mak ayah selalu menyuruh aku belajar tinggi dan menjawat jawatan yang kukuh. jurutera, peguam atau doktor menjadi cadangan. katanya untuk menjamin kewangan dan masa depan yang gemilang. aku sangat setuju.
bidang yang diceburi ini tersangatlah glamour. dengan lampu lip lap dan selebriti bergaya raya. tapi jaminan belum tentu untuk senang dan kekal kaya. tergantung pada nasib. kerana job dan kejayaan pecah panggung ibarat satu perjudian dan pelaburan yang berisiko tinggi.
namun negara dilanda kemerosotan. kerajaan bertindak mengurangkan pembangunan fizikal dan infrastruktur. digalakkan pembangunan minda rakyat. istilah lain, modal insan. maka pembangunan maklumat mula disokong. segala dana dialih dari membuat bangunan menjadi membuat filem cereka untuk tontonan.
dengan harapan bahan yang ditonton mampu menjadi ilmu pengetahuan dan kembali membuat bangunan untuk kegunaan sekalian.
walaubagaimanapun, senario membuat bangunan penuh dengan adat politikus mereka. tak perlu mahir tetapi jika pakar mengambil hati perolehan anda lah jutawan. pemain pemain industri ini kini sudah lelah. kerana peruntukan mereka telah dicatu dan dialih kepada industri kreatif.
maka ramailah kontraktor kontraktor ini beralih arah mencuba nasib untuk menjadi produser.
sifirnya sama. mereka sudah mahir dan orang orang kuat tertentu sudah berada di dalam kocek mereka. tandatangan mereka mereka itu cukup berharga. berharga untuk menggerakkan seorang kontraktor membuat longkang menjadi produser filem sampah yang bakal berjaya malahan popular.
berjalan mereka memasuki festival yang gilang gemilang dengan pemain pemain cantik dan gelagat kreatif orang seni. macam rusa masuk kampung pun ada. terbeliak dan tertonjol biji mata. mana taknya sebelum ini hanya melihat urat dan belikat buruh indo dan bangla berpeluh busuk di sini sana.
dinding konkrit dan simen berhabuk tidak lagi menyapa baju baju baru yang mula ditempah di butik butik ternama. jalanlah dia gah mendongak berbaju kot lengkap bowtie bersama kumis yang kini ditrim nipis dengan harapan mengucup pipi fauziah gous atau liyana jasmay.
harapan kerajaan dengan degar degar modal insan agaknya hancur juga jadinya. mana taknya, infrastruktur yang ada dan terbina memakan belanja berbillion billion oleh orang yang sama masih dilihat tiada faedahnya. inikan pula projek menjana minda, makhluk makhluk yang sama juga dilantiknya.
pernah terdengar pepatah "put a right thing at the right place" dan masih mengupas otak mencari apa tujuannya berkata kata.
kusut masai agaknya... bila kontraktor jadi produser.
sapo kontraktor tu
ReplyDelete