Sunday, September 25, 2011

Hari Tanpa Plastik 20 sen

Kecoh di dada akhbar kisah masyarakat sanggup membayar plastik walau hari Sabtu sudah didedikasikan sebagai hari tanpa plastik ketika membeli belah. Dengan tujuan mengurangkan punca pencemaran bahan yang telah tercipta sekian lama untuk memudahkan urusan mengangkat barang membeli belah.

Apa punca masyarakat yang seolah-olah menafikan hari yang begitu penting sebegini. Mungkin kerana harganya terlalu murah yang tiada jauh bezanya dengan harga sebelum ini iaitu percuma.

Dicas 20 sen ke atas satu beg plastik tidaklah dirasakan begitu berat jika dibandingkan kecelaruan polisi dan imej penggubal dasar yang harus diratap setiap saat. Kepimpinan melalui tauladan terlampau dipasak dan terpasak di kepala semua lapisan insan. Sedikit silap walau sehalus zarah tetap dibilang tidak sempurna dan sudah diangkat sembah menjadi kayu ukur amalan kehidupan.

Lantas walau kempen yang amat memberi makna untuk bumi yang semakin usang ini akan sentiasa dipandang remeh kerana minda minda remeh ini juga masih belum bersedia untuk melihat kebaikan laksana kuda kuda lumba yang fokus berlumba di gelanggang lumba.

Loophole yang harus dikambus, penggubal dasar harus dinobat sebagai tauladan dan marhaein harus aktif berpositif demi kepentingan diri dan masa hadapan. Kunci utama yang harus dileburkan ialah kepentingan diri dan PHD (perasaan hasad dengki) yang menular tinggi.

Selagi tidak dilaku, mungkin semakin hari semakin kelakar dasar yang harus digubal. Hari Tanpa Plastik 20 sen mungkin akan menjadi Hari Tanpa Plastik RM2k. Macam-macam boleh jadi kalau dah tak sedar diri.

No comments:

Post a Comment