Friday, November 04, 2011
Ada ada sajalah kau ni lambi
Tektik cilik menarik perhatian dunia. Agar seluruh dunia menghentam negara kecil terhegeh ini. Memang berkesan dan berjaya, apa tidaknya isu yang dimainkan isu populis dan selamba dunia. Cuma amat sensitif dan nipis di negara kecil ini. Dia hanya menyalakan mancis saja. Yang lain tugas dunia menyimbah gasolin pada yang marak.
Isu sensitif menyentuh budaya. Isu sensitif menyentuh agama. Kenapa di tepi sarang tebuan juga medan permainan. Berlari lari anak tetap merbahaya. Sudah dilarang orang tua. Degil degil tidak terkata. Mungkin belikat berbulu durja.
Pergilah main jauh jauh. Namun dikhuatiri juga, anugerah dan jenama yang disandang turut kurniaan sang daulat si ketua agama.
Rakyat keliru diam seribu bahasa. Tepuk kuali masih adakah lauknya. Jaga diri saja.
Thursday, November 03, 2011
Put the right thing at the right place
Biarkan pemimpin memimpin.
Hormati pintu syurgamu.
Biarkan lelaki menjadi lelaki.
Biarkan wanita menjadi wanita.
Tidak meletakkan benda di tempat yang sepatutnya umpama menyata Tuhan itu tersilap percaturan. Janganlah jadi hamba yang sombong pada tuannya.
Sumbang bunyinya.
Percaturan
Lantas setiap saat umur yang dikurniakan kepada kita harusnya digunapakai sebaik masa yang ada. Itu pentingnya percaturan. Umpama permainan catur itu sendiri. Objektif untuk menang dan mengalahkan pihak lawan. Pergerakan dan kemampuan askar yang dimiliki itu sangat teratur dan tertib untuk mencapai kemenangan.
Hidup dan karier bukan sembarangan. Tertib berjalan, bertutur dan berbahasa segalanya ada faedah dan matlamat tersendiri. Jangan sampai mentafsir jawapan yang salah dari umum. Bahana yang akan dirundum. Kelak imej tercalar dek kesombongan yang tidak tersusun.
Salah siapa bukan soalannya. Sudah jelas salah sendirinya. Yang penting, benarkan percaturan yang disusun atau ianya di tahap yang paling nista.
Tamak itu amalan siapa
Tamak hari ini boleh ditafsir sebagai ambitious. Mahu mencapai segala gala dalam masa yang singkat dan tiba tiba. Sikap ini mampu menjerumuskan segala manusia ke istilah 'matlamat bakal menghalalkan cara'. Sangat tidak kena dengan manusia yang berugama. Semua ugama sangat tertib perjalanannya. Tiada ugama yang menghalalkan cara apatah yang mampu memudaratkan manusia itu juga.
Lantas sikap tamak itu sangat tidak relevan. Tiada masalah untuk diamalkan. Tapi sejauh mana keberkesanan dan kemudaratan. Sudah tentunya ada kerana ianya tidak seiring dengan kapabiliti setiap hamba manusia yang bernyawa.
Yang maha jahat itu yang maha neraka dan berkuasa di alam durjana. Maka tamak itulah yang paling sesuai diamalkannya.
Biar Tuhan buat kerja Tuhan
Jika difahami kejadian hidup yang setiap manusia tercipta dengan akaun rokid atid dan kubur yang berseorangan, negara kecil dunia ketiga akan mudah dan cepat maju umpama negara negara barat.
Rata rata mereka mengambil tahu hal mereka sendiri tanpa mengabaikan sikap dan sayang sesama insan.
Mengadili sesama sendiri, menghukumi sesama sendiri dan menzalimi sesama sendiri berpunca daripada kekeliruan asas dengan dalil prihatin dan konon kisah.
Kalau tahu tahap dan adab, tiada manusia akan berbuat demikian kerana manusia hanya harus menjadi sekadar manusia iaitu menyembah tuhan, amal makruf serta nahi mungkar.
Senang cakap, biarlah Tuhan buat kerja Tuhan.
Wallahua'alam
Wednesday, November 02, 2011
"Entah," Pegawai Itu Menjawab
"Entah," Pegawai itu menjawab sambil berlalu pergi mungkin mendapatkan goreng pisang di kala time break organisasi mereka.
Semudah Air Batu Campur kerjasama dan komitmen yang diberikan buta-buta di depan pelanggan mereka. Itulah attitude yang masih berleluasa walau sudah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Mungkin remeh bagi sesetengah manusia cetek tapi kerana itu kerajaan, negara dan masyarakat kita akan terus dikritik oleh pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat dek disebabkan keremehan-keremehan bangang ini.
Tiada penyelasaian dan tiada siapa peduli.
Malaysia terus maju menuju 2020.
Tuesday, November 01, 2011
Masa Itu Emas
Lantas memberanikan diri ke butik mahalnakmamp dan tekad untuk bertanya soalan bagaikan wartawan yang tidak bertauliah tapi berhemah tentang perkakas cantik, koleksi, rare dan mahal berjudul sang jam tangan.
Bagai cinta pandang pertama, bagai berdebar melafaz akad. Kaget dan kaku dalam butik jam tangan rare dari serata dunia kepala berpusing pusing. Harap suatu hari nanti bertemu jodoh dengan calon yang paling menghampiri sunnah. Insyaallah.
Betullah, demi masa dan masa itu emas. Harap sampai hajat.
P/s: gua cerewet tahap dewa19
Monday, October 31, 2011
Kafir, Terkenal, Kaya tetapi tidak sombong.
Itu yang membuatkan gua konpius untuk dibandingkan dengan persekitaran gua yang berjudul Malaysia. Kat sini pun banyak band, tapi yang menjadi persoalannya band di Malaysia tidak terkenal mana, tidak kaya mana, tetapi poyo tahap gaban.
Sama sama jerit, sama sama rocknroll tapi professionalisme tak sama langsung. Kenapakah? Apa yang tak cukupkah? Atau Malaysia ini lebih 1st world dari negara 1st world.
P/s: Kesian P.Ramlee.
Sunday, October 30, 2011
Namanya sangat Unik
Aku yang merupakan encik kelantan ni konfius nak sebut nama dia. Nak tergelak pun ada, nak kutuk pun ada. Nasib baik sedang dalam situasi menunjukkan tauladan yang baik pada dan anak-anak. Kalau member-member ada time ni memang barailah beliau kena sound direct tepet dan senget.
Namanya "SETE". Panggilan SETAN untuk orang Kelantan. Memang kena sangatlah badge yang beliau pakai berjudul "At your service, my name is SETE."
*na'uzubillah* (gelak kuat sangat)
Whitesnake World Tour 2011
So demi tidak nampak macam outdated esok malam gua akan turun padang ushar apa kobondonyo Whitesnake nih. Hehehe walhal kat youtube pun dah ado. Tapi gua terpaksa pergi jugak sebab untuk this week gua belum ada lagi profil picture menarik untuk Facebook gua.
Therefore, gua janji untuk tetapkan iman gua yang ala ala imammudadottwitterdotnet nih dan akan mengulas dan mengupas secara live tentang kehebat band penjajah dari Zimbabwe yang bergelar Ulau Melingkau Atas Pagau ni besok.
Ok bro, cekkidaut amekkau boboiboy!
Tiket Bola Mahal Tiba-tiba
Tak kisahlah pasukan mana yang layak ke peringkat akhir. Seladang ke, Kenari ke, Kijang ke, Beghuk ke. Yang penting dan main peranan di sini ialah pengisi tempat duduk stadium itu sahaja. Ia umpama kayu ukur box office industri sukan pulak. Sekali lagi ingin ditegaskan, mereka juga ada KPI masing masing. Bisnes apa apa pun, sejak Malaysia tertubuh dan sejak bergelar Tanah Melayu pun, mana ada yang pernah balik modal pun. (modal sembang diorang)
Oleh itu, tiket bola mahal tiba-tiba ini juga bermusim. Ketika ia sedang ranum dan masak, maka dituai oleh petani petani. Rakyat sekarang hanya boleh komplen dan membebel saja di atas platform yang ada sahaja. Setakat komplen melepaskan gian sahaja. Sebab Tun sentiasa mengingatkan kita 'melayu mudah lupa.'
Jumpa pada final game lain pulak, dengan harga tiket yang berbeza. Bye.
Content Rempit untuk Rempit.
Walau stok berangan spoof David Letterman, yang penting mesej yang disampaikan berjaya sampai kepada aku yang banyak songeh dan boleh dikategorikan sebagai "most difficult audience". Apa yang dipersembahkan mereka sebenarnya untuk menarik seramai mana pelabur a.k.a advertiser melabur dan membeli airtime mereka. Bagi aku kalau aku kaya, aku tak risau dan puas hati untuk berbelanja di situ. Hanya dengan terpengaruh pada presentation mereka yang lawak, pedih dan berisi itu.
Good job untuk korang yang sangat tahu apa yang korang buat. Aku tak hairan kalau ratings dia takde orang boleh beat sebab memang diorang bagi content yang tepat pada penonton yang tepat. Sepatah kata Ahmad Izham Omar CEO media prima "Setiap orang Malaysia ada rempit dalam hati masing masing der."
Bananana!!!
Friday, October 14, 2011
Islam agama yang sukar?
Masya allah. Situasi pakaian ketika solat ditegur dan jemaah merebut saf depan hingga terlanggar jemaah lain. Apakah itu isu yang besar berbanding jumlah jemaah di kalangan orang 'yuppy' yang kurang rancak melangkah ke masjid.
Namun yang gemar dibicarakan ialah keegoan diri dan mata yang terlalu sombong untuk tidak mahu melihat situasi situasi tadi. Lantas disampaikan dalam nada komplen yang menggambarkan ada golongan jemaah yang mampu berpakaian bersih dan bergaya dan ada jemaah yang selekeh. Ada jemaah yang 'cool' dan 'chill' dan ada jemaah yang gelojoh merebut pahala saf pertama.
'What Will Jesus Do' itu ngeri didengari tapi ada benarnya jika diganti dengan 'What Will Muhammad Do' jika baginda masih ada dan berdepan dengan situasi situasi itu tadi. Adakah Muhammad sebongkak kamu membezakan jemaah berpakai baju melayu putih wangi berpelikat dengan jemaah yang miskin harus bekerja mencari rezeki dan berpakaian seadanya pakaian kerja mereka.
Kerana kasta itu masjid masjid di negara melayu masih kosong dan ajk ajk bongkak pura pura bertanya dan mempersoal kenapa golongan muda tidak mahu tampil ke masjid.
Harus diingat dan pahat di dalam jiwa, menjadi AJK masjid tidak menjanjikan menjadi AJK syurga. Kalau boleh google kisah ulama yang matinya ke neraka dan perempuan pelacur pula matinya ke syurga dek kemuliaan setiap detik dan ketika.
Melayu muslim harus membuka mata dan minda kerana bangsa ini tidak pula dipetik dalam rujukan Muhammad berbunyi "carilah ilmu walau ke China."
Kalau berbaju melayu berkain pelikat itu melambangkan kebenaran berpakaian dalam solat, mungkin Muhammad juga memakainya.
Jangan terlalu berkasta dan membazir masa menghakimi sesama manusia sesama hamba. Hakim yang maha benar hanya Tuhan yang maha esa. Markah yang sebenar hanya datang dariNYA dan bukannya AJK masjid yang berangan 'fashion designer' dari syurga.
Sebelum bersuara mencermin kelemahan ilmu pada jelata, renungkan situasi umat manusia bertumbuk tolak untuk mencium Hajarul Aswad kalau melangkah terlanggar jemaah lain di masjid Malaysia itu berdosa.
Dan jangan pula lupa Masjidil Haram juga tiada 'fashion police' di muka pintu untuk menge'check' manusia serata dunia hanya telekong Gucci dibenar mampir menyentuh kaabah yang mulia.
Islam agama yang sukar? Tidak sama sekali.
Tepuk dada di setiap situasi. 'What Will Muhammad Do?'
Sunday, October 09, 2011
Bajet 2012 yang hensem
Objektifnya simple, mahukan yang terbaik untuk semua di bumi yang fake lagi sementara ini. Nak hadap sangat pun takut mati cepat, tak hadap pula nanti kang panjang pulak umurnya.
Bajet a.k.a belanjawan yang dibentangkan baru baru ini katanya memang hensem. Untuk majoriti golongan. Tak kisah orang nak kata fake atau ori tapi sapa sapa yang berada di tempat menjatuhi dasar itu harus dan confirm bagi benda yang boleh 'carma' (cari makan).
That's why gua cakap gua pun dah goyang ke kiri kanan dan macam lalang. Sebab member yang cuba bangkang pun memang takde benda yang mampu ditawarkan. Setakat bercakap kaum pencadang pun bisa bercakap. Sehinggakan ada petikan bahasa berkata "talk is cheap."
Apa apa pun hakikat jaga bontot sendiri adalah hakikat kehidupan sebenar. Menjaga bontot gua bermaksud lu orang pun kena jaga bontot lu orang sendiri. Sebab pabila bontot masing masing pedih bak dicucuk jarum, kala itu lu orang akan menerima nasib lu orang semakin tidak penting.
Walau Bajet lu Bajet Hensem, kuasa pilihan tetap di tangan semua makhluk yang hidupnya dikurniakan Tuhan Allah yang benar benar SATU.
Wednesday, October 05, 2011
Kontraktor Bangang
Mungkin kerana trend dan kurangnya ilmu. Ramai pakat dok nak ikut jadi pembina pembina. Yang dinampak adalah benda benda best saja. Untuk cepat, sedap dan margin penipuan yang tak kurang hebatnya.
Namun kisah mereka semakin bangang bila bangunan yang dipilih ialah sebuah masjid yang mulia. Sepasang mempelai bersatu atas dasar kasih dan niat kerana Dia yang satu umpama masjid cantik yang lebih perlu diperhatikan keperluan kekal mulianya.
Salah faham, salah niat dan salah nafsu, jadilah masjid masjid yang roboh dan hodoh pandangannya. Budaya budaya ini semakin popular atas dasar pendek akal dan pendek kesabaran mengekalkan keutuhannya. Maka terlahir mereka mereka yang sengal bergelar Kontraktor Bangang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
korupsi desperado
Tuesday, October 04, 2011
Miki: Sesah Tok Guru apatah marhaein
Kartunis bergelar Miki tampil menggegarkan akhbar utama negara sekali lagi dengan lukisan mencabar minda beliau.
Apalah sangat karakter karikatur terbaru ini setelah kayu ukur keberanian dibuktikan melalui kartunnya sebelum ini yang cukup berani mempersendakan tokoh yang terkenal dengan kewarakannya.
Apa mesej yang cuba diketengahkan atau apa penjenamaan sahsiah diri yang sedang dibina kartunis ini.
Well, anyway, it is something.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, October 02, 2011
Gomeng dan Gowasta
54 tahun sudah berlalu, umpama umur seorang tua yang menunggu hujung. Apa yang dicapai si tua itu. Harta, nama mahupun kuasa. Begitu juga budaya kerja. Tertubuh pentadbiran mengatur rakyat. Rakyat bersatu bumi terangkat.
Namun dalam jalan untuk bersatu dua budaya bertembung hebat. Satu, sepekat kelat kaki berkarat. Lagi satu, ringgit dikejar sepantas kilat. Hidup jelas ada datelinenya. Umpama susu pekat dalam tin yang masam busuk jika ternyanyuk.
Terlalu santai mengheret tubuh bumi merdeka dijajah utuh. Harus seimbang tugas dijawat agar kejayaan dicapai sempat. Dua budaya bertembung silang. Menyalah pandang menyalah wayang. Matlamat dikejar bermaksud tekad. Ingin terbang walau terlipat.
Selagi budaya budaya belum bersatu kaulah Gomeng dan kaulah Gowasta.
Realiti Sejuta Impian
Apa yang penting, wang yang diperolehi oleh peserta adalah berdasar proposal yang agak relevan dan mantap mengikut keadaan semasa. Juri harus 99.9% memahami situasi dunia. Apa yang dipinta peserta itu benar atau sekadar mengada-adakan cerita.
Sukar juga tugasnya, tapi paparan yang dilihat umpama membuka pekung di dada penggubal dasar negara. Rancangan ini dilihat nilai bolos pentadbiran kerajaan bisa dibongkar rakyat bergelar peserta ialah RM1juta untuk satu musim penerbitan.
Apa tidaknya setiap kertas kerja yang dipersembah bagaikan tiada wakil wakil rakyat melakukan tugas mereka. Seciput RM10,000 diperlu dalam projek pemohon dengan impian membasmi kemiskinan sekelumit penduduk di seperosok kawasan dalam negara.
Di atas kertas Sejuta Impian umpama rancangan mulia pemurah luah mengagih RM1juta teratur celik. Siratan ditafsir banyak lagi lubuk lubuk buaya yang belum tertimbus membongkar Realiti Sejuta Impian.
Sunday, September 25, 2011
Tandus Hero
Sejarah negara janganlah diubah, janganlah sekongkol merubah sejarah negara. Video klip dan filem wadah baru pemujuk ideologi. Desperado tandus kesuntukan masa. Langkah angkuh dan gopoh merebut peluang yang ada. Apa cerita pemantau kita, apa cerita penaung bangsa.
Jangan kasar dalam berpropaganda. Kalau dah kemaruk nak tunjuk lagak, masakan musuh diangkat bongkak. Menjadi lambang penyatu rakyat, yang konon mengharap rahmat penjahat.
Bertabur-tabur kempen dianjur. Ke sana ke mari bersohor sohor. Dah macam tak ada hero yang wajar. Petualang negara juga yang kau kejar.
Tandus hero itu umpama negara yang hanya dihuni mereka yang sia sia. Simpati membawa mati.
Hari Tanpa Plastik 20 sen
Apa punca masyarakat yang seolah-olah menafikan hari yang begitu penting sebegini. Mungkin kerana harganya terlalu murah yang tiada jauh bezanya dengan harga sebelum ini iaitu percuma.
Dicas 20 sen ke atas satu beg plastik tidaklah dirasakan begitu berat jika dibandingkan kecelaruan polisi dan imej penggubal dasar yang harus diratap setiap saat. Kepimpinan melalui tauladan terlampau dipasak dan terpasak di kepala semua lapisan insan. Sedikit silap walau sehalus zarah tetap dibilang tidak sempurna dan sudah diangkat sembah menjadi kayu ukur amalan kehidupan.
Lantas walau kempen yang amat memberi makna untuk bumi yang semakin usang ini akan sentiasa dipandang remeh kerana minda minda remeh ini juga masih belum bersedia untuk melihat kebaikan laksana kuda kuda lumba yang fokus berlumba di gelanggang lumba.
Loophole yang harus dikambus, penggubal dasar harus dinobat sebagai tauladan dan marhaein harus aktif berpositif demi kepentingan diri dan masa hadapan. Kunci utama yang harus dileburkan ialah kepentingan diri dan PHD (perasaan hasad dengki) yang menular tinggi.
Selagi tidak dilaku, mungkin semakin hari semakin kelakar dasar yang harus digubal. Hari Tanpa Plastik 20 sen mungkin akan menjadi Hari Tanpa Plastik RM2k. Macam-macam boleh jadi kalau dah tak sedar diri.