Thursday, September 03, 2009

teksi tunai

seminggu dua minyak naik, aku mula belajar menghargai pengangkutan awam. tiba tiba rasa adventure sebab selama ini dimanjakan keluarga dengan kenaikan sendiri.

tak mahir, tapi semakin berani mencuba. masih kekok untuk tidak memandu, tidak mengisi minyak dan tidak membayar tol.

selesai majlis berbuka puasa di sebuah hotel, aku terpaksa ke sebuah kedai mamak bertemu rakan. terhegeh hegeh mencari lrt atau monorel. nampak. tapi tak jumpa stesen mereka. atau berada jauh dari tempat aku tercegat.

cuba menahan teksi. terus berhenti. lelaki berketurunan india muslim menyambut dengan nada beria ria. "saya tak amik itu pelancong. saya suka melayu saja. sebab pelancong suka tanya itu harga berapa. melayu tak kisah wang. dia akan bayar berapa berapa saja."

aku tersenyum dan melayan saja sambil memerhatikan meter tidak dinyalakan. dia terus berbual bebel dalam topik yang sama. aku hanya mengiyakan saja. kerana ini sesuatu yang baru bagi aku dalam menceburi dunia pengangkutan awam.

bertubi tubi dia memuji melayu yang mungkin kebetulan itu bangsaku. betapa melayu ini sempoi, baik hati dan tidak berkira. dibilangnya melayu di kampungnya cukup peramah dan pemurah. tetapi jika marah buruk padahnya.

aku tergelak terbahak bahak. dia umpakan melayu ini lebih hebat dari lembu dan kerbau ketika baran. "itu kerbau pun u boleh ikat dia kat pokok. melayu ni kalau dia baik memang baik. tapi kalau kepala sudah naik gila u tak boleh buat apala..."

aku tergelak terkekek kekek. disamakan aku dengan kerbau ke? tiba di destinasi aku tanya berapa tambang yang hanya dalam 3 kilometer itu. dia tidak mampu memberitahu.

"suka hati la cik. saya tak kisah punya. u nak kasi berapa pun." "mana boleh, mana saya tahu harga tambang," sambil berniat untuk sedekah.

"ok, 10 ringgit." "ok... thanks aaa..."

ketika duduk meng'order' minuman rakanku membebel, "salah tu tak guna meter... gila patut 3 ringgit jer... ada mulut kau boleh complain kat dia..."

"tea o satu anneyyy"

No comments:

Post a Comment