Monday, October 12, 2009

gelombang radio

kejutan budaya bila mula bertukar cerita. dari tv ke online dan kini radio pula mula dicuba. alhamdulillah bila mampu untuk mengadaptasi segala cobaan dunia. sementara semua masih ada.

radio hari ini semakin nipis pertimbangan pendengar terhadapnya. dia media yang pertama diguna untuk menjana berita di dada. timbul tv yang tampil memuaskan mata dengan visual indah belaka. internet pula mula membuka minda dengan proses interaksi dan menyuap khidmat kuasa di tangan kita.

dugaan untuk merancakkan radio di hati insan sesukar juang yang kini tumpul kuasa. pengalihan perhatian kini semakin menggila. pelbagai perantara semasa yang harus disaing untuk membawa radio kekal dimain.

bicara soal muzik terbaik tanpa henti sebagai nadi, agak kolot baunya. bersaing dengan telefon bimbit secangih stesen penyiaran peribadi gayanya. tak terkira gajet gajet halus yang memberi puas nafsu robot semulajadi diri diri urban di negara ini.

pengisian kreatif dicabar cabar untuk menyaing pesaing lain. apa sangat yang mampu dimuat jika lagu sudah mula padat. benak dan senak bila terkepit meletak bahan yang dilihat ringan. namun tiada sambutan melekat bila pesaing semakin hebat.

formula demi formula, sains demi sains. kreativiti kini hilang sentuhan. diharap kajian memberi kesan. ditambah sesat si consultant berangan.

gelombang radio mula tawar. setawar tea o dibanding ribena. doakan aku terus merawat. disamping idea yang makin karat.

105.3fm mampukah dia bertukar hebat?

No comments:

Post a Comment