berbelah bahagi berkarya sambil bermesyuarat karipap dan mee hoon membuang masa demi persatuan tercinta. atau berfalsafah 90 minit gaya filem untuk Menteri memahami hasrat ahli lembaga.

manakalah ahli sembang hebat sudah mula turun padang melahirkan filem filem berunsur sembang memangkin minda rakyat.

put the right thing at the right place agaknya. pandai mengarah teruskan mengarah. pandai berpolitik teruskan 'memimpin'. kerana untuk lengkap, kita saling memerlukan.

lawak

musim baru raja lawak 4 baru start. ok la peserta peserta. memang berbakat. sebab pemilihan masa ujibakat yang teliti. macam macam jenis penyampaian dengan niat membuat penonton gelak dan ketawa.

yang tak boleh blah bila hos yang masih tidak secured dalam industri. offended dan rasa macam tercabar kot. mula over dalam menzahirkan bakat mereka untuk menepis kehadiran bakat baru. mulalah buat lawak fizikal dengan mengajuk gaya peserta. meniru memek peserta dan mula berlagak sempurna dan mengutuk peserta.

lahir pula pertembungan budaya 3 juri yang kononnya taiko lawak negara. please lah. juga tidak secured dalam industri yang pethatic ini. di mana tidak menjana ekonomi negara pun. malah tidak menjana ekonomi mereka sendiri. lawak sendiri pun kering. dengan rancangan yang tidak seberapa. dialntik menjadi pemangkin generasi baru mulut pulak bitter. adoyai. letih.

mungkin negara ni kena develop dulu sampai maju nak mampus baru boleh berhibur. belajar jadi penghibur yang ikhlas menghibur. bukannya membuat muka ketat ketika menghibur dan menyalahkan penonton kerana tak faham lawak.

dah lah diri belum siap. tapi dah kena siapkan generasi baru untuk berjuang. mulut mengalahkan johnny depp dan brad pitt mengutuk rupa paras orang. aduh. letih.

tahun baru yang macam lama

tiada yang beza. ucapan azam dan semangat yang sama dibawa. ke depan ke depan dan ke depan. katanya anjakan. anjakan umur yang semakin meningkat mengingatkan kita pada pencipta. pergi semakin pergi bagai meninggalkan bumi yang sudah tua.

impian dan harapan pelbagai bagai. diumum dan ada tidak dikota. sekadar lampiran wajah riang ketika dunia menyambut salam hiburan yang terus baru.

tahun yang baru dengan jiwa yang menua. berfikir untuk terus beramal meninggal leka yang sudah berada. nombor itu terus bertukar membawa pergi sifat yang mencari cari.

jika sudah ditemui, tiada azam yang baru cuba dipatri. hanya kesejahteraan duniawi diimpi sambil bahagia akhrawi dihajati.

merempit ke tu

lama dah tak naik motor sekitar KL. detik new year, masih petang sebenarnya, nak mengelakkan jam konon pinjam motor rakan pejabat untuk ke AGM FDAM di finas. rasa macam jauh yang amat. nasib baik cuaca cantik.

teringat kisah muda muda. merempit kata mereka. sedangkan itu saja transportasi yang ada. kalau keturunan raja mungkin 5 series menjadi jenama. bila tua dan berpunya segalanya mula diambil kira.

naik motor umpama si tupai yang sesat di kaki umat di kota tokyo. kecil dan kerdil dan teramat bahaya. kiri dan kanan, kereta dan bas, depan dan belakang menggigil gigil memeriksa. takut kalau dilanggar terlanggar dan terleka.

simpati pula pada mereka penunggang motor walau roadtaxnya hanya rm2. bahaya sebenarnya di kotaraya. sebenarnya elok buku dan ruas yang berlaga. jangan salahkan mereka yang tidak berdosa. apa kata pertembungan mat rempit durjana dan si pembuli berkereta. baru kena.