Saturday, December 05, 2009

kepulauan

manusia dipulau kerana tidak mampu diterima taulan yang berada di tanah rata. struktur bumi dirinya nyata berbeza. macam ada saja yang tak kena. mungkin terkurang tercacat cela. atau terlebih menyakit mata.

pulau berdiri dengan sendiri. bisa membangun memaju santun. menyedar diri seorang hayun. si pulau mentadbir turun temurun.

pulau yang hebat pulau yang kuat. pulau yang maju serata tempat. menjadi pengkalan seluruh rakyat. taulan dunia disapa ketat. pulau tetap akan di pulau. diguna perlu diherdik hirau. darah dan jiwa terus berbeza, pulau dan darat tak perlu setia.

tanah yang rata tidaklah kuat. bersatu teguh berbalah kesat. jiwa maufakat kerana pelat. berdiri sendiri terkulat kulat.

No comments:

Post a Comment