Tuesday, February 23, 2010

tepis dan kalis

ingin diri terselamat mungkin. tidak mahu mengaku, terlibat salah. kerana takut walau kerana benar mahu salah.

menepis sana ke sini kerana tidak cukup gentleman untuk berdiri bersuara. rela menyumpah diri umpama batu terdiam atau aircond berjenama.

namun itu segalanya terpulang kepada isi ilmu yang dibawa sejak dari kecil.

pai nai?

sukar untuk melihat dengan hati. mata memang terang. dan ada penglihatan yang cukup sempurna. tidak perlu bantuan penglihatan. namun ke mana saja, tiada iktibar yang mampu diraih.

pepatah, pesanan dan mungkin hadis berkata untuk berjalan jauh ke negeri china. kerana jauh berjalan luas lah pandangan. pandangan hati sebenarnya. yang mampu meluaskan pengalaman. pengalaman yang menjadi pegangan untuk hidup dengan tepat.

rezeki ini tidak banyak. hanya mampu ke negeri sebelah sebelah dalam jarak waktu yang cukup jauh dek mengumpul wang belanja. namun pertukaran budaya sudah cukup memberi diri cerita yang indah menghargai insan ciptaan tuhan berlainan tanah geografi.

segalanya mampu dijadi pedoman untuk kita kekal beriman. kerana atas matlamat yang sama kita semua tercipta di dunia cuma diberikan kisah warna yang berbeza.

menariknya hidup mereka yang maju teknologi mahupun maju hiburan, pegangan mereka ternyata berbeza dengan hidup umat negara yang sedang aman. kerana umat negara yang aman tetap ingin berlumba untuk maju mengingati tuhan.

Monday, February 15, 2010

kisah dubur

seminggu yang lalu, negara kembali berbicara kisah hubungan luar tabii orang penting negara. kisah lama yang diungkit atas ehsan perebutan kuasa untuk mentadbir seluruh rakyat jelata.

aib sana dan aib sini adalah satu budaya baru dalam proses menjatuhkan kita sesama melayu. namun kisah dubur yang dulunya sudah berlangsung pada zaman nabi luth kini semakin popular.

kanak suci dan si cacat kini turut pandai bicara erti liwat dek kerana tajuk utama media media penting negara kita tercinta. dengan jelas diajar secara tidak langsung untuk berbual bincang tentang proses tingkahlaku tabiat yang dilaknat Tuhan yang Esa.

kisah dubur kini lebih popular dari segala kisah jelata. entah apa faedah yang kita dapat daripadanya. terima kasih kepada pelaku, tetuduh mahupun penuduh kerana mengajar kita semua perkara yang kita sepatutnya menjadi sisi kehidupan gelap di dunia.

kisah dubur yang luhur buatmu yang jujur bertutur.