Friday, November 04, 2011

Ada ada sajalah kau ni lambi

Pakar dan tahu sangat erti loophole orang lain. Memang itu naluri atau ilmu yang digalas. Apa lagi yang dimahukan hingga turut mendapat penganugerahan yang juga berdaulat.

Tektik cilik menarik perhatian dunia. Agar seluruh dunia menghentam negara kecil terhegeh ini. Memang berkesan dan berjaya, apa tidaknya isu yang dimainkan isu populis dan selamba dunia. Cuma amat sensitif dan nipis di negara kecil ini. Dia hanya menyalakan mancis saja. Yang lain tugas dunia menyimbah gasolin pada yang marak.

Isu sensitif menyentuh budaya. Isu sensitif menyentuh agama. Kenapa di tepi sarang tebuan juga medan permainan. Berlari lari anak tetap merbahaya. Sudah dilarang orang tua. Degil degil tidak terkata. Mungkin belikat berbulu durja.

Pergilah main jauh jauh. Namun dikhuatiri juga, anugerah dan jenama yang disandang turut kurniaan sang daulat si ketua agama.

Rakyat keliru diam seribu bahasa. Tepuk kuali masih adakah lauknya. Jaga diri saja.

Thursday, November 03, 2011

Put the right thing at the right place

Jika ianya tidak berlaku sebegitu rupa, ianya adalah penyumbang kepada tanda tanda kecil hari kiamat. Kiamat pasti berlaku cuma belum tentu tahu bila.

Biarkan pemimpin memimpin.

Hormati pintu syurgamu.

Biarkan lelaki menjadi lelaki.

Biarkan wanita menjadi wanita.

Tidak meletakkan benda di tempat yang sepatutnya umpama menyata Tuhan itu tersilap percaturan. Janganlah jadi hamba yang sombong pada tuannya.

Sumbang bunyinya.

Percaturan

Adam dan Muhammad mencaturkan rentak umat manusia. Untuk mencapai KPI diletak Tuhan agar semua tidak terbolos ke neraka. Kerana kehidupan adalah ibarat filem yang ada mula dan ending ceritanya.

Lantas setiap saat umur yang dikurniakan kepada kita harusnya digunapakai sebaik masa yang ada. Itu pentingnya percaturan. Umpama permainan catur itu sendiri. Objektif untuk menang dan mengalahkan pihak lawan. Pergerakan dan kemampuan askar yang dimiliki itu sangat teratur dan tertib untuk mencapai kemenangan.

Hidup dan karier bukan sembarangan. Tertib berjalan, bertutur dan berbahasa segalanya ada faedah dan matlamat tersendiri. Jangan sampai mentafsir jawapan yang salah dari umum. Bahana yang akan dirundum. Kelak imej tercalar dek kesombongan yang tidak tersusun.

Salah siapa bukan soalannya. Sudah jelas salah sendirinya. Yang penting, benarkan percaturan yang disusun atau ianya di tahap yang paling nista.

Tamak itu amalan siapa

Bertentangan dengan konsep bersederhana dalam kehidupan. Sikap Tamak umpama impian untuk memiliki seluruh alam. Pemilik seluruh alam hanyalah Dia yang satu dan manusia hanyalah hamba. Masakan hamba boleh bersifat sebegini.

Tamak hari ini boleh ditafsir sebagai ambitious. Mahu mencapai segala gala dalam masa yang singkat dan tiba tiba. Sikap ini mampu menjerumuskan segala manusia ke istilah 'matlamat bakal menghalalkan cara'. Sangat tidak kena dengan manusia yang berugama. Semua ugama sangat tertib perjalanannya. Tiada ugama yang menghalalkan cara apatah yang mampu memudaratkan manusia itu juga.

Lantas sikap tamak itu sangat tidak relevan. Tiada masalah untuk diamalkan. Tapi sejauh mana keberkesanan dan kemudaratan. Sudah tentunya ada kerana ianya tidak seiring dengan kapabiliti setiap hamba manusia yang bernyawa.

Yang maha jahat itu yang maha neraka dan berkuasa di alam durjana. Maka tamak itulah yang paling sesuai diamalkannya.

Biar Tuhan buat kerja Tuhan

Ramai keliru dengan sikap keperihatinan. Atau dalam bahasa pasar yang kasar ia dipanggil busy body, menyibuk dan suka ambil tahu.

Jika difahami kejadian hidup yang setiap manusia tercipta dengan akaun rokid atid dan kubur yang berseorangan, negara kecil dunia ketiga akan mudah dan cepat maju umpama negara negara barat.

Rata rata mereka mengambil tahu hal mereka sendiri tanpa mengabaikan sikap dan sayang sesama insan.

Mengadili sesama sendiri, menghukumi sesama sendiri dan menzalimi sesama sendiri berpunca daripada kekeliruan asas dengan dalil prihatin dan konon kisah.

Kalau tahu tahap dan adab, tiada manusia akan berbuat demikian kerana manusia hanya harus menjadi sekadar manusia iaitu menyembah tuhan, amal makruf serta nahi mungkar.

Senang cakap, biarlah Tuhan buat kerja Tuhan.

Wallahua'alam

Wednesday, November 02, 2011

"Entah," Pegawai Itu Menjawab

"Nah, kau tau tak extension telefon Tuan dotdotdot?" tanya seorang kakak kepada teman sepejabatnya.

"Entah," Pegawai itu menjawab sambil berlalu pergi mungkin mendapatkan goreng pisang di kala time break organisasi mereka.

Semudah Air Batu Campur kerjasama dan komitmen yang diberikan buta-buta di depan pelanggan mereka. Itulah attitude yang masih berleluasa walau sudah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Mungkin remeh bagi sesetengah manusia cetek tapi kerana itu kerajaan, negara dan masyarakat kita akan terus dikritik oleh pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat dek disebabkan keremehan-keremehan bangang ini.

Tiada penyelasaian dan tiada siapa peduli.

Malaysia terus maju menuju 2020.

Tuesday, November 01, 2011

Masa Itu Emas

Setelah sekian lama. Mungkin ini hobi dan minat yang dicari. Motosikal membahayakan nyawa, golf membahayakan keluarga, hiburan membahayakan syurga. Syahwat lumrah nak juga terbela atau dibela.

Lantas memberanikan diri ke butik mahalnakmamp dan tekad untuk bertanya soalan bagaikan wartawan yang tidak bertauliah tapi berhemah tentang perkakas cantik, koleksi, rare dan mahal berjudul sang jam tangan.

Bagai cinta pandang pertama, bagai berdebar melafaz akad. Kaget dan kaku dalam butik jam tangan rare dari serata dunia kepala berpusing pusing. Harap suatu hari nanti bertemu jodoh dengan calon yang paling menghampiri sunnah. Insyaallah.

Betullah, demi masa dan masa itu emas. Harap sampai hajat.

P/s: gua cerewet tahap dewa19