Monday, December 28, 2009

satu malaysia

aku melayu yang kedekut. berkira walau remeh. aku membeli barangan dengan perempuan india. terkenal dengan kebolehan mereka berbicara. walau aku kedekut aku tetap kalah dengan keyakinan mereka.

lalu aku bertanya siapakah yang akan memasangnya. india itu menjawab jacob. ok kataku. tetapi upahnya lain kira. ok lagi kataku.

aku terima satu panggilan telefon. bunyinya seperti lelaki cina yang menentukan masa untuk datang. aku tunggu sahaja. muncul 2 lelaki cina memberi hello di depan pintu rumah. masuk dan terus menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

aku yang kedekut bertanya upah mereka. ayakkk dibukanya dengan harga yang agak tinggi. ditawarkan padaku barang barang yang katanya "yang ini special sikit bos". aku yang kedekut dan berkira tetap kalah dengan kehebatan matematik mereka.

kerja selesai. kami semua berkawan baik kerana berkongsi negara yang sama. aku kedekut dan berkira tetapi aku akur, masing masing memiliki kebolehan yang sama. cari makan ma... di bumi malaysia.

satu hasrat, satu harapan, satu santapan, satu malaysia!

pendekar!

2 comments: