Saturday, January 16, 2010

usrah sebelum khutbah

jumaat bekerja. tidak seperti kelantan yang mengerjakan ahad kerana tidak mahu memperajakan hari gereja beribadah. di bandar berhenti seketika atau waktu makan lebih lama kerana kononnya menghormati waktu solat jumaat.

memilih untuk awal ke masjid kerana tidak mahu sekadar menunai dua rekaat tanpa sunat dan khutbah yang samar dek masih berjalan jalan. berpeluang mendengar ceramah sebelum khutbah menceritakan kisah kewafatan Rasulullah s.a.w dan kehebatan para sahabat menyambung perjuangan baginda.

terharu kerana dalam usrah ceramah itu, imam memperingatkan tentang mati merupakan proses perpindahan dari bumi ke alam kehidupan sebenar iaitu hari akhirat. pesannya untuk bersederhana melainkan kekayaan seiring kerinduan kepada tuhan dan agama adalah satu kebaikan dan keajaiban hari ini.

usrah itu turut memberi kesedaran tentang hidup dunia akan bermakna jika masa diluangkan bersama keluarga dan melakukan benda yang berfaedah untuk hari kekal. katanya jangan terlalu sibuk bekerja dan mencari wang tetapi lupa pada tujuan sebenar bumi dan manusia diciptakan.

diri ini lemah dan leka. beri saja peluang dan ruang untuk ilmu itu hadir walaupun ia sekadar teman di sisi yang hanya berdiam diri.

No comments:

Post a Comment