Saturday, December 05, 2009

seni pun berpolitik

semakin hari semakin kuat propagandanya. ingatkan dalam dunia seni segalanya adalah ikhlas dari darah lembut yang mengalir. tetapi hari ini segala galanya di dalangi tujuan dan kehendak tersendiri.

mungkin al sabab itu karya hiburan hari ini semakin tawar dan cair auranya. tak sekuat langsung berbanding karya p.ramlee yang mampu ditonton berjuta juta kali.

hinggakan tema dan penghargaan juga bermotif kepentingan. berprinsip setiap yang dihasilkan mampu dijana kembali modal bercampur keuntungan yang berlipat lipat kali gandanya.

mungkin suatu hari nanti pentadbir negeri terdiri dari penyanyi utama berkumpulan ataupun pelakon terbaik drama. siapa tahu.

No comments:

Post a Comment