Sunday, September 23, 2012

Semua nak Gangnam

Hari raya kedua aku sekeluarga ke Korea untuk bercuti. Itu rutin kami untuk berkumpul. Bagi aku, itu rezeki terpijak.

Bulan puasa, announcer aku @NabilAhmad83 dah tunjukkan aku satu video yang katanya tak kurang hebat. Meniru aksi LMFAO sempena lagu 'Everyday I'm shuffling' ujar Nabil.

Aku tengok dan tahu penyanyi lagu itu dari Korea. Thanks for the info Nabil. Aku pun bercuti ke Korea dan ayat cari makan aku di sana untuk mendapat diskaun ketika shopping ialah #OppaGangnamStyle la jawabnya.

Termasuklah gambar yang aku instagr.am kan hehehe. Sampai naik menyampah follower aku dan tanya apa tu #OppaGangnamStyle.

Tapi kat sana @psy_oppa adalah penyanyi gred B jer, tak semegah artis Kpop yang lain.

Dan hari ini #OppaGangnamStyle oleh @psy_oppa adalah fenomena dunia. Aku kagum dengan semangat orang Korea yang pada tahun 70an mereka banyak belajar dengan Malaysia tentang beberapa industri.

Aku harap Malaysia pun akan hebat, walau hanya dengan lagu tarian lawak mempromosikan nama kawasan di negara mereka.

####

--
Wan Syahrul Amry Wan Mansor
Producer for "Ceria Pagi Di Suria"
*Sent via BlackBerry*