Thursday, November 26, 2009

amanah

secara common sensenya, bila kita diamanahkan untuk menjaga atau melaksanakan sesuatu, haruslah kita lakukan sebaiknya. kerana itu sudah menjadi tanggungjawab yang mencerminkan sifat kita sebagai insan yang sebagaimana.

cukup musykil bila ada insan yang tidak ambil peduli tentang amanah yang dipikul di bahu. mengambil mudah dalam semua perkara. serta mementingkan diri sendiri semata mata. bagaimanakah mereka mereka ini melalui hidup hidup mereka agaknya.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tanda orang munafik ialah tiga manakala bercakap dusta, manakala berjanji mungkir dan apabila diamanahkan khianat." (Riwayat al-Bukhari)

jelas terpancar perlakuan ignorance dalam menjalani kehidupan adalah lambang keperibadian yang kurang memberangsangkan sebagai seorang mukmin yang sejati.

Daripada Saidina Ali r.a katanya yang bermaksud: "Kami duduk bersama Rasulullah s.a.w lalu muncul seorang dari keluarga al-Aliyah dan bertanya kepada Rasulullah:

Wahai Rasulullah...beritahulah padaku, apakah suatu yang paling berat dalam agama dan apakah yang paling ringan?

Lalu jawab Rasulullah s.a.w: "Yang paling ringan dan mudah ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan yang paling berat wahai saudari al-Aliyah ialah amanah. Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tiada amanah, tiada solat baginya dan tiada zakat." (Riwayat al-Bazzar).




1 comment: