Friday, November 04, 2011

Ada ada sajalah kau ni lambi

Pakar dan tahu sangat erti loophole orang lain. Memang itu naluri atau ilmu yang digalas. Apa lagi yang dimahukan hingga turut mendapat penganugerahan yang juga berdaulat.

Tektik cilik menarik perhatian dunia. Agar seluruh dunia menghentam negara kecil terhegeh ini. Memang berkesan dan berjaya, apa tidaknya isu yang dimainkan isu populis dan selamba dunia. Cuma amat sensitif dan nipis di negara kecil ini. Dia hanya menyalakan mancis saja. Yang lain tugas dunia menyimbah gasolin pada yang marak.

Isu sensitif menyentuh budaya. Isu sensitif menyentuh agama. Kenapa di tepi sarang tebuan juga medan permainan. Berlari lari anak tetap merbahaya. Sudah dilarang orang tua. Degil degil tidak terkata. Mungkin belikat berbulu durja.

Pergilah main jauh jauh. Namun dikhuatiri juga, anugerah dan jenama yang disandang turut kurniaan sang daulat si ketua agama.

Rakyat keliru diam seribu bahasa. Tepuk kuali masih adakah lauknya. Jaga diri saja.

Thursday, November 03, 2011

Put the right thing at the right place

Jika ianya tidak berlaku sebegitu rupa, ianya adalah penyumbang kepada tanda tanda kecil hari kiamat. Kiamat pasti berlaku cuma belum tentu tahu bila.

Biarkan pemimpin memimpin.

Hormati pintu syurgamu.

Biarkan lelaki menjadi lelaki.

Biarkan wanita menjadi wanita.

Tidak meletakkan benda di tempat yang sepatutnya umpama menyata Tuhan itu tersilap percaturan. Janganlah jadi hamba yang sombong pada tuannya.

Sumbang bunyinya.

Percaturan

Adam dan Muhammad mencaturkan rentak umat manusia. Untuk mencapai KPI diletak Tuhan agar semua tidak terbolos ke neraka. Kerana kehidupan adalah ibarat filem yang ada mula dan ending ceritanya.

Lantas setiap saat umur yang dikurniakan kepada kita harusnya digunapakai sebaik masa yang ada. Itu pentingnya percaturan. Umpama permainan catur itu sendiri. Objektif untuk menang dan mengalahkan pihak lawan. Pergerakan dan kemampuan askar yang dimiliki itu sangat teratur dan tertib untuk mencapai kemenangan.

Hidup dan karier bukan sembarangan. Tertib berjalan, bertutur dan berbahasa segalanya ada faedah dan matlamat tersendiri. Jangan sampai mentafsir jawapan yang salah dari umum. Bahana yang akan dirundum. Kelak imej tercalar dek kesombongan yang tidak tersusun.

Salah siapa bukan soalannya. Sudah jelas salah sendirinya. Yang penting, benarkan percaturan yang disusun atau ianya di tahap yang paling nista.

Tamak itu amalan siapa

Bertentangan dengan konsep bersederhana dalam kehidupan. Sikap Tamak umpama impian untuk memiliki seluruh alam. Pemilik seluruh alam hanyalah Dia yang satu dan manusia hanyalah hamba. Masakan hamba boleh bersifat sebegini.

Tamak hari ini boleh ditafsir sebagai ambitious. Mahu mencapai segala gala dalam masa yang singkat dan tiba tiba. Sikap ini mampu menjerumuskan segala manusia ke istilah 'matlamat bakal menghalalkan cara'. Sangat tidak kena dengan manusia yang berugama. Semua ugama sangat tertib perjalanannya. Tiada ugama yang menghalalkan cara apatah yang mampu memudaratkan manusia itu juga.

Lantas sikap tamak itu sangat tidak relevan. Tiada masalah untuk diamalkan. Tapi sejauh mana keberkesanan dan kemudaratan. Sudah tentunya ada kerana ianya tidak seiring dengan kapabiliti setiap hamba manusia yang bernyawa.

Yang maha jahat itu yang maha neraka dan berkuasa di alam durjana. Maka tamak itulah yang paling sesuai diamalkannya.

Biar Tuhan buat kerja Tuhan

Ramai keliru dengan sikap keperihatinan. Atau dalam bahasa pasar yang kasar ia dipanggil busy body, menyibuk dan suka ambil tahu.

Jika difahami kejadian hidup yang setiap manusia tercipta dengan akaun rokid atid dan kubur yang berseorangan, negara kecil dunia ketiga akan mudah dan cepat maju umpama negara negara barat.

Rata rata mereka mengambil tahu hal mereka sendiri tanpa mengabaikan sikap dan sayang sesama insan.

Mengadili sesama sendiri, menghukumi sesama sendiri dan menzalimi sesama sendiri berpunca daripada kekeliruan asas dengan dalil prihatin dan konon kisah.

Kalau tahu tahap dan adab, tiada manusia akan berbuat demikian kerana manusia hanya harus menjadi sekadar manusia iaitu menyembah tuhan, amal makruf serta nahi mungkar.

Senang cakap, biarlah Tuhan buat kerja Tuhan.

Wallahua'alam

Wednesday, November 02, 2011

"Entah," Pegawai Itu Menjawab

"Nah, kau tau tak extension telefon Tuan dotdotdot?" tanya seorang kakak kepada teman sepejabatnya.

"Entah," Pegawai itu menjawab sambil berlalu pergi mungkin mendapatkan goreng pisang di kala time break organisasi mereka.

Semudah Air Batu Campur kerjasama dan komitmen yang diberikan buta-buta di depan pelanggan mereka. Itulah attitude yang masih berleluasa walau sudah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Mungkin remeh bagi sesetengah manusia cetek tapi kerana itu kerajaan, negara dan masyarakat kita akan terus dikritik oleh pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat dek disebabkan keremehan-keremehan bangang ini.

Tiada penyelasaian dan tiada siapa peduli.

Malaysia terus maju menuju 2020.

Tuesday, November 01, 2011

Masa Itu Emas

Setelah sekian lama. Mungkin ini hobi dan minat yang dicari. Motosikal membahayakan nyawa, golf membahayakan keluarga, hiburan membahayakan syurga. Syahwat lumrah nak juga terbela atau dibela.

Lantas memberanikan diri ke butik mahalnakmamp dan tekad untuk bertanya soalan bagaikan wartawan yang tidak bertauliah tapi berhemah tentang perkakas cantik, koleksi, rare dan mahal berjudul sang jam tangan.

Bagai cinta pandang pertama, bagai berdebar melafaz akad. Kaget dan kaku dalam butik jam tangan rare dari serata dunia kepala berpusing pusing. Harap suatu hari nanti bertemu jodoh dengan calon yang paling menghampiri sunnah. Insyaallah.

Betullah, demi masa dan masa itu emas. Harap sampai hajat.

P/s: gua cerewet tahap dewa19

Monday, October 31, 2011

Kafir, Terkenal, Kaya tetapi tidak sombong.

Memanglah tugas mereka sebagai penghibur professional yang berpengalaman. Whitesnake merupakan sebuah terkenal otai dari luar negara semalam buat show di Bukit Jalil dengan gaya yang sangat menghiburkan serta tidak poyo.

Itu yang membuatkan gua konpius untuk dibandingkan dengan persekitaran gua yang berjudul Malaysia. Kat sini pun banyak band, tapi yang menjadi persoalannya band di Malaysia tidak terkenal mana, tidak kaya mana, tetapi poyo tahap gaban.

Sama sama jerit, sama sama rocknroll tapi professionalisme tak sama langsung. Kenapakah? Apa yang tak cukupkah? Atau Malaysia ini lebih 1st world dari negara 1st world.

P/s: Kesian P.Ramlee.

Sunday, October 30, 2011

Namanya sangat Unik

Terperanjat beruk ketika nak order makan dengan beliau yang bukan berasal dari sini. Nametag yang dipakai tersangatlah unik. Atas nametag dia ada badge yang tertulis "At your service."

Aku yang merupakan encik kelantan ni konfius nak sebut nama dia. Nak tergelak pun ada, nak kutuk pun ada. Nasib baik sedang dalam situasi menunjukkan tauladan yang baik pada dan anak-anak. Kalau member-member ada time ni memang barailah beliau kena sound direct tepet dan senget.

Namanya "SETE". Panggilan SETAN untuk orang Kelantan. Memang kena sangatlah badge yang beliau pakai berjudul "At your service, my name is SETE."

*na'uzubillah* (gelak kuat sangat)

Whitesnake World Tour 2011

Al kisah, kumpulan ni gua wallahualam sangat. Sebab masa muda gua layan Spring, Kriss, Rio, Scan dan yang seangkatan dengan mereka. Asal kumpulan omputeh gua akan cakap kristian dan akan buat gua jadi kafir. Virgin sangat gua. Walaupun ada bangs sikit sikit.

So demi tidak nampak macam outdated esok malam gua akan turun padang ushar apa kobondonyo Whitesnake nih. Hehehe walhal kat youtube pun dah ado. Tapi gua terpaksa pergi jugak sebab untuk this week gua belum ada lagi profil picture menarik untuk Facebook gua.

Therefore, gua janji untuk tetapkan iman gua yang ala ala imammudadottwitterdotnet nih dan akan mengulas dan mengupas secara live tentang kehebat band penjajah dari Zimbabwe yang bergelar Ulau Melingkau Atas Pagau ni besok.

Ok bro, cekkidaut amekkau boboiboy!

Tiket Bola Mahal Tiba-tiba

FAM buat kerja dengan baik. Itu kisah KPI mereka. Memanglah sapa sapa yang duduk kat tempat tu akan buat benda yang sama. Sukan bolasepak Malaysia ni dah macam 'period' sejak dulu lagi. Moody. Kejap ok kejap tak. Therefore sekarang tengah ok mereka terpaksa cepat cepat ketuk kepala peminat peminat ni tiba tiba. Atau mereka akan kerugian dan terlepas peluang tersebut.

Tak kisahlah pasukan mana yang layak ke peringkat akhir. Seladang ke, Kenari ke, Kijang ke, Beghuk ke. Yang penting dan main peranan di sini ialah pengisi tempat duduk stadium itu sahaja. Ia umpama kayu ukur box office industri sukan pulak. Sekali lagi ingin ditegaskan, mereka juga ada KPI masing masing. Bisnes apa apa pun, sejak Malaysia tertubuh dan sejak bergelar Tanah Melayu pun, mana ada yang pernah balik modal pun. (modal sembang diorang)

Oleh itu, tiket bola mahal tiba-tiba ini juga bermusim. Ketika ia sedang ranum dan masak, maka dituai oleh petani petani. Rakyat sekarang hanya boleh komplen dan membebel saja di atas platform yang ada sahaja. Setakat komplen melepaskan gian sahaja. Sebab Tun sentiasa mengingatkan kita 'melayu mudah lupa.'

Jumpa pada final game lain pulak, dengan harga tiket yang berbeza. Bye.

Content Rempit untuk Rempit.

Pujian untuk geng media prima di atas keprihatinan dan tidak syok sendiri mereka dalam menyajikan content racangan untuk penonton mereka. Kisah bermula ketika gua menghadiri events screening diorang yang berjudul Media Prima Nite Live. Mamat nerd yang berpangkat CEO mereka iaitu Ahmad Izham Omar melakukan tugas yang baik.

Walau stok berangan spoof David Letterman, yang penting mesej yang disampaikan berjaya sampai kepada aku yang banyak songeh dan boleh dikategorikan sebagai "most difficult audience". Apa yang dipersembahkan mereka sebenarnya untuk menarik seramai mana pelabur a.k.a advertiser melabur dan membeli airtime mereka. Bagi aku kalau aku kaya, aku tak risau dan puas hati untuk berbelanja di situ. Hanya dengan terpengaruh pada presentation mereka yang lawak, pedih dan berisi itu.

Good job untuk korang yang sangat tahu apa yang korang buat. Aku tak hairan kalau ratings dia takde orang boleh beat sebab memang diorang bagi content yang tepat pada penonton yang tepat. Sepatah kata Ahmad Izham Omar CEO media prima "Setiap orang Malaysia ada rempit dalam hati masing masing der."

Bananana!!!

Friday, October 14, 2011

Islam agama yang sukar?

Remeh tak kena tempat. Melalui beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan. Betapa apa yang digambarkan ialah agama ini kurang mesra dan umpanya terlalu 'grumpy'. Terutama oleh pembawanya yang keliru antara adat, kenangan hindu dan Islam yang harusnya syumul.

Masya allah. Situasi pakaian ketika solat ditegur dan jemaah merebut saf depan hingga terlanggar jemaah lain. Apakah itu isu yang besar berbanding jumlah jemaah di kalangan orang 'yuppy' yang kurang rancak melangkah ke masjid.

Namun yang gemar dibicarakan ialah keegoan diri dan mata yang terlalu sombong untuk tidak mahu melihat situasi situasi tadi. Lantas disampaikan dalam nada komplen yang menggambarkan ada golongan jemaah yang mampu berpakaian bersih dan bergaya dan ada jemaah yang selekeh. Ada jemaah yang 'cool' dan 'chill' dan ada jemaah yang gelojoh merebut pahala saf pertama.

'What Will Jesus Do' itu ngeri didengari tapi ada benarnya jika diganti dengan 'What Will Muhammad Do' jika baginda masih ada dan berdepan dengan situasi situasi itu tadi. Adakah Muhammad sebongkak kamu membezakan jemaah berpakai baju melayu putih wangi berpelikat dengan jemaah yang miskin harus bekerja mencari rezeki dan berpakaian seadanya pakaian kerja mereka.

Kerana kasta itu masjid masjid di negara melayu masih kosong dan ajk ajk bongkak pura pura bertanya dan mempersoal kenapa golongan muda tidak mahu tampil ke masjid.

Harus diingat dan pahat di dalam jiwa, menjadi AJK masjid tidak menjanjikan menjadi AJK syurga. Kalau boleh google kisah ulama yang matinya ke neraka dan perempuan pelacur pula matinya ke syurga dek kemuliaan setiap detik dan ketika.

Melayu muslim harus membuka mata dan minda kerana bangsa ini tidak pula dipetik dalam rujukan Muhammad berbunyi "carilah ilmu walau ke China."

Kalau berbaju melayu berkain pelikat itu melambangkan kebenaran berpakaian dalam solat, mungkin Muhammad juga memakainya.

Jangan terlalu berkasta dan membazir masa menghakimi sesama manusia sesama hamba. Hakim yang maha benar hanya Tuhan yang maha esa. Markah yang sebenar hanya datang dariNYA dan bukannya AJK masjid yang berangan 'fashion designer' dari syurga.

Sebelum bersuara mencermin kelemahan ilmu pada jelata, renungkan situasi umat manusia bertumbuk tolak untuk mencium Hajarul Aswad kalau melangkah terlanggar jemaah lain di masjid Malaysia itu berdosa.

Dan jangan pula lupa Masjidil Haram juga tiada 'fashion police' di muka pintu untuk menge'check' manusia serata dunia hanya telekong Gucci dibenar mampir menyentuh kaabah yang mulia.

Islam agama yang sukar? Tidak sama sekali.

Tepuk dada di setiap situasi. 'What Will Muhammad Do?'

Sunday, October 09, 2011

Bajet 2012 yang hensem

Pendirian gua semakin senget ke kanan dan ke kiri. Dah macam lalang pun ada. Bukan apa, melihat, membaca dan mendengar terhadap perkembangan zaman yang semakin gua lost prinsip.

Objektifnya simple, mahukan yang terbaik untuk semua di bumi yang fake lagi sementara ini. Nak hadap sangat pun takut mati cepat, tak hadap pula nanti kang panjang pulak umurnya.

Bajet a.k.a belanjawan yang dibentangkan baru baru ini katanya memang hensem. Untuk majoriti golongan. Tak kisah orang nak kata fake atau ori tapi sapa sapa yang berada di tempat menjatuhi dasar itu harus dan confirm bagi benda yang boleh 'carma' (cari makan).

That's why gua cakap gua pun dah goyang ke kiri kanan dan macam lalang. Sebab member yang cuba bangkang pun memang takde benda yang mampu ditawarkan. Setakat bercakap kaum pencadang pun bisa bercakap. Sehinggakan ada petikan bahasa berkata "talk is cheap."

Apa apa pun hakikat jaga bontot sendiri adalah hakikat kehidupan sebenar. Menjaga bontot gua bermaksud lu orang pun kena jaga bontot lu orang sendiri. Sebab pabila bontot masing masing pedih bak dicucuk jarum, kala itu lu orang akan menerima nasib lu orang semakin tidak penting.

Walau Bajet lu Bajet Hensem, kuasa pilihan tetap di tangan semua makhluk yang hidupnya dikurniakan Tuhan Allah yang benar benar SATU.

Wednesday, October 05, 2011

Kontraktor Bangang

Berangan dan perasan. Kononnya bidang ini mendatangkan hasil yang lumayan. Memang tidak dapat dinafikan memang kerja ini cepat kaya. Tapi tuntutan untuk maintain pun hebat juga.

Mungkin kerana trend dan kurangnya ilmu. Ramai pakat dok nak ikut jadi pembina pembina. Yang dinampak adalah benda benda best saja. Untuk cepat, sedap dan margin penipuan yang tak kurang hebatnya.

Namun kisah mereka semakin bangang bila bangunan yang dipilih ialah sebuah masjid yang mulia. Sepasang mempelai bersatu atas dasar kasih dan niat kerana Dia yang satu umpama masjid cantik yang lebih perlu diperhatikan keperluan kekal mulianya.

Salah faham, salah niat dan salah nafsu, jadilah masjid masjid yang roboh dan hodoh pandangannya. Budaya budaya ini semakin popular atas dasar pendek akal dan pendek kesabaran mengekalkan keutuhannya. Maka terlahir mereka mereka yang sengal bergelar Kontraktor Bangang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

korupsi desperado

ramai bantai, tuduh dan bongkar, kepimpinan hari ini amalkan korupsi. mengayakan diri sendiri dan memenuhkan poket peribadi. walau dengan apa cara sekali pun melalui jawatan yang disandangi.

kata penuduh, ianya berdasarkan bukti, hardcore atau juga sekadar imaginasi dengan apa yang dibayangi. ramai yang membuat perkiraan dengan kalkulator sendiri kalau jawatan yang dipegang dengan gaji asas tanpa duit tepi, kekayaan yang diperolehi tidak mungkin sebanyak itu tadi.

baik kepimpinan pencadang mahupun pembangkang, hari ini kedua dua menampilkan imej yang terlalu bising untuk mata marhaein melihat. itu yang menarik kepada pertikaian semua.

kepimpinan yang diminati adalah yang sangat logik dan dipersetujui semua. kalau sekadar kedua dua mengamalkan perkara yang sama buat apa.

menang kalah tidak lagi menjadi artis utama, yang paling popular undi yang rosak saja.

korupsi desperado kini menjengah kepada kedua dua kepala. boo!!!

Tuesday, October 04, 2011

Miki: Sesah Tok Guru apatah marhaein

Ini baru berani, setakat marhaein biasa berbanding membelasah ulama yang alim beramal amalan benar dalam kolumnya sebelum ini.

Kartunis bergelar Miki tampil menggegarkan akhbar utama negara sekali lagi dengan lukisan mencabar minda beliau.

Apalah sangat karakter karikatur terbaru ini setelah kayu ukur keberanian dibuktikan melalui kartunnya sebelum ini yang cukup berani mempersendakan tokoh yang terkenal dengan kewarakannya.

Apa mesej yang cuba diketengahkan atau apa penjenamaan sahsiah diri yang sedang dibina kartunis ini.

Well, anyway, it is something.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 02, 2011

Gomeng dan Gowasta

Berapa puak sebenarnya. Berapa puak bentuk budaya. Budaya mengangkat negara ke level yang diimpikan semua. Untuk semua dinilai sebagai sudah berjaya.

54 tahun sudah berlalu, umpama umur seorang tua yang menunggu hujung. Apa yang dicapai si tua itu. Harta, nama mahupun kuasa. Begitu juga budaya kerja. Tertubuh pentadbiran mengatur rakyat. Rakyat bersatu bumi terangkat.

Namun dalam jalan untuk bersatu dua budaya bertembung hebat. Satu, sepekat kelat kaki berkarat. Lagi satu, ringgit dikejar sepantas kilat. Hidup jelas ada datelinenya. Umpama susu pekat dalam tin yang masam busuk jika ternyanyuk.

Terlalu santai mengheret tubuh bumi merdeka dijajah utuh. Harus seimbang tugas dijawat agar kejayaan dicapai sempat. Dua budaya bertembung silang. Menyalah pandang menyalah wayang. Matlamat dikejar bermaksud tekad. Ingin terbang walau terlipat.

Selagi budaya budaya belum bersatu kaulah Gomeng dan kaulah Gowasta.

Realiti Sejuta Impian

Pemilihan juri? Diamanahkan untuk mengagih RM 1 juta kepada peserta rancangan yang memberi idea yang dilihat 'bernas'. Mungkin dalam konteks bisa memain perasaan dan meruntun jiwa penonton.

Apa yang penting, wang yang diperolehi oleh peserta adalah berdasar proposal yang agak relevan dan mantap mengikut keadaan semasa. Juri harus 99.9% memahami situasi dunia. Apa yang dipinta peserta itu benar atau sekadar mengada-adakan cerita.

Sukar juga tugasnya, tapi paparan yang dilihat umpama membuka pekung di dada penggubal dasar negara. Rancangan ini dilihat nilai bolos pentadbiran kerajaan bisa dibongkar rakyat bergelar peserta ialah RM1juta untuk satu musim penerbitan.

Apa tidaknya setiap kertas kerja yang dipersembah bagaikan tiada wakil wakil rakyat melakukan tugas mereka. Seciput RM10,000 diperlu dalam projek pemohon dengan impian membasmi kemiskinan sekelumit penduduk di seperosok kawasan dalam negara.

Di atas kertas Sejuta Impian umpama rancangan mulia pemurah luah mengagih RM1juta teratur celik. Siratan ditafsir banyak lagi lubuk lubuk buaya yang belum tertimbus membongkar Realiti Sejuta Impian.

Sunday, September 25, 2011

Tandus Hero

Hati hati mencari publisiti atau akan jatuh ke landasan kemaruk dan desperado. Nak tarik perhatian tiada tujuan lain, ingin dikenali agar mudah dipercayai. Dipercayai dalam urusniaga. Urusniaga bertubi-tubi akan membawa pulang hasil yang amat tinggi.

Sejarah negara janganlah diubah, janganlah sekongkol merubah sejarah negara. Video klip dan filem wadah baru pemujuk ideologi. Desperado tandus kesuntukan masa. Langkah angkuh dan gopoh merebut peluang yang ada. Apa cerita pemantau kita, apa cerita penaung bangsa.

Jangan kasar dalam berpropaganda. Kalau dah kemaruk nak tunjuk lagak, masakan musuh diangkat bongkak. Menjadi lambang penyatu rakyat, yang konon mengharap rahmat penjahat.

Bertabur-tabur kempen dianjur. Ke sana ke mari bersohor sohor. Dah macam tak ada hero yang wajar. Petualang negara juga yang kau kejar.

Tandus hero itu umpama negara yang hanya dihuni mereka yang sia sia. Simpati membawa mati.

Hari Tanpa Plastik 20 sen

Kecoh di dada akhbar kisah masyarakat sanggup membayar plastik walau hari Sabtu sudah didedikasikan sebagai hari tanpa plastik ketika membeli belah. Dengan tujuan mengurangkan punca pencemaran bahan yang telah tercipta sekian lama untuk memudahkan urusan mengangkat barang membeli belah.

Apa punca masyarakat yang seolah-olah menafikan hari yang begitu penting sebegini. Mungkin kerana harganya terlalu murah yang tiada jauh bezanya dengan harga sebelum ini iaitu percuma.

Dicas 20 sen ke atas satu beg plastik tidaklah dirasakan begitu berat jika dibandingkan kecelaruan polisi dan imej penggubal dasar yang harus diratap setiap saat. Kepimpinan melalui tauladan terlampau dipasak dan terpasak di kepala semua lapisan insan. Sedikit silap walau sehalus zarah tetap dibilang tidak sempurna dan sudah diangkat sembah menjadi kayu ukur amalan kehidupan.

Lantas walau kempen yang amat memberi makna untuk bumi yang semakin usang ini akan sentiasa dipandang remeh kerana minda minda remeh ini juga masih belum bersedia untuk melihat kebaikan laksana kuda kuda lumba yang fokus berlumba di gelanggang lumba.

Loophole yang harus dikambus, penggubal dasar harus dinobat sebagai tauladan dan marhaein harus aktif berpositif demi kepentingan diri dan masa hadapan. Kunci utama yang harus dileburkan ialah kepentingan diri dan PHD (perasaan hasad dengki) yang menular tinggi.

Selagi tidak dilaku, mungkin semakin hari semakin kelakar dasar yang harus digubal. Hari Tanpa Plastik 20 sen mungkin akan menjadi Hari Tanpa Plastik RM2k. Macam-macam boleh jadi kalau dah tak sedar diri.