Friday, October 14, 2011

Islam agama yang sukar?

Remeh tak kena tempat. Melalui beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan. Betapa apa yang digambarkan ialah agama ini kurang mesra dan umpanya terlalu 'grumpy'. Terutama oleh pembawanya yang keliru antara adat, kenangan hindu dan Islam yang harusnya syumul.

Masya allah. Situasi pakaian ketika solat ditegur dan jemaah merebut saf depan hingga terlanggar jemaah lain. Apakah itu isu yang besar berbanding jumlah jemaah di kalangan orang 'yuppy' yang kurang rancak melangkah ke masjid.

Namun yang gemar dibicarakan ialah keegoan diri dan mata yang terlalu sombong untuk tidak mahu melihat situasi situasi tadi. Lantas disampaikan dalam nada komplen yang menggambarkan ada golongan jemaah yang mampu berpakaian bersih dan bergaya dan ada jemaah yang selekeh. Ada jemaah yang 'cool' dan 'chill' dan ada jemaah yang gelojoh merebut pahala saf pertama.

'What Will Jesus Do' itu ngeri didengari tapi ada benarnya jika diganti dengan 'What Will Muhammad Do' jika baginda masih ada dan berdepan dengan situasi situasi itu tadi. Adakah Muhammad sebongkak kamu membezakan jemaah berpakai baju melayu putih wangi berpelikat dengan jemaah yang miskin harus bekerja mencari rezeki dan berpakaian seadanya pakaian kerja mereka.

Kerana kasta itu masjid masjid di negara melayu masih kosong dan ajk ajk bongkak pura pura bertanya dan mempersoal kenapa golongan muda tidak mahu tampil ke masjid.

Harus diingat dan pahat di dalam jiwa, menjadi AJK masjid tidak menjanjikan menjadi AJK syurga. Kalau boleh google kisah ulama yang matinya ke neraka dan perempuan pelacur pula matinya ke syurga dek kemuliaan setiap detik dan ketika.

Melayu muslim harus membuka mata dan minda kerana bangsa ini tidak pula dipetik dalam rujukan Muhammad berbunyi "carilah ilmu walau ke China."

Kalau berbaju melayu berkain pelikat itu melambangkan kebenaran berpakaian dalam solat, mungkin Muhammad juga memakainya.

Jangan terlalu berkasta dan membazir masa menghakimi sesama manusia sesama hamba. Hakim yang maha benar hanya Tuhan yang maha esa. Markah yang sebenar hanya datang dariNYA dan bukannya AJK masjid yang berangan 'fashion designer' dari syurga.

Sebelum bersuara mencermin kelemahan ilmu pada jelata, renungkan situasi umat manusia bertumbuk tolak untuk mencium Hajarul Aswad kalau melangkah terlanggar jemaah lain di masjid Malaysia itu berdosa.

Dan jangan pula lupa Masjidil Haram juga tiada 'fashion police' di muka pintu untuk menge'check' manusia serata dunia hanya telekong Gucci dibenar mampir menyentuh kaabah yang mulia.

Islam agama yang sukar? Tidak sama sekali.

Tepuk dada di setiap situasi. 'What Will Muhammad Do?'

No comments:

Post a Comment