Tuesday, November 20, 2007

Manusia Yang Kejam

Lebih kurang sebulan selepas aku resign from astro shaw... Now, freelance, suami dan bapa sepenuh masa hehehe... aman dan tenteram otak ku di samping abun ku tersayang...

Aku selalu menjadi mangsa keadaan... anjing suruhan, dan insan yang sering dipergunakan... mungkin sebab sincere sangat or lurus kot... bila dan terkena baru mengadah... or dalam bahasa kelantan 'tepuh tiye sokmo'

Aku resign from astro sebab tak tahan sering diambil mudah oleh supervisor aku... kita baik... bukannya bodoh... kita ikhlas... bukannya mangkuk...

So kerja dah tak macam kerja... dah macam abdi la jugak... kerja dia kita buat... kerja gundik dia pun kita buat... mapuh la menate... diorang dok mengangkang projek bersama... sabar je la...

Pastu aku dapat offer untuk masuk di astro tv... better offer... permanent dan lagi best... so dengan bangganya la aku bersyukur dengan rezeki dari tuhan...

tup tup... HR pun call la ex supervisor aku tu for reference check... nahhh... supervisor yang tak puas hati sebab aku dump dia... (dan leburkan cita-cita dan nak set up company dan suruh aku jadi hamba dia seumur hidup) pun buat la ulasan yang negatif dan tahap menabur racun dalam periuk nasi aku...

so bakal bos baru aku yang berketurunan dua alam yang tiada bertelur lagi berbatang pun mengambil keputusan untuk terus mengemut telur dan batangnya sehingga bertukar menjadi apam... hehehe... atas alasan i don't want to take risk... hehehe... takpela...

dah takdok rezeki... begitu lah al kisah drama kehidupan ku dalam menempuh kehidupan yang adil lagi saksama ini...

so sekarang aku bebas dari cengkaman parasit dan opportunist bangsat yang tidak lain dan tidak bukan tidak pernah bahagia dalam kehidupan mereka.... kuang kuang kuang...

rasulullah pun dilempar najis dalam berdakwah... apa sangat la kalau setakat kena khianat ni...

so sekarang, aku belajar pelbagai perkara dan melihat dari perspektif yang berbeda...

Bumi Allah ni luas... rezeki tak abis nak gali... gali je la kalau tak malas... Usaha tangga kejayaan...

Friday, October 05, 2007

Jerung, Buaya dan Mangsa

A few meeting yang membuatkan aku membuat statement... Patutlah Mejar Wan Mansor (arwah ayah) menyepi dan menyorok dari public...

Aku kini menjadi resolusi dan teman kepada sahabat-sahabat arwah ayah di waktu mereka buntu dan cuba mencari idea penyelasaian isu mereka...

Terkini aku sentiasa bersama Panjang (chinese friend of ayah) ke sana ke mari memikirkan strategi untuk menyelesaikan beberapa isu yang boleh memberi token sampingan dalam kehidupan...

Pada suatu hari di bulan puasa, Panjang cuba menyelesaikan satu misi bosnya untuk mendapatkan balik jam tangan bernilai RM400k yang telah digadai disebuah kedai... however... kedai itu telah menjual jam jam tersebut... dan memberi alasan tidak mahu mengganti jam tersebut...

Lalu kes tersebut telah dilaporkan kepada RMP dan menjadi sebuah kes Commercial Crime... Seorang pegawai berpangkat ASP telah melakukan tugas dengan cemerlang dan membuat tangkapan pemilik premis tersebut...

Walaubagaimanapun, beberapa jam selepas itu dia dilepaskan dan kes tersebut dikatakan sebuah kes sivil dan bukan jenayah seperti dakwaan diperingkat asalnya...

Adakah wujud udang disebalik batu... Panjang menjadi buntu kerana impian menyelesaikan misi tidak terlaksana... faktor kewangan Panjang yang tandus menjadi punca ketidak lancaran proses tersebut...

Wan Syahrul Amry menjadi resolusi networking pengganti arwah dengan harapan tanpa kewangan masalah dapat diselesaikan... hanya dengan hati yang ikhlas dan persahabatan yang tulus...

Berlegar difikiran kami berdua selepas berbincang, Pegawai berpangkat DSP ke atas sahaja yang mungkin boleh memberi petunjuk membantu menyelesaikan kes ini...

Sehari suntuk sehingga ke waktu berbuka aku memikirkan siapa yang dapat dihubungi dan diajukan permasalahan ini... Lalu pertemuan dengan partner perniagaan bidang pengiklanan di Oldtown White Coffee telah menjadi titik jodoh pertemuan kepada resolusi tersebut...

Di situlah kami didatangi oleh hamba Allah yang merupakan sedara bau bacang arwah dan memiliki hubungan mantap dengan pihak RMP diperingkat teratas... Jodoh pertemuan di tangan tuhan... Maka saudara tersebut bersetuju dan teruja untuk menyelesaikan kes Panjang tanpa banyak cerita...

Kebetulan seorang pegawai teratas membawa gelaran Dato' juga akan hadir untuk perbincangan lain... dan secara kebetulan kes ini juga akan diusulkan bersama atas dasar mengenang jasa arwah ayah dan aku sebagai sedara bau bacang...

Lalu hati Panjang gembira bukan kepalang... Pucuk dicita ulam mendatang... maka bergumbiralah semuanya tidak terkata mengangankan kes tersebut akan menjadi sejarah dan selesai...

Aku yang naif diperkenalkan dengan Pegawai bergelar Dato' tersebut... tanpa sebarang prejudis aku juga gumbira bagi pihak Panjang berdasarkan kata-kata janji dari mereka yang menganggap kes itu hanya remeh dan mudah...

Selesai minum teh di situ aku diajak ke sebuah lagi lokasi oleh sedara bau bacang tersebut untuk diperkenalkan dengan seorang lagi pegawai teratas RMP yang juga bergelar Dato'... bersikap sopan dan mengenangkan arwah, pelawaan tersebut disambut dengan spontan dan ikhlas...

Tiba di lokasi tersebut iaitu di sebuah kedai minuman di TTDI... aku diperkenalkan dengan beberapa orang yang dikatakan pegawai teratas RMP dan juga merupakan kenalan arwah...

Aku, Panjang dan Pokcek hanya duduk minum di situ dengan nada keliru dan blur kerana tidak paham apakah tujuan agenda tersebut... Well, hentam sajalah...

Sehingga tiba ketika... sedara bau bacang tersebut mula berbicara dengan nada sindiran dan sinis bertanyakan tentang apakah habuan untuknya jika berjaya menyelesaikan kes tersebut... aku tersentak... Panjang mungkin sudah biasa...

Cuma resolusi ini muncul dengan harapan isu kewangan yang dihadapi Panjang tidak akan timbul... namun itu hanyalah fantasi kami... tiada yang percuma dalam dunia hari ini...

Sedara tersebut mula berbicara tentang figure yang diharapkan... Panjang bermula dengan RM10k... dia tidak begitu gembira... suasana menjadi tegang... dia mula mundar mandir kononnya berbincang dengan pegawai2 tersebut yang berada di meja berasingan bersama gadis gadis rugged disamping mereka...

Sedara kembali dengan soalan yang sama terhadap Panjang... Panjang cuba mendapatkan gambaran yang jelas dalam proses yang cuba dilakukan ke atas kes tersebut... Jika jam dikembalikan 100k akan dibayar kepada sedara dan lain2...

Tetapi jika jam tidak berjaya dikembalikan, Panjang mahukan wang dari kedai tersebut dengan nilai gadaian yang sama... Persetujuan dicapai, tetapi sindiran tetap ada kerana kami tidak berjaya menghulurkan apa2 pada ketika itu... mahupun menyelesaikan bil minuman untuk beberapa meja mereka...

Ketika itu aku sudah bingit dan menyampah dengan suasana tersebut... Aku kini baru mengerti perasaan arwah yang sentiasa menyembunyikan diri dari public yang kotor serta corupt ini... Arwah tidak terdaya melayan karenah hipokrit golongan ini... Begitu juga aku yang kali pertama dipertemukan dengan situasi sedemikian...

Kami blah dengan begitu saja, tanpa rasa hormat pada mereka... Aku menjadi lesu dan terkejut dengan pengalaman sebegitu rupa dalam dunia hari ini...

Apa yang aku dapat pelajari... manusia dijadikan Allah sama rata... tapi manusia sesama manusia mencipta kasta dan hireaki mereka sendiri... Hireaki manusia yang sepatutnya membantu each other tetapi menjadi sebuah rantaian makanan manusia memakan manusia...

Aku rela menjadi mangsa, kerana tangisan di dunia adalah kegembiraan di akhirat...

Wednesday, October 03, 2007

SPM 1996

(LPM/KOM. 6) Pin. 3/95
SPM

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN BERSAMA UNTUK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
DAN SIJIL AM PELAJARAN 96

Nama: WAN SYAHRUL AMRY BIN WAN MANSOR
No. K/P: 790503-03-5061
Nama Sekolah: MAKTAB SULTAN ISMAIL KOTA BHARU KELANTAN
Angka Giliran: DA001A073
Kod Daftar: 9 JEN.DAHULU: 0

BAHASA MELAYU 1P*SATU
PENDIDIKAN ISLAM 3P TIGA
SEJARAH 5P LIMA
BAHASA INGGERIS 4P EMPAT
MATEMATIK 2P DUA
MATEMATIK TAMBAHAN 6P ENAM
FIZIK 6P ENAM
KIMIA 6P ENAM
BIOLOGI 5P LIMA

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU : LULUS
PERKARA ASAS FARDHU 'AIN : LULUS
AGREGAT UNTUK PANGKAT : 21

kEPUTUSAN SPM 1

Monday, September 03, 2007

Merdeka ke 50

Pemerhatian rakyat kerdil yang baru expose...

Isu KJ menghantui aku... sempat dan pernah aku mengidolainya secara tiba tiba dan tanpa usul periksa... hanya kerana kagum dengan umur mudanya tetapi sudah mendapat mileage politics dan kehidupan yang tidak terkira... bersuara dalam media seperti pejuang sebenar melayu... attitude hang jebatnya menjadi inspirasi melayu rebel yang lain...

maklumat belum cukup lengkap untuk aku membuat kesimpulan dan judgement terhadap semua benda... itu yang aku baru pelajari di usia 28 pada tahun 2007 ini... jangan mudah menuduh, menghukum dan menilai... lebih baik terus aku menjadi pemerhati permainan duniawi ini...

Isu ekonomi negara... baru ku lihat pembangunan amat penting menentu taraf hidup masyarakat... terima kasih Tun. Dr. Mahathir yang memimpin negara seketika dan meletak Malaysia di mata dunia... memang habis ringgit tapi ku lihat berbaloi... ala ala investment yang menguntungkan... Putrajaya, The Twin Towers, KLIA, KL Tower, F1 circuit dan sebagainya adalah kebanggaan kita...

Pertandingan bunga api? Wow untuk beberapa hari berturut turut... usaha yang sama untuk menambah nilai terhadap establishment yang sudah diukir oleh Tun. Dr. Mahathir... tetapi pembakaran tersebut menjadi asap yang hanya meletak peristiwa tersebut tinggal sebagai sebuah peristiwa... aku terfikir mungkin hutang ptptn ku bisa lebur ibarat percikan bunga api itu... terima kasih tahun melawat malaysia 2007... ia cukup menghiburkan...

Rumors pilihanraya, politik dan pengurusan negara... pelbagai yang berlaku dan akan berlaku... perlukah aku panik atau kekal memerhati dan menjadi tipikal golongan belia yang tidak mempedulikan segala situasi...

Fungsi media atau industri hiburan dalam kehidupan... perlu atau tidak perlu... pembangunan sudah mencukupi atau masih tercari cari... aku risau bangsa aku tertinggal dan syok dibuai nyanyian dan lakonan...

Banyak nya propaganda kehidupan ni... pengalih perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu isu...

attitude bangsa Melayu... go with the flow... atau 'Tak Pa' hehehe... hentam sajalah labu... janji segalanya berjalan secara okay dan terkawal... yang penting... tiada riot, konflik dan huru hara dalam kehidupan...

Proud to be Malaysian Kelantanese Version

Mesti tonton:
Anak Gemilang Malaysia
Becoming A King
Petronas Twin Towers
Matinya Seorang Patriot

Monday, August 13, 2007

wicked muse communications

penyelesaian kreatif untuk semua...
"the manifestation of mass communication"

terdaftar sudah pada 27 07 2007... insyaallah dengan izin Allah rezeki kami dipanjangkan...

ingin menjadi di antara pejuang-pejuang wang ringgit di dunia semesta sementara...

kerja seperti 1000 tahun hidup untukNYA...

ibadah seperti sebentar lagi matinya...

luahkan segala kekusutan komunikasi untuk kami selesaikan dengan akad perniagaan yang mendapat keberkatan dan bertepatan...

dengan izin Allah... bakat dikurnia menjadi resolusi bersama...

tel: 019 9129555 fax: 03 42563555

email: wickedmuse.com@gmail.com

Sunday, July 15, 2007

minda niaga

tiba tiba... atau mungkin sampai seru... (dan umur yang tepat)... minda memikir untuk membikin ringgit yang berlipat... tiba tiba atau mungkin memang waktunya... atau sudah terlambat? entah... tapi hati kini tamak dan mengangankan kehidupan yang mewah lagi hebat...

perlu atau tidak perlu? demi kebahagiaan demi keselesaan...? apa itu sederhana dalam Islam... apa itu usaha dalam Islam... dan apa itu tawakal dalam Islam...

minda terdetik untuk menjadi usahawan... bidang apa dan arah mana yang ingin difokuskan...

kemahiran... hanya media dan hiburan... adakah ianya memberi keuntungan...

insyaallah... nantikan kemunculan...

Tuesday, July 10, 2007

cina india melayu bersama CIMB

Last filem projek aku bersama india yang memang dari India iaitu Mumbai dan Delhi... what a wonderful (horror) experiences... mantap sial kaum dia lanyak melayu... kaw kaw...

Pengalaman memang mengajar erti mengenal makhluk makhluk di bumi termasuk Optimus Prime dan rakan rakan...

Kali ini aku ditugaskan untuk terlibat dalam filem seterusnya bersama kaum money matters dan straight forward people iaitu itu kaum NGO HAI TIT TAU KUNG... hehehe c.i.na.

Bukan nak rasist atau membeza beza, tapi tuhan jadikan makhluk berbagai bentuk dan warna, cuma kita untuk mengenal antara satu sama lain...

Bermulalah episod Stephen Chow aku semenjak 3 May 2007... Banyak jugak aku belajar tentang sociology perkauman ni... nampak sangat la melayu ni rileks dan mangsa, india tu kaki putar halim dan sesungguhnya cina itu kiasu, fokus dan dunia sahaja...

Terpulang pada aku nak pilih jalan mana untuk maju...

Yang menariknya... Melayu tercipta dengan previllage yang aku tak tahu akan kekal sampai bila... seperti Bumiputra, Networking dan Budi Bahasa yang menghubungkan sesama bangsa secara natural...

Segalanya sudah tersedia sehinggakan kita tidak sedar bahawasanya itu adalah senjata untuk membangun... Cina dan India bermula sebagai minoriti yang tertindas tetapi dengan semangat penghijrahaan mereka yang berkobar kobar, mereka memilih kemahiran untuk menjadi salah satu penyumbang aset kepada negara... kuang kuang kuang... hebat proton!

Melayu mudah lupa dan terus alpa... katonyo Dr. M... well, nak realise sendiri kenalah lalu jalan sukar dulu walaupun di zaman beyond tomorrow... (sifir melayu hehehe)

Spirit mencari rezeki dan kerajinan dalam hidup tuntutan tuhan aku tengok begitu menebal dalam diri mereka yang bukan Islam... mungkin kerana mereka tiada erti hari akhirat? atau matlamat hidup hanyalah untuk hidup sahaja... sah sah di dunia... that is why mencari rezeki di dunia bagi mereka adalah sehingga berpeluh ke lubang dubur ibaratnya...

Aku salute dan respek... dengan tiada keistimewaan langsung berbanding melayu... mereka memandu nissan murano, CLS, impreza atau 7 series... atau mungkin mereka berpendidikan tinggi? entah... aku masih musykil... atau mungkin tiada istilah halal dan haram dalam mencari kekayaan... hmmmppphhh mungkin...

Arwah ayah meninggalkan aset hanya dalam bentuk pertuturan, P.R. skill dan rakan rakannya yang berpengaruh... rakannya yang ku anggap Godfather ialah dari bangsa cina... superb! aku dapat katakan tentang dia mengambil berat pada empayar Wan Mansor...

Networking dan attitude segalanya possible dari mereka memang menjadi inspirasi untuk aku menjadi Melayu Baru (mungkin)... Aku hanya mengambil semua elemen positif dari setiap makhluk dan digabungkan dengan previllage yang tersedia sebagai melayu untuk melaksanakan impianku dalam kehidupaan dunia... insyaallah...

yang penting di umur 28 tahun, aku sebagai seorang anak, abang, suami dan bapa, semakin membuka pemikiran dengan lebih luas untuk memerhati kejadian di muka bumi, mengatur strategi mencari kejayaan dan diimbangkan dengan hari akhir yang akan datang dan kekal...

"aku tidak mampu untuk membawa tubuhku mengembara, tetapi aku benarkan mindaku mengembara tanpa tubuhku..." - wansyahrulamry

Sunday, July 08, 2007

papapella masih bernafas

papapella ditubuhkan sempena audition gangstarz 2007 TV3... terdiri daripada ahli kumpulan nasyid yang berasas di UIA pada tahun 1997/98 dan bersama kenalan nasyid yang lain...

lebih kurang 10 tahun bersama... mengenal erti dunia nasyid malaysia bersama mereka mereka yang kini yang lebih dikenali sebagai brothers, mirwana, inteam, haikal, wildan dan lain lain...

cita tak pernah luntur, jiwa tak pernah gugur... perjuangan masih ingin diteruskan... hari ini papapella masih terus berlatih, untuk apa, demi siapa dan ke mana... mungkin demi kepuasan dan ketulenan jiwa yang minat pada nyanyian berunsur keagamaan...

strategi pemasaran, penjenamaan, penyediaan bahan dan sesi latihan, masih dan tetap diteruskan... arah tuju tetap ke hadapan... dan berkeyakinan untuk tetap menghasilkan medium yang menyatukan papapella bersama rakan industri yang lain...

kini... ghaz, yus, helmi, chet, wan dan where hanya meneruskan rutin dengan harapan menjadikan papapella sebuah ilham masyarakat dan lambang ketulusan perjuangan mereka yang bergelar peminat muzik aliran nasyid yang tidak akan pudar...

doakan papapella dalam mencapai impian yang mereka terus juangkan...

Saturday, June 23, 2007

lagu untuk tenang

Lagu ini ditujukan kepada:

  • diriku sendiri yang kehilangan bapa, pincang hubungan keluarga dan gusar mengorak langkah kehidupan dunia yang kotor
  • ibu bapa yang memiliki anak anak yang tidak mengenang budi dan derhaka
  • anak anak yang diuji untuk menjalani kehidupan sendirian di bumi yang penuh cabaran
  • umat manusia yang kurang jelas erti silaturrahim
  • mereka yang sentiasa diingati Allah dengan didatangkan ujian yang maha dasyat



Judul :
HADAPI DENGAN SENYUMAN
Album :
Laskar CInta
Ciptaan :
AHMAD DHANI

HADAPI DENGAN SENYUMAN
SEMUA YANG TERJADI
BIAR TERJADI….
HADAPI DENGAN TENANG JIWA
SEMUA... KAN BAIK BAIK SAJA

BILA KETETAPAN TUHAN
SUDAH DITETAPKAN
TETAPLAH SUDAH….
TAK ADA YANG BISA MERUBAH
DAN TAKKAN BISA BERUBAH

reff
RELAKANLAH SAJA INI
BAHWA SEMUA YANG TERBAIK
TERBAIK UNTUK KITA SEMUA
MENYERAHLAH UNTUK MENANG

Wednesday, June 20, 2007

no update

tiada updates? ada...

Peristiwa di bulan Jun 2007

Mami sudah pindah ke Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya...

Diha mula bekerja di Astro Bukit Jalil...

Konflik keluarga masih macam biasa... communication breakdown dan salah faham...

Mikhail demam - buat pertama kalinya aku rasa macam nak bunuh diri dan takut...

Yus dapat tawaran Pra U di Kolej Mara Seremban

Naqi akan mula latihan Penolong Pegawai Kesihatan di Sungai Buloh

Rumah sewa No. 10, Jalan 12, Taman Kelab Ukay, Ukay Perdana tamat kontrak

Perpindahan barang ke rumah ayah (arwah) di Puchong (H1-1 Puchong Utama Court, Puchong Utama, 47100 Puchong Selangor

DAW47 putih (WHR5993) masih bermasalah (sakit finance) di rumah in law ku hehehe... :}

Kerja di pejabat agak ok dan smooth... Permohonan Lesen Pengambaran Nusantara Films Sdn Bhd siap from Finas akhirnya... PPFM membership aku pun dah dapat... lega...

Perpindahan dari Taman TAR ke Kondo Kojaya Ampang... dalam proses...

Kehidupan agak sederhana dan terkawal...

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat keberkatan...

Amin Ya ALLAH

Monday, May 28, 2007

kamar ayah

suasana di ICU semasa ayah sedang koma tidak dapat aku lupakan... aku dipulau dan diabaikan oleh keluarga sendiri... seolah-olah aku tidak wujud dan tidak penting dalam hidup mereka... pelbagai konflik, isu dan peristiwa berlaku semasa suasana menunggu ayah di ICU... yang penting ialah... aku menjadi mangsa keadaan...

tapi takpe... itu adalah dugaan dan ujian tuhan... berani kerana benar dan takut jikalau salah... aku teruskan tanggungjawab dan janji aku sebagai umat Allah... lantaklah perasaan dan hati perut orang... tapi layanan yang diberikan kepada aku, tak mungkin dapat kulupakan...

semenjak aku belajar di KL... aku tidak pernah memiliki kamar yang tetap di rumah KB... bila ayah menyiapkan kamar belakang... aku sangkakan ianya untukku... maka segala barang-barang simpanan dan kenangan ku simpankan di situ... tetapi ayah menyediakan kamar tu untuk dirinya berlabuh dan beradu di situ... demi ayah, kami sama-sama menumpang... tiada yang menjanjikan ianya hak kami... kami saling memahami... ayah hormat baranganku... dan aku jaga rapi barangan dan khazanah ayah...

kini setelah 6 bulan pemergian ayah... kamar yang ayah diami selama ini tak sanggup ke sentuh dan ubah... ianya terlalu banyak memori... kamar itulah kami berborak... kamar itulah ku tolong kemas dan kamar mandinya ku basuh bersih... segala kenangan terindah dan memori manis terlalu tebal di kamar ayah...

namun, tiada manusia lain yang dapat menandingi perasaan hormat kami berdua... aku simpati pada ayah... dan ayah kagum dengan kepekaanku terhadap nasibnya... kami saling hormat sebagai bapa dan anak dan sahabat yang paling akrab...

kamar ayah berubah sudah... tiada ku sempat rakamkan gambaran terakhir peninggalan bau, aura dan jiwanya di kamar kami itu... baranganku tiada perasaan untukku sentuh kerana segalanya ada ayah di situ... di kamar kami ku lihat kami berbicara tentang seluruh topik dunia... segala kenangan anak dan ayah... rakan dan teman di kamar... segalanya tinggal memori...

maafkan aku ayah jika kamar mu tidak dapat ku abadikan seadanya peninggalanmu... pemergian mu terlalu pantas dan aku masih terpinga hingga kini... aku rindu hilai gelak mu dengan lawak yang ku dendang... gaya yang ku tiru dan memek yang ku ajuk... ayah... kamar kita hanya tinggal rangka... tiada lagi bentuk, rupa mahupun gaya yang dapat mengimbau situasi perbualan kita berdua...

aku sedih dan hiba... aku kecewa... maafkan aku ayah... jika kau lihat kamar mu tidak terurus... aku tak layak untuk bersuara... aku tidak dihormati seadaanya untuk beria... aku hanya sebuah lagi kisah penumpang, pendatang dan abang yang tidak berwatak... hanya pada tuhan ku pohon rahmat untuk keluarga kita tercinta biar mereka terbuka untuk menerima diri kita bersama...

biar hati mereka terang untuk memahami erti hormat dan patuh pada keluarga... aku hanya bisa untuk terus berdoa... insyaallah ayah... apa yang termampu tetap ku seru... harapanku hanya untuk melihat keluarga kita terus bersatu dan membantu... menenangkan hati mu ayah dan hati mami yang tak pernah layu untuk mengakhiri kehidupan dengan syahdu yang dirindu...

Saturday, May 05, 2007

Birthday gua yang 030507

Malam birthday gua... Diha belanja makan chinese food AhSeng di bukit bintang... na dan enod pun join hehehe best gilan... ketam masak kari, lala sweet sour, udang butter, nasi goreng and salad... sedap and alhamdulillah...

Balik rumah dapat hadiah bracelet from na and enod and special gift from Diha iaitu sebuah bluetooth headset jenama sony ericsson yang happening lagi berguna... thanks sayang...

Esok 3hb mei gua start keja ngan Astro Shaw... hehehe next film bertajuk SELL OUT! dengan director independent Yeo Joo Han... ok la... kira hadiah birthday gua la jugak hehehe...

tadi gua baru balik dari Brisdale Hotel kat Chow Kit... mami ada mesyuarat Kementerian Kesihatan seluruh negeri... hehehe papapella patut perform... tapi komunikasi breakdance... tak jadi... so aku, daud, naki dan yuh belasah buat sketsa wakil for kelantan...

hehehe jadi lah jugak walaupun last minute thingy... hahahaha gelak la jugak diorang...
sinopsis dia... aku jadi matron noraini aka mak aku... daud jadi sister chong aka sister yang lawak la jugak for kementerian mami, naki jadi seorang staff nurse yang konfius dan nak mintak tukar kerja... dan yus jadi Dr. Venu yang begitu pendiam dan cool...

hehehe turn out very ok la memandangkan 20 minute preparation sebelum show hahaha dan semuanya amatur belaka... ok la not bad mendapat pujian dari penonton yang terdiri dari orang orang kementerian kesihatan... kira lawak sinis dan dalaman la jugak... gua koya "whose line is it anyway kelate" hehehe...

then it was a precious gift for my mami dia dapat lihat 4 anak jantan yang dia bela turn out very useful and talented dan sentiasa disokong padu oleh bini dan anak gua dan dua orang adik perempuan gua... hehehehe... janji kitorang buat mami bangga...

hehehe kira aku had fun la untuk hari hari birthday gua yang disambut rapat dengan na (adik perempuan gua) yang lahir pada 8hb Mei 1985...

pastu ada sesi makan kek di bilik hotel tempat mami dan adik adik lepak... gua jugak dapat hadiah dari mereka... thanks guys... i love u all...

semoga hidup kita sentiasa indah bersama dan bahagia sentiasa tanpa anasir anasir yang tidak sihat yang direjam oleh Allah swt...

amin...

Friday, April 27, 2007

DAW47 vs WHR5993

gua ada dua buah kereta wira di atas nama gua... DAW47(merah) dan WHR5993(putih)... WHR5993 ialah kereta yang telah dipinjam namaku oleh SIA Corporate... masa tu umur aku dalam 19-20 (1999)... gua kena kencing sebab gua keje tak dapat gaji kat situ... so dia offer kalau bagi pinjam nama dia bagi token RM500... wahhh... masa tu kebulur gila... makan maggie pun share... apa lagi... RM500 ratus beb... hentam sajalah... gua pun tak tau la kisah keta tu lagi...

SIA Corporate ni company sepupu gua... pastu gua dengar arwah bapak gua dengan mak gua ada involvement dengan company ni... tapi yang ironicnya welfare gua tidak terjaga... tapi kira masa tu situasi konflik jugak la... gua nak claimn rite gua pun gua kesian kat parents gua... halal sajalah...

keta DAW47 pun sama jugak al kisahnya... arwah bapak gua beli pakai nama gua... juga digunakan untuk bisnes... tapi turun naik masalah keta tu akhirnya dah full settlement oleh bonda gua... so family gua la banyak pakai keta DAW47 tu...

pastu parents gua ada problem dengan SIA Corporate... company tu banyak kencing orang... siap masuk 999 dengan edisi siasat lagi... pasal tipu tipu ni la... bermula drama huru hara antra parents gua dengan tauke SIA (yakni anak sedara arwah bapak gua)... DAW47 diambil balik oleh bapak gua... tapi gua tak tau cerita WHR5993...

1 november 2006, bapak gua meninggal... lebih kurang beberapa minggu lepas tu... WHR5993 terpaking kat depan rumah... pastu neighbour datang hantar kunci... dia kata ada orang hantar... nak serah balik...

gua pun check ngan finance... ada 49 bulan tertunggak... dan jumlah dia RM66k terhutang lagi... masak gua... bapak gua dah takde... gua kena tanggung la jawabnya... mati la aku... pastu gua suruh adik gua bawak datang KL... gua simpan dalam rumah inlaw gua...

pung pang pung pang... DAW47 mak gua bagi gua pakai bulan lepas... baru drive sehari... tebabo... enjin dia meletup la pulak... gua pun pegi la hantar kat pandan indah workshop... gua burn RM1k diorang nak cari barang dulu... keras DAW47 kat situ... tak bergerak

gua pun segan la WHR5993 tersadai lama kat depan rumah inlaw gua... jadi gua nak paking luar jap... tapi gua takut finance tarik... gua pun amik la nombor DAW47 ngan rodtax dia gua letak kat keta tu... pastu gua paking kat luar...

Hari Ini Dalam Sejarah

pukul 8.30 pagi, inlaw gua ketuk pintu gila baban... gua ingat apa... bini gua cakap 3 orang polis peronda tengah kerumun kereta sakit gua tu kat luar...

menggelabah la gua keluar tengok apa citer... diorang suspek keta curi... dah report kat unit GERAKAN diorang suruh tarik pegi balai... mati aku nak terberak... pagi pagi jumaat 27 april 2007 gua kena... tertuduk jugak lepas tu...

gua pun explain la seperti citer di atas... diorang pun simpati jugak sebab dua dua keta gua... tapi masalahnya sekarang... diorang dah buat report kat unit gerakan diorang... semua orang dah tau... masak aku kali ni...

gua mintak tolong ngan diorang... diorang kata gua buat kesalahan pemalsuan rodtax ngan plat number... benda ni panjang citer... gua kantoi ngan polis, jpj malah dengan finance sekali... bereh gu... gua berok dale kaing doh... malu gua... dituduh penjenayah... sedangkan dua dua kereta takleh jalan... tujuan gua alih number tu pun bukan sebab gua nak drive... gua nak paking luar jer... nak ngelak dari kena tarik oleh si penarik durjana...

takpela ujian tuhan lagi... sebab semalam gua lupa nak semayang isyak... gua tengah letih sebab gaji gua tak dapat lagi... pukimak bos gua ngelat lari sana sini... tup tup datang pulak masalah ni... masak masak... sabar jer la... berani buat berani tanggung...

gua sembang lagi ngan polisi polisi tu... diorang pun kesian kot tengok gua... diorang call balik unit gerakan diorang tu... tapi kena ada deal la... gua pun tak kisah deal pun deal la... daripada gua duduk kat dalam lokap sambil diratapi oleh bini dan anak gua... gua sanggup la...

so deal la dengan diorang... lega tapi pancit la... janji tak masuk jail... so gua pun sorok la keta DAW47 putih tu balik sementara DAW47 merah siap dibaiki...

moral of the story:

tiada manusia lain yang dapat memahami nasib dan takdir manusia lain... tangani masalahmu seadanya sewarasnya dan bersabarlah...yang baik tetap dari ALLAH dan yang buruk hanya dari umat manusia sendiri...

untuk diri gua... matlamat hidup gua ialah supaya gua dapat mulakan hidup dengan neutral atau 0:0 dan beri kebahagiaan pada family gua... bukannya beri kerunsingan pada mereka...
sekarang gua harus selesaikan satu persatu permasalahan yang dihadapi oleh family gua... gua redha dan gua perlu sokongan emosi dan keberkatan dari ALLAH... insyaallah...

amin!

Thursday, April 26, 2007

telemovie 'deviasi'

telemovie ini mengisahkan tentang kehidupan Is, penulis novel yang mengalami masalah dalam hubungannya dengan sue (kekasih) dan dia cuba mengalih cinta sue darinya dengan mengdeviasikan cinta sue kepada khairol (secret admire sue)... Zack yang merupakan seorang player muncul menjadi matchmaker kepada hubungan khairol dan sue...

kisah hidup Is ditafsirkan oleh sajak sajak yang sering dideklamasikan oleh teman karibnya wan di laman laman dan layar layar budaya... tiada siapa yang faham tentang perjalanan hidup Is... sehinggalah cinta Sue berjaya ditawan oleh Khairol...

Zack berpuas hati dengan kejayaannya... Dia pulang ke rumah dan terungkai persoalan dia memiliki penyakit yang boleh membawa maut... Zack juga adalah Is...

Iskandar Zulkarnain (Is) / Zack = Azhar Sulaiman
Sue = Atie AF1
Khairol = Ikram Dinzly
Wan = Wan Syahrul Amry

Terima kasih Allah... di atas kurniaan rezeki Mu

p/s: hari ini 1st day shooting yang diadakan di sekitar Shah Alam...
Deviasi terbitan Suar Channel Sdn Bhd and i'm so happy... sebab gua minat gila Azhar Sulaiman masa gua sekolah hehehe... gua perasan dia... dulu la... sekarang gua dah jadi macam raksaksa besar pada dia...

Monday, April 23, 2007

Otak gua tengah pikir apa

end of april or early May 2007, insyaallah gua akan berlakon dalam telemovie terbitan Suar Channel bertajuk 'Deviasi' (skrip oleh Ramdan)...

watak gua nama wan seorang penyajak dan scene gua menjadi breaker kepada telemovie tersebut... akhirnya gua dapat peluang berlakon mengikut kehendak Malaysia... not sure macam mana outcome dia... hentam sajalah dulu... janji gua happy...

Banyak benda yang akan berlansung dalam bulan May nanti... Diha start keje... birthday gua... nak pindah to condo diha... (kena renovate dengan paint dulu), mak gua nak transfer keja kat KL... yus dapat offer belajar... naki dapat jawapan interview... dan macam macam ada...

so kena plan pelan pelan... takut nanti aneurysm pulak...
An aneurysm (or aneurism) is localized, blood-filled dilation (bulge) of a blood vessel caused by disease or weakening of the vessel wall.[1] Aneurysms most commonly occur in arteries at the base of the brain (the circle of Willis) and in the aorta (the main artery coming out of the heart) - this is an aortic aneurysm. This bulge in a blood vessel can burst and lead to death at any time, much like a bulge in an over-inflated innertube. The larger an aneurysm becomes, the more likely it is to burst. Aneurysms can be treated.
The layer of the artery that is in direct contact with the flow of blood is the
tunica intima, commonly called the intima. This layer is made up of mainly endothelial cells. Adjacent to this layer is the tunica media, known as the media. This "middle layer" is made up of smooth muscle cells and elastic tissue. The outermost layer (farthest from the flow of blood) is known as the tunica adventitia, the adventitia or the tunica externa. This layer is composed of connective tissue.

sekarang pulak gua tengah tunggu offer letter from Bernama news jer... dia kata start keja Jun 2007... insyallah lah... demi keluarga tersayang...

tapi yang penting gua minat belakon dan menyanyi... gua akan belasah jugak benda sampai jadi...

doakan kejayaan gua...

Wednesday, April 18, 2007

Rejeki dari ILAHI

baru semalaman mengeluh dan mengenangkan tentang Konflik kerjaya diri dan keluarga... hari ini, KAU bantu aku memberi petunjuk dan hidayah...

Hehehehe... isteriku Diha baru saja lepas tandatangan kontrak dengan MiTV sebagai Senior Executive Legal... wow alhamdulillah... rejeki Mikhail dari ALLAH, diha takde hal... selalu dapat offer kerja di mana mana...

aku pulak... "halo, encik Wan Syahrul Amry, saya Openg dari BESSAR, Bernama, hari tu... so sekarang kami dah buat keputusan, kami dapat tawarkan kamu bekerja di sini... cuma gaji yang kamu mintak terlalu tinggi, tapi di sini skim yang kami bagi ada hospital dan banyak kemudahan dia... dan satu lagi... kamu mintak Produser dan Anchor kan? Cuma untuk skim kami kami bagi kamu Assistan Produser dan kami akan promote kamu... so macam mana?" "ooo... ok... bila tarikh saya untuk mula berkhidmat?" "ok, kalau kamu setuju, saya akan hantar offer letter dan kamu mula pada bulan Jun ni, macamana?" "errrr... ok, saya pikir dulu then saya call encik boleh?" " ok wan... awak call nombor ni" "ok tuan thank you so much..."

alhamdulillah dalam hati aku... semalam interview dengan Gaya E.P for tayangan unggul... dia offer to join her for their next film... aduh murah rezeki sungguh...

so sekarang for me to decide again...

yang mana satu pilihan kalbu...

Apa matlamat tuju hidupku... Mereka dan keluarga mereka!
Amin

p/s: kena buat solat Istikharah nampaknya

Istikharah is to seek guidance from Allah when one is faced with a problem to which no solution is apparent.
Whenever a person is faced with a difficult problem, or becomes hesitant in making a decision and his knowledge of the matter is insufficient to guide him then after seeking advice from trusted friends he should turn to Allah and beseech His grace. He should willingly and with an open heart and mind supplicate for divine guidance and ask for direction so that the problem is solved in his own best interest. The du'a at such an occasion is called Istikharah.
Istikharah is in fact an invaluable teaching of Rasulullah with which the Muslims have been favoured. This blessing could give solace to many for all times to come. It is related in the Hadith that Rasulullah used to teach the Istikharah to the Sahaba, Radi-Allahu anhum, like the Qur'an is taught to children. In another Hadith it is stated that, "He does not fail who makes Istikharah and he does not regret who makes Mashwarah (consultation)."
In the Masnoon Istikharah, after one has carried out his responsibility as best as one can, one should hand over the entire matter and oneself to the limitless knowledge of Allah Ta'ala. By resorting to Istikharah one is now relieved of making a decision on his own.
Now there can be no perplexity. Only that will happen which Allah Ta'ala wills and which is good for ones own sake though one may not be able to see it immediately. It is not necessary that one must experience or see an evident change or vision. Allah Ta'ala alone knows what is best for His servants. It is related in the Hadith that "Success and good tidings for the son of Adam (Insan) is in performing Istikharah and his misfortune lies in not making Istikharah."

Tuesday, April 17, 2007

konflik lagi

aku minat menyanyi...

aku suka berlakon...

aku perlukan money...

ku perlu kerja, kerja yang tekun...

waaahhhh peluang bertubi tubi... yasin, bad muffin tawar untuk demo...
peluang berlakon tak putus... tapi commitment dan masa, aku tiada...

offer kerja di kiri dan kanan sehingga aku keliru yang mana lebih menjamin dan apa yang lebih menjamin... astro? production house? radio? script writer? freelancer?... AAARRRGGKKKHHH!!!

18 oktober 2001 "Konflik Menentukan Masa Depan" - Berita Harian

Hari ini aku konflik lagi... menentukan segala galanya... siapa dan harus jadi apa...

"Ya Allah, Kau tetapkan lah iman ku... dah tabahkan lah hatiku menempuh dunia kurniaan Mu... Amin..."

p/s: atau mungkin lebih senang aku jadi GABAN, nauzubillahiminzalik

Demi kamu

Tiada andaian yang dapat diramal
Tiada gambaran untuk dilihat
Tiada umpama boleh dibanding
Korban cinta dan kasih untukmu
Korban jiwa dari ku padamu

Sayang aku mencurah ke langit
Cinta aku membuak ke bukit
Rindu aku mencecah perit
Demi kamu segalanya terbit

Aku tak harap restu darimu
Tiada ku ratap terima kasihmu
Ku jujur dan ikhlas demi kamu
Ku calar hati dan luka diri demi kamu

Dengarlah sayang bisikan rinduku
Renunglah sayang mata letih ku
Lihatlah jerihku demi kamu
Terimalah budiku demi kamu

Tanda cinta yang luhur
Tanda kasih yang jujur
Tanda hati yang ikhlas tanpa kabur

Demi kamu segalanya
Demi kamu semuanya
Sayang, demi kamu

Aku, Kamu dan Dia

Aku kamu saling memuja
Aku kamu teguh bermanja
Aku kamu bersama kasih
Aku kamu janji terpatri

Hujan panas di hari indah
Aku terhenti terleka diri
Sibuk tekun demi kita berdua
Khusyuk menuntut sehingga terlupa
Aku bersumpah, segalanya hanya untuk kita
Aku bersumpah, tulus jiwaku demi kita bersama

Tewas aku di janji setia
Tewas aku mengota kata
Dia muncul tanpa ku rasa
Dia wujud di waktu ku juang nasib kita berdua

Aku tidur, Kamu dan Dia jaga
Aku lemah, Kamu dan Dia gagah
Aku karam, Kamu dan Dia berlayar megah

Dia hadir bergaya lengkap dikala ku kusam ranap
Dia tampil segak berlagak aku comot membanting hidup ‘tuk riak

Aku undur, Kamu dan Dia galak
Aku akur, Kamu dan Dia semarak
Aku, Kamu dan Dia
Tiga penjuru yang tidak sudah
Aku undur, akur dan pasrah

Luka melukakan

Ku serah hati untukmu belai
Ku serah diri untukmu sayang
Ku taruh harapan kasihmu jua
Ku simpan jiwamu buatku tenang
Kita leka kita hanyut
Kita dibuai diduga mimpi siang
Kita kamu terluka

Salah siapa di mana punca
Tiada sempurna lagi tulus kita
Semuanya retak bagai disentap
Pasakan cinta kian rapuh
Ku kecewa kau berubah
Sayang yang nipis bagai dilapah
Sentuhanmu tiada indah
Tiada lagi kasih yang curah

Luka ini pedih menguji
Sempurna dulu kini sangsi
Kecil di hati tiada penawar
Berkisar kasih lama ianya kian pudar
Bagai andaian purba dirobek robek
Tiada Adam tiada Hawa
Santun cintamu ku lihat kabur
Luka melukakan cintaku yang luhur

Maafkan perasan yang tiada setia
Maafkan kasih yang tiada serupa

Cinta Sayang

Naluri asli ciptaan Ilahi
Kasih dan sayang sudah menjadi rasmi
Perjalanan kehidupan masing masing di bumi
Umat semua mencari cinta
Cinta demi kebahagiaan di jiwa
Meronta-ronta diminta dipuja
Umat manusia bersama seloka

Bagai Adam dan Hawa, Uda dan Dara, Arjuna dan Srikandi
Bersatu bagai teman sejati
Bersama bagai teman hakiki
Bersemi kasih cinta di hati
Mengikat janji memetrai budi

Engkau sempurna aku terbaik
Untuk kita mendayung gelombang indah
Bercinta berkasih bersama cantik
Berlayar gembira berlabuh berdua hanya

Tiada cela cacat dinafi
Silap tiada dipandang dan dihirau peduli
Engkau dan aku mulia di mata kita
Berbuai laju disanubari bersama
Peduli mereka berkata apa
Aku dan kamu terus bahagia
Teruja dibelai sejoli setia
Cinta sayang indah manis hidup berdua

Friday, March 09, 2007

Pengalaman Mematangkan Aku

Pengalaman bekerja paling bermakna selepas 27 tahun hidup di bumi Allah ialah... bekerja dengan crew crew India dari Mumbai...

aku mula bekerja dengan Tarantella Pictures (anak syarikat Astro Shaw dari Mumbai) pada November 2006... bermula dengan pre pro penerbitan filem kedua mereka bertajuk "Tipu Kanan Tipu Kiri (100 Lies To Hide a Wife)"...

Huru hara... perkataan pertama dari seorang aku yang ada few years pengalaman dalam bidang Tv dan filem production... aku dah buat research pasal background diorang dan ada dengar rumours sebelum aku mula kerja tentang kerenah diorang... tapi ku tahan juga jebat...

Bermulalah hari pertama pengambaran pada 10 February 2007... tugas aku ialah production coordinator... menyelaras segala benda dalam produksi filem ini... baik dari perjalanan datang dan pergi talent sehingga lah melengkapkan kehendak produksi...

Talent untuk produksi dari Indonesia dan Malaysia... dan crew dari India dan Malaysia...

yang cukup bermakna pada aku dalam produksi ini ialah peluang untuk mengenali watak dan kerenah manusia ciptaan tuhan yang berada di dunia ini... Indonesia terkenal dengan sikap peramah dan mesra mereka manakala India... Jeng Jeng Jeng...

betul la pepatah orang mengatakan kalau jumpa ular dan keling... pukul keling dulu sampai mati... sebab nya... dia punya belit dan patukan mengalahkan ular...

aku cukup teraniaya dalam produksi ini... hehehe melayan kekelingan India dari Mumbai ni... well at least aku memiliki pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana mana...

pengalaman mematangkan aku dalam menjalani hidup yang memang mencabar...

so lepas ni... setakat kaum melayu nak belit... tak payah la... ilmu gua lagi tinggi... gua dah exampted dengan jaguh belit dunia iaitu kaum curry pulai...

thank you Allah for the life you gave me...

tawakal tu'alallah, insyallah

Thursday, March 08, 2007

kehilangan wan mansor kelahiran wan mikhail

perasaan yang pelik tetapi benar...

aku kehilangan sahabat baik ku... ayah... pada 1 november 2006... selama 75 hari ayah menderita koma di ICU neuro di HKL... Allah lebih sayang pada mu ayah... its okay... hidup ini sementara anyway... everybody must go...
cuma pemergian seseorang kita tak akan dapat sangka pada waktu bila dimana dan bagaimana... Allah maha kuasa...

strong character - mej wan mansor... aku masih blur... dan terpinga pinga... seperti tidak percaya... perasaan yang confuse sebagai seorang manusia... namun bumi terus berputar... masa terus berdetik... yang berlalu jadi sejarah... masa depan tiada ku ramal...

kelahiran anak sulung ku wan mikhail pada 21 november 2006... 20 hari selepas pemergian ayah tersayang... wan mikhail pengubat rindu dan pelenyap duka... di kala kemurungan kami... perasaan terpinga pinga terus ada... kami tidak pernah kehilangan ahli keluarga...

syukur pada Maha Yang Esa... pemberian hidup yang sempurna dan berharga... tiada ku lupa dan leka... rindu padaMU tetap bertakhta... ayah dihati tetap bersemi... hidup yang pasti ku lalui hari...

keluarga bahagia idaman kalbu... kekal ke akhir hayat ku harap bersatu... menjadi impian setiap makmum... di bumi Allah kita bersyahdu... cinta dunia cinta akhirat... tiada yang kekal selain Allah... tetapkan sifat tetapkan niat... di alam kekal tersenyum bersama para rasul dan sahabat...

thank you Allah...

Friday, February 02, 2007

we miss you... ayah

Dear ayah,

I get to be your buddy when i'm 18... i know you are busy working or whatever you are doing... I do miss you so much... your laughter... your character... yes i adore and admire you... we did have the same wavelength and chemistry to communicate... we love and care each other too much...

Boy sayang ayah... boy rindu ayah... i wish i could turn back time and do it again... for our family... i miss the time you spend time with us... i'm glad when you are together with us... i'm proud when walking with you... i'm glad that you are my father...

Ayah...
I never forget you... Your soul inside me... I miss you so much... I will always pray for you... I can stop thinking of you... I still can hear your voice calling us... laughing with us... singing for us...

Now I know what you mean by... Once you have kid... than you will know the feeling of love that you never felt before... I love u so much... I appreciate your existence and care for us ayah... you did try your best for us... The best that you can... I'm sorry to make you hurt and sad during your time with me...

I didn't mean to hurt your feelings... I just love and care too much about you... I hate the fact that I have to share you with other people... I just want you to spend time with us... Be with us...

Remember... your children are fragile... we are sensitive... and missing the togetherness so much...

But now ayah... you are no longer with us... We will always pray for you... Insyaallah... Ayah seorang rakan dan manusia yang baik... Allah saja yang dapat membalas jasa ayah pada kami...

You are my best buddy...
Lots of love...
Boy, your eldest son