Sunday, January 03, 2010

apa ada pada fdam

ini pandangan marhaein dalam dunia pengarahan. memang tiada karya yang tercalon mahupun menang dalam festival. tapi itu insyaallah.

31 disember 2009. penutup tahun dengan Mesyuarat Agung Pemilihan jawatankuasa persatuan pengarah filem malaysia (fdam). kecoh, panas dan gempak. suasana yang dapat digambarkan pada hari tersebut.

terutama kerusi Presiden yang disandang oleh Ahmad Ibrahim atau orang tua industri bergelar Mat London. kerusinya dicabar oleh pengarah filem terkenal yang sentiasa menang festival kerana karyanya yang ada touch, seperti Kala Malam Bulan Mengambang dan beberapa lagi. nama yang tidak asing iaitu Mamat Khalid.

Mamat Khalid memiliki gerombolannya yang tersendiri. gabungan nama nama besar arus perdana pengarah tersohor negara yang berjuang membayangi kabinet asal. Erma Fatima, Afdlin Shauki, Aziz M. Osman dan Hans Issac. dan dinasihati oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba adalah di antara mereka.

mesyuarat berjalan umpama soal siasat di balai polis dan di pejabat SPRM mencari loophole untuk kabinet baru tampil memimpin. keseimbangan penyokong dapat dilihat apabila sorakan yang diberikan kepada calon calon agak sama rata riuhnya.

rata rata tidak mampu menjangka apakah keputusan yang akan dicapai. ditambah dengan kehadiran Pak Menteri KPKKW yang mencemar duli hadir merasmikan AGM tersebut dengan janji dana baru yang akan digunapakai sebaik baiknya oleh AJK yang akan dilantik.

maka AGM pemilihan AJK FDAM saling tak tumpah umpama parti parti politik yang bertanding untuk mentadbir negara ini. kerana seperti ada sesuatu istimewa yang tersembunyi di sebalik jawatan sedang ditanding.

marhaein hanya melihat dan tidak mampu mentafsir umpama ahli sihir kerana marhaein tiada kuasa sixth sense. namun apa yang dapat disimpulkan dari mata seorang small time director ini adalah, sifat kepimpinan hari ini terletak kepada kepetahan orang itu bertutur cara. kerana mereka yang terlalu artistik dalam berkarya akan juga artistik dalam berbicara.

bicara yang terlalu seninya umpama lagu yang terlalu dalam maksudnya dan lukisan yang terlalu kuat abstraknya. kebolehan memimpin terletak kepada misi yang jelas. jelas dalam lafazan mereka walau tidak terlaksana.

kabinet bayangan adalah mereka yang popular. popular pada mata media dan rakyat jelata kerana karya mereka yang diambil kira. ini bermakna mereka adalah pengarah yang hebat.

kemenangan jawatan pula berpihak kepada mereka yang lama berkuasa, membuat kerja pentadbiran dan kurang seni karyannya.

nampaknya, untuk menjadi AJK yang bagus, masa kan nama nama popular itu sanggup berbelah bahagi berkarya sambil bermesyuarat karipap dan mee hoon membuang masa demi persatuan tercinta. atau berfalsafah 90 minit gaya filem untuk Menteri memahami hasrat ahli lembaga.

manakalah ahli sembang hebat sudah mula turun padang melahirkan filem filem berunsur sembang memangkin minda rakyat.

put the right thing at the right place agaknya. pandai mengarah teruskan mengarah. pandai berpolitik teruskan 'memimpin'. kerana untuk lengkap, kita saling memerlukan.

No comments:

Post a Comment