Saturday, May 17, 2008

Bersemuka bersama Yasin

23 Februari 2008

Dalam perkembangan industri muzik yang kucar kacir, sebuah kumpulan acapella bergelar PAPAPELLA, masih tidak serik untuk meneruskan usaha seni mereka.

Satu pertemuan telah diadakan bersama komposer terkemuka, Yasin Sulaiman bertempat di studio rakaman beliau, Harem Entertaiment di Kota Damansara.

Pertemuan yang singkat tetapi padat itu sedikit sebanyak membantu perjalanan seni PAPAPELLA dan menyusun atur strategi mereka dalam membuktikan kebolehan dalam bidang nyanyian.

Pandangan dan saranan yang diberikan Yasin cukup bermakna dan ini sekaligus memberi suntikan semangat baru untuk PAPAPELLA terus mencuba.

Yasin memberitahu, artis yang sudah establish turut sukar memperkemaskan tapak di dalam industri hari ini, melainkan mereka yang mempunya aura dan fenomena aneh akan muncul lagi.

Ini kerana selera seni pendengar hari ini sukar untuk dipuaskan disamping pelbagai isu besar dunia seperti harga minyak, beras dan bencana alam turut memberi kesan sampingan.

Dengan jiwa yang cintakan muzik, PAPAPELLA akan terus melangkah.

PAPAPELLA dianggotai oleh 7 jejaka yang sudah memiliki kerjaya yang kukuh akan tampil dengan single pertama mereka tidak lama lagi.

Rata-rata ahli kumpulan ini sudah bergelar bapa dan semangat itu akan diterapkan dalam album mereka yang berkonsepkan kekeluargaan harmoni hiburan islam sedar diri.

Nantikan kemunculan PAPAPELLA tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment