Saturday, June 13, 2009

Pesta Malam Indonesia 3 vs rockaway 2009


Saksikan band-band utama Indonesia beraksi di negara Malaysia yang pemurah lagi penyayang terhadap semua umat di dunia.

Kita tetap mengalu-alukan persembahan orang luar atas nama Dasar Terbuka dan betul ingin mengimprovekan kepala otak yang tak mampu untuk mengembara.

Lihat saja kelambakan dan kebanjiran pekerja-pekerja asing demi membangunkan negara untuk rakyat kita yang memang rajin untuk melihat dan mengomen sahaja. Maklumlah kita pun kaya macam pak arab Dubai yang sentiasa mendapat elaun khairat dari kerajaan mereka yang terlampau mewah.

Oleh itu lihatlah semua benda dari kacamata positif.

Semoga PMI3 berjaya walaupun pada tentative yang sama berlangsungnya sebuah konsert tempatan yang percuma menampilkan "so called" band-band hero utama tempatan. Suratan atau kebetulan atau sesi test market industri hiburan tempatan yang sedang membuat kajian; lagu tempatan atau lagu asing yang betapak dihati Makhluk Malaysia.


Wednesday, June 10, 2009

tabunya K.B.S

dengar nama kementerian ni terus cuak. sebab pernah kena kelepet idea dan juga sesi sumbang saran bersama kakitangna mereka mengenai beberapa kempen dan program.

masa tu bawah pimpinan ayah dafi. kakitangan dia panggil, perah otak semua orang, janji manis manis, lepas tu babai dengan idea. siap keluar tv, jadi billboard dan berjalan sebagai progam tahunan mereka.

offer terbaru pulak ialah dengan kementerian yang sama. kali ini melalui company member. lagi nak kena padan muka. tapi usaha saja. tawakal dan pastu redha dengan ketentuan tuhan. sesi sumbang saran tak lama lagi.

kalau hari tu mengenai GEN-M. iaitu segala macam program untuk memajukan generasi malaysia sebab BN kalah teruk. kali ni pun atas alasan yang sama nak menagih undi dan simpati rakyat.

judulnya 2nd chance program. peluang kedua untuk mereka yang kecundang, kehilangan pekerja dan penganggur yang bertauliah.

so, tunggu saja konsep ini dipersembahkan. samada dia dicedok dan dibabai atau digunapakai dan dibayar dengan lumayan.

namun yang penting, idea yang dicetus dapat diilham kepada mereka yang memerlukan untuk terus berjaya dalam kehidupan.

lillahitaala.

Monday, June 08, 2009

Birokrasi Terpimpin

Penat dan mengah... Apa ke bendanya birokrasi nih. Memberi peluang kepada orang tapi menyukarkan perjalanan peluang itu. Penat dah ulang-alik terhadap proses yang ditambah reka melebihi proses yang sudah tersedia ada menyusahkan.

Aku tak paham matlamat diorang. Manusia yang sedar atau tidak mereka sedang lena diulit birokrasi. Mungkin bagi mereka, mereka sedang perform. Perform dalam jawatan yang disandang. Pegawai Tukang Sukarkan Proses nama jawatan tu.

Mengah juga kadang-kadang aku nak bercerita benda yang sama. Sedangkan kita tercungap sukar mencari jalan untuk jaya dan kaya. Mereka tetap stabil dengan income yang man man tetapi aman.

Mungkin ini dipanggil birokrasi terpimpin. Kesukaran yang harus dilalui walaupun tidak perlu tetapi diatur dan disusun dengan rapi jalannya untuk kita lalui dengan tertib.

Demi merealisasikan kehidupan sebagai rakyat di sebuah negara bergelar Malaysia.

Thursday, June 04, 2009

anniversary 030609 wsa mm

manis sungguh sebuah perkahwinan ini. menyatukan dua hati berbeza latar bermadu kasih cinta bersama.

3 jun, tarikh perkahwinan aku. tahun ini adalah ulangtahun ke empat. setiap tahun akan ada detik yang disambut sebagai tanda meraikan perhubungan yang mendapat keberkatan ini.

mewah atau simple itu terpulang. yang penting pautan kasih sayang tetap sama dari mula hingga akhir hayat dua sejoli. itu sebagai tanda hati yang jujur pada akad yang dilafazkan atas dasar mulia pada hukum tuhan.

terima kasih tuhan di atas kurniaan kehidupan yang cukup manis dan bahagia. di atas panduan dan bantuan dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. dalam menjalani diri sebagai makhluk bergelar suami juga isteri.

semoga hari yang mendatang sentiasa mendapat berkat dari Mu. aku hanya ingin senyum di bumi Mu dan melalui saat indah bersama setiap insan yang tercinta. isteri anak dan juga keluarga.

indah sungguh hari ini sebagai tanda ulangtahun perkahwinan ku yang ke empat.

Monday, June 01, 2009

Renungan MLM

Hari ini, kali ke berapa entah aku berjumpa dengan kawan yang sedang kaya melalui acara MLM. Aku tak pasti, itu adalah hidayah pada aku untuk masuk atau sekadar episod kehidupan sahaja.

Aku dah masuk beberapa tapi tak jugak kaya. Tulisan ni saja jer nak buat sebagai renungan. Nak kira tarikh lepas ni kalau jumpa lagi member aku yang tengah pakai BMW tu, masa depan nak jugak ukur diri. Aku kat tahap mana.

Lepas tu boleh juga meratapi nasib aku yang tak cepat-cepat kaya jugak ni. Hehehehe... saja je memang aku tak pernah ada hati dengan MLM. Try pun orang sponsor. Tapi tak pulak aku komplain aku tak kaya. hahahaha...

Yang penting hati kena senang. Duit ada tak takde aku tak kisah. Tuhan sayang aku pun dah kira cukup ok.

Sekadar renungan.