Sunday, July 15, 2007

minda niaga

tiba tiba... atau mungkin sampai seru... (dan umur yang tepat)... minda memikir untuk membikin ringgit yang berlipat... tiba tiba atau mungkin memang waktunya... atau sudah terlambat? entah... tapi hati kini tamak dan mengangankan kehidupan yang mewah lagi hebat...

perlu atau tidak perlu? demi kebahagiaan demi keselesaan...? apa itu sederhana dalam Islam... apa itu usaha dalam Islam... dan apa itu tawakal dalam Islam...

minda terdetik untuk menjadi usahawan... bidang apa dan arah mana yang ingin difokuskan...

kemahiran... hanya media dan hiburan... adakah ianya memberi keuntungan...

insyaallah... nantikan kemunculan...

Tuesday, July 10, 2007

cina india melayu bersama CIMB

Last filem projek aku bersama india yang memang dari India iaitu Mumbai dan Delhi... what a wonderful (horror) experiences... mantap sial kaum dia lanyak melayu... kaw kaw...

Pengalaman memang mengajar erti mengenal makhluk makhluk di bumi termasuk Optimus Prime dan rakan rakan...

Kali ini aku ditugaskan untuk terlibat dalam filem seterusnya bersama kaum money matters dan straight forward people iaitu itu kaum NGO HAI TIT TAU KUNG... hehehe c.i.na.

Bukan nak rasist atau membeza beza, tapi tuhan jadikan makhluk berbagai bentuk dan warna, cuma kita untuk mengenal antara satu sama lain...

Bermulalah episod Stephen Chow aku semenjak 3 May 2007... Banyak jugak aku belajar tentang sociology perkauman ni... nampak sangat la melayu ni rileks dan mangsa, india tu kaki putar halim dan sesungguhnya cina itu kiasu, fokus dan dunia sahaja...

Terpulang pada aku nak pilih jalan mana untuk maju...

Yang menariknya... Melayu tercipta dengan previllage yang aku tak tahu akan kekal sampai bila... seperti Bumiputra, Networking dan Budi Bahasa yang menghubungkan sesama bangsa secara natural...

Segalanya sudah tersedia sehinggakan kita tidak sedar bahawasanya itu adalah senjata untuk membangun... Cina dan India bermula sebagai minoriti yang tertindas tetapi dengan semangat penghijrahaan mereka yang berkobar kobar, mereka memilih kemahiran untuk menjadi salah satu penyumbang aset kepada negara... kuang kuang kuang... hebat proton!

Melayu mudah lupa dan terus alpa... katonyo Dr. M... well, nak realise sendiri kenalah lalu jalan sukar dulu walaupun di zaman beyond tomorrow... (sifir melayu hehehe)

Spirit mencari rezeki dan kerajinan dalam hidup tuntutan tuhan aku tengok begitu menebal dalam diri mereka yang bukan Islam... mungkin kerana mereka tiada erti hari akhirat? atau matlamat hidup hanyalah untuk hidup sahaja... sah sah di dunia... that is why mencari rezeki di dunia bagi mereka adalah sehingga berpeluh ke lubang dubur ibaratnya...

Aku salute dan respek... dengan tiada keistimewaan langsung berbanding melayu... mereka memandu nissan murano, CLS, impreza atau 7 series... atau mungkin mereka berpendidikan tinggi? entah... aku masih musykil... atau mungkin tiada istilah halal dan haram dalam mencari kekayaan... hmmmppphhh mungkin...

Arwah ayah meninggalkan aset hanya dalam bentuk pertuturan, P.R. skill dan rakan rakannya yang berpengaruh... rakannya yang ku anggap Godfather ialah dari bangsa cina... superb! aku dapat katakan tentang dia mengambil berat pada empayar Wan Mansor...

Networking dan attitude segalanya possible dari mereka memang menjadi inspirasi untuk aku menjadi Melayu Baru (mungkin)... Aku hanya mengambil semua elemen positif dari setiap makhluk dan digabungkan dengan previllage yang tersedia sebagai melayu untuk melaksanakan impianku dalam kehidupaan dunia... insyaallah...

yang penting di umur 28 tahun, aku sebagai seorang anak, abang, suami dan bapa, semakin membuka pemikiran dengan lebih luas untuk memerhati kejadian di muka bumi, mengatur strategi mencari kejayaan dan diimbangkan dengan hari akhir yang akan datang dan kekal...

"aku tidak mampu untuk membawa tubuhku mengembara, tetapi aku benarkan mindaku mengembara tanpa tubuhku..." - wansyahrulamry

Sunday, July 08, 2007

papapella masih bernafas

papapella ditubuhkan sempena audition gangstarz 2007 TV3... terdiri daripada ahli kumpulan nasyid yang berasas di UIA pada tahun 1997/98 dan bersama kenalan nasyid yang lain...

lebih kurang 10 tahun bersama... mengenal erti dunia nasyid malaysia bersama mereka mereka yang kini yang lebih dikenali sebagai brothers, mirwana, inteam, haikal, wildan dan lain lain...

cita tak pernah luntur, jiwa tak pernah gugur... perjuangan masih ingin diteruskan... hari ini papapella masih terus berlatih, untuk apa, demi siapa dan ke mana... mungkin demi kepuasan dan ketulenan jiwa yang minat pada nyanyian berunsur keagamaan...

strategi pemasaran, penjenamaan, penyediaan bahan dan sesi latihan, masih dan tetap diteruskan... arah tuju tetap ke hadapan... dan berkeyakinan untuk tetap menghasilkan medium yang menyatukan papapella bersama rakan industri yang lain...

kini... ghaz, yus, helmi, chet, wan dan where hanya meneruskan rutin dengan harapan menjadikan papapella sebuah ilham masyarakat dan lambang ketulusan perjuangan mereka yang bergelar peminat muzik aliran nasyid yang tidak akan pudar...

doakan papapella dalam mencapai impian yang mereka terus juangkan...