Wednesday, August 12, 2009

wajarkah tribute yang melampau

semakin hari manusia semakin kagum sesama manusia. tambahan bila manusia manusia itu berjaya dalam hidup mereka. tak lupa kepada mereka yang berkuasa, bernama dan juga kaya.

kebelakangan ini muncul satu musim yang datang secara tiba tiba dan juga mendadak sekali. musim tribute. sebagai contoh pemergian seseorang yang ternama dalam kehidupan. muncul lah pelbagai tribute dan penghargaan sebagai tanda kenang kenangan.

yang menjadi senario mual ialah bila tribute itu melepasi satu tahap melampau. melampau memberi maksud melangkaui satu tahap atau benchmark penghargaan di mana benchmark tersebut adalah lebih utuh dan kukuh alasannya.

sebagai contoh, tribute pada nabi s.a.w yang termaktub dalam kalimah syahadah agak dikrompomi oleh pemimpin media yang berkuasa. sedangkan ianya satu alasan yang sebati untuk dihargai baik kerana dunia apatah lagi akhirat.

berbalik kepada ikon dunia, mengikut bintang dan standard, ramai lagi yang sepatutnya mendahului carta penghargaan. contohnya lagenda agong p.ramlee. itu belum lagi kita bicara pasal pejuang bangsa, pejuang negara dan pejuang agama yang harus mendapat tribute yang berlarutan.

namun sekali lagi hari ini, manusia mudah dilanda musim. majoriti makhluk bukanlah trend setter sifatnya. maafkan mereka. mereka hanya mengikut kata kata media yang utama. apa yang disogok, disuap, maka itulah saja yang ditelan. kerana itu saja yang ada.

alaf millenium hari ini, kematian seorang pengarah filem mampu mendapat ruang dan tapak untuk diratapi. pemergiannya boleh ditangisi dan insafi. agungnya dia bila satu saluran khas ditujukan sempena karya dikenangi.

wajarkah tribute yang melampau, kerana tiada yang tinggi selain Tuhan dan Rasul yang harus diimbau.

No comments:

Post a Comment