Wednesday, September 02, 2009

mencari maksiat

agama menyusun atur hidup seseorang untuk tidak memupuk toksin dosa yang banyak dalam diri. kerana selain membahayakan kesihatan ianya juga membahayakan tingkah laku. dari baik menjadi jahat dan dari aman menjadi kucar.

itu tanggungjawab sendiri untuk menjadi apa. sementara hidup di duniawi yang sekejap saja. dari kisah kisah nabi yang diperturunkan, banyak insiden menggambarkan rasul, nabi, ulamak dan sahabat sibuk dan tekun memperkasakan diri menghampiri tuhan. kerana dakwah bermula dari diri yang maksum dan suci.

bagaimana dengan diri yang memakai cincin besar, berseluar jeans, menyarung jaket berlogo persatuan agama, berkumis ala ala, bermulut melayu dan berperut melebihi dada keluar berjuang mencari maksiat.

atas nama ingin mencegah maksiat, si pencegah pencegah maksiat perlu sentiasa membawa cermin ke hulu ke hilir dalam menjalankan tanggungjawab mereka. untuk tujuan peringatan adakah celak masih di mata dan janggut labuh ada.

atau mungkin mereka sentiasa maksum dan suci dalam menjalankan tugas yang dianugerahkan ketika mengisi borang SPA secara online mahupun persuratan.

renungan untuk saya:
Dalil mengenai pengharaman zina ialah firman Allah SWT Allah SWT dalam surah al-Isra':ayat 32. yang bermaksud:: "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."..

No comments:

Post a Comment