Monday, November 09, 2009

tiada benda untuk dikutuk

melayu dasarnya suka mengata. menikam dah menjadi darah dan daging. gelisah melihat bangsa sendiri maju. jikalau bangsa lain ke depan mereka tidak kisah. malah lebih menyokong.

mungkin semulajadi sudah tertanam hasad terhadap sesama bangsa. mungkin sumpahan yang sukar dibuang agaknya.

cadangan yang bodoh disanjung sanjung. terutama datang dari mulut penjajah. kerana ianya disampaikan oleh si tubuh asing berwarna lain dari warna bangsa sendiri. kata kata mereka diangkat umpama kata kata mereka yang terkenal di persada hollywood. walapun tiada isi dan faedah mengangkat rakyat dan negara.

si melayu sendiri memberi pendapat yang lebih hebat dan bergeliga. namun naluri asal bangsa semua adalah si hamba pengikut kata pemerintah. tidak langsung berbunyi menyokong pendapat. malah hanya terdiam tanda tidak dapat terima dan ingin saja ditikam tikam.

tiada benda untuk dikutuk. benda memuji janganlah diimpi.

1 comment:

  1. Anonymous5:14 AM

    setiap masa mendengar, melayu mengutuk melayu sendiri, hrpkan perubahan, jgnlah dikutuk bangsa sendiri.. cuba baiki mana yang patut.kita la warisan yang mesti mengubah mana yang tidak baik itu, yang baik jadikan teladan, buruk jdkan sempadan.jgn yang buruk dibesar2kan, sehingga memberi tanggapan buruk kepada bangsa lain.
    jangan dibiarkan anak2 cucu hidup dengan peninggalan kita sendiri, meninggalkan nama buruk pada bangsa melayu.
    demi masa, sesungguhnya manusia itu akan kerugian jika hanya memikirkan keburukan di sekitarnya
    sekadar pendapat humble,tidak mengharapkan persetujuan dari sesiapa jua.
    wallualam..

    ReplyDelete