Wednesday, February 06, 2013

Suria FM Tampil Berbeza Dengan Topik Sukan - Mesti Hibur - Media Hiburan

Suria FM Tampil Berbeza Dengan Topik Sukan
suria
Khusus untuk peminat-peminat sukan, stesen radio Suria FM kini tampil dengan sebuah rancangan baru berjudul 'Grandstand Suria' yang merupakan sebuah rancangan radio bual bicara yang mengenengahkan isu sukan dalam dan luar negara selain isu-isu semasa.
Ke udara selama empat jam bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi pada setiap Sabtu dan Ahad, 'Grandstand Suria' akan dikelolakan oleh dua orang penyampai iaitu Naim dan Wan Ajaib.
 
Selain ditemani celoteh dua penyampai ini, penonton pastinya berpuas hati dengan pengisian rancangan ini yang akan menjemput personaliti Sukan ternama ke studio selain menawarkan banyak hadiah dari kuiz dan peraduan yang akan diadakan. 
 
Kepada pendengar setia Suria FM, jangan ketinggalan mengikuti 'Granstand Suria' yang tentunya membawa kelainan kepada segmen pagi dalam dunia penyiaran radio di negara ini.