Thursday, August 27, 2009

anak yatim anak yang mulia

dunia hiburan meriah. kini sibuk merai mereka yang kurang bernasib baik. menjamu berbuka puasa dan juga sambutan hari raya yang bakal disambut nanti.

sesuatu terpancar dari wajah mereka yang ramai ramai beratur mengambil makanan. membuat mataku bergenang. muka mereka yang cuba melahir dan menyembunyikan satu perasaan di sebalik dengung bising muzik raya dendangan artis artis arus perdana.

cuba untuk menggambarkan apa yang dirasa. tidak sukar kerana aku juga seperti mereka. tidak mampu menerima pemergian ayahanda pada masa yang aku belum bersedia.

apa yang lahir dari wajah mereka mungkin perasaan keliru sedih bercampur gembira. sedih mengenangkan tersayang tiada tetapi gembira kerana cuba dirai mereka.

namun genangan air mata tetap tiba dikala petikan kata kata "bila tiba hari raya... semua insan bergembira... tetapi bagiku..."

semoga anak yatim adalah anak yang mulia yang dilindungi Allah setiap masa.

No comments:

Post a Comment