Monday, January 18, 2010

melodi sekadar hiburan

sebuah program yang mendapat airtime yang banyak di waktu siaran yang utama di hari minggu rakyat. menjadi sumber rujukan semua dalam menambah intelektual dunia hiburan kononnya.

semua akan berilmu dan merasa seperti lebih berinformasi selepas menontonnya. "merasa". namun pengisiannya masih di tahap mencurigakan. curiga kerana penceritaan yang dibawa terlalu jelas songsangnya.

perantara memain peranan seperti si batu api dan tukang melaga lagakan. tingkah ini sungguh tidak digemari dalam hidup biasa. namun dengan sedikit props, perhiasan, gimik yang menarik dan logo syarikat yang kredibel segalanya dilihat meyakinkan dan seolah olah benar.

melodi sepatutnya hanya sekadar hiburan.

1 comment:

  1. boy, m totally agree with u. banyak sangat yang dah xelok dan merepek dan songsang.

    ReplyDelete