Friday, August 14, 2009

si sial bergelar cicak

bersahaja aku berjalan di dapur menghampiri sinki sebelum membasuh tangan yang dicemari habuk karpet. pinggan mangkuk di dalam sinki tiba tiba menggeletar dan bergerak mengejutkan angan aku yang separa sedar sambil menghulur tangan membuka paip.

kepala dan mata yang besar bersifat lembik menggelabah ke hulu ke hilir di dalam sinki tadi dalam proses menyelamatkan diri. badan yang gemuk kelabu menggelebeh ke kiri kanan kelam kabut memanjat dinding sinki licin kering memerangkap.

si sial itu terus cuba. aku membuka paip dengan niat untuk membunuh dan cuba membasahkannya supaya lemas. air itu rupa rupanya menjadi penyelamat si sial yang kini membantu anggota badan untuk melekap dan terus memanjat.

si sial bergelar cicak kali ini selamat dari niat aku yang kejam di hari jumaat.

No comments:

Post a Comment