Saturday, May 17, 2008

PRU 12

8 MAC 2008

Pilihan Raya Umum ke 12 adalah pilihanraya ke 12 untuk negara, tetapi tidak untuk Wan Syahrul Amry.

Ini merupakan PRU yang pertama bagi beliau walaupun umurnya sudah mencecah 29 tahun pada 3 Mei 2008.

Namun setelah berdaftar dengan SPR, semangat mengundinya datang berkobar kobar.

Bertemankan Pok Cek dan adiknya Naqi, beliau terus berjuang memandu sendiri untuk pulang membuang undi di negeri kelahirannya iaitu di Kelantan.

Senario PRU kali ini cukup berbeza dan meriah sekali.

Ini kerana ramai golongan belia yang dulunya hanya merempit dan berlumba kini sudah mula berjinak dan berbicara seperti genius politik.

Mungkin tsunami ideology KJ dan Nurul Izzah yang merupakan representative dari golongan ini menjadi sumber inspirasi.

Setiap pelusuk maplair dan kedai kopi, golongan yang tidak lekang memakai levis 501 dan t shirt band ini sudah mula arif menentukan perlembagaan yang sepatutnya untuk negara atau negeri.

Namun bagi Wan Syahrul Amry, prinsipnya cukup mudah, agama yang dipegang adalah Islam. Tuhan yang disembah tetap Allah dan pemimpin paling agung ialah Rasulullah s.a.w.

Parti apa atau pemimpin yang memiliki fahaman Islam yang sama dan lebih mutlak, maka itu menjadi pilihan hati.

Tidak kira langit yang ditabur atau gunung yang dijanji, kehidupan di bumi hendaklah adil dan amalannya hendaklah sentiasa suci.

Jadi, PRU 12 menjadi kenangan yang terindah buat Wan Syahrul Amry yang pertama kali membuang undi.

Semoga pentadbiran negara pilihan rakyat kali ini diberkati Ilahi.

No comments:

Post a Comment