Tuesday, November 17, 2009

mahathir dan melayu

terharu selepas menonton episod 1 biografi Mahathir Mohamed. ketepikan tuduhan buta seketika. simpati hadir berdasarkan informasi yang disuap penerbit rancangan tersebut.

perjalanan perjuangan politiknya jauh lebih tulus dari pemimpin baru baru ini. jalannya juga umpama jalan takdir yang tenang selepas Tunku, Tun Razak dan Hussein Onn yang seolah olah memberi restu kepada insan tersebut.

dipaparkan kisah hidup seorang doktor maha klinik di pekan asal. juga satu satunya doktor melayu untuk bangsanya, biografi tersebut cukup sinis berbanding melayu melayu moden sekarang.

kata mahathir yang sentiasa melihat melayu mengalami dilema, cukuplah melayu yang membiak pesat hanya hebat sebagai pesawah padi dan juga kerani kerajaan. baginya jika itu saja yang melayu mampu, melayu akan terus dibelengu dilema.

perjuangannya dilihat cukup disambut dan dipatahkan juga oleh melayu sendiri. akhir akhir ini hati rakyat lebih jumud. jumud menyembah kepala agung yang mampu membeli emas tetapi bisa menggadai maruah.

mahathir ingin melayu menyambung perjuangan dan mengekal kemerdekaan. simpatinya hari ini, melayu melayu belum terbuka hati untuk menyanjung melayu melayu yang hebat mahupun berpotensi.

penjajah penjajah tetap disembah dan dilantik menjadi penasihat mentadbir tanah melayu yang sudah merdeka kononnya.

No comments:

Post a Comment