Sunday, July 08, 2007

papapella masih bernafas

papapella ditubuhkan sempena audition gangstarz 2007 TV3... terdiri daripada ahli kumpulan nasyid yang berasas di UIA pada tahun 1997/98 dan bersama kenalan nasyid yang lain...

lebih kurang 10 tahun bersama... mengenal erti dunia nasyid malaysia bersama mereka mereka yang kini yang lebih dikenali sebagai brothers, mirwana, inteam, haikal, wildan dan lain lain...

cita tak pernah luntur, jiwa tak pernah gugur... perjuangan masih ingin diteruskan... hari ini papapella masih terus berlatih, untuk apa, demi siapa dan ke mana... mungkin demi kepuasan dan ketulenan jiwa yang minat pada nyanyian berunsur keagamaan...

strategi pemasaran, penjenamaan, penyediaan bahan dan sesi latihan, masih dan tetap diteruskan... arah tuju tetap ke hadapan... dan berkeyakinan untuk tetap menghasilkan medium yang menyatukan papapella bersama rakan industri yang lain...

kini... ghaz, yus, helmi, chet, wan dan where hanya meneruskan rutin dengan harapan menjadikan papapella sebuah ilham masyarakat dan lambang ketulusan perjuangan mereka yang bergelar peminat muzik aliran nasyid yang tidak akan pudar...

doakan papapella dalam mencapai impian yang mereka terus juangkan...

No comments:

Post a Comment