Friday, October 20, 2006

berlagak TUHAN

manusia mudah alpa! (Allah dah cakap dari terciptanya Adam)
melayu mudah lupa (Dr.Mahathir translate)

ni citer pasal ayah aku... hari ni ada 4 hari lagi nak raya aidilfitri 2006... ayah masih di wad ICU HKL... wad terbaik untuk Neurologi...

lepas semalam orang hospital kata ayah nazak... hari ni timbul pulak cerita baru... pagi pagi lagi kakak dan adik ayah iaitu makcik makcik aku call sibuk sibuk dan bincang...

bengong dan blur aku... ingatkan ayah dah takde tapi diorang tak bagi tau aku... rupanya ada kes lain... relative kelantan menggelabah dan sibuk nak transfer ayah ke kota bharu... aku pening la... kata HKL dah the best... apa hal pulak...

so... sembang dan bincang la konon... macam macam reason muncul... ok reason dia:
1. Chemuda(makcik aku): doktor kata kita ikhtiar dia bawak kat tempat lain mana tau ada terlekat ngan benda apa ke... tak lepas la apa apa ke...

2. Chesu(makcik aku): cakap dulu ayah ada tersebut dia nak disimpan dengan abang sulung dia (ayahlong aku) kat kelantan

3. Pastu suami chesu cakap: sebenarnya kita panggil ni senang... semua family dan sanak saudara dan setuju.. cuma kita taknak kalau apa apa jadi nanti depan hari... boy salahkan kami semua...

4. sepupu aku (abgizani): kita boleh sedia dah helicopter sebab dato izudin(adik dia) dah arrange...

aku dodoi ayah tepuk tangan dia masa baca yasin pun mami dan marah...
ini nak cabut wayar... nak ke sana ke mari... naik helicopter...
orang tu dalam I.C.U... kritikal... transfer ke wad pun dah turun naik dia punya B.P...
aduh la... kesian ayah...

mula la aku berkhutbah... satu satu benda aku detailkan... aku tanya... masa perancangan suka hati korang buat tak involve kan aku... bila dah ada keputusan, tapi takut terjadi apa apa.. tiba tiba panggil aku nak suruh aku sama sama terlibat... bijak... bijak...

aku nak satu benda... idea dan cadangan ni datang dari mana?
kalau hospital... kenapa tak bincang dulu ngan aku... apsal dah ada plan baru panggil nak suruh aku tanggung... lepas tu aku nak tau apa alasan hospital...? ubat tak cukup ke? apa ker? korang dah give up ker?

pastu kenapa ke kelantan? atas alasan apa pulak nak transfer ke USM? dari segi apa sebenarnya perpindahan ayah ni... dari segi better medication ker? kalau ikhtiar pulak... sila definekan ikhtiar...

kat mana kena ikhtiar...? sejauh mana kena ikhtiar?

dua persoalan utama... usaha ke atas ayah...
dari segi perubatan... please state how?
dari segi agama... please state how?

selepas habis discussion... semua rasa terbodoh la pulak... sebab idea dah macam bangang dan tak boleh pakai... tiba tiba semua dan secara beramai-ramai point blanc kat mami... mami yang suggest... mami yang dapat info dari doktor... mami itu mami ini...

hahahah kesian pulak kat mak aku ni... mula mula tadi semua macam ready... kita dah ada sebulat suara... cuma boy jer yang kita nak bagitau dan paksa dia suruh setuju...

susah betul kalau manusia yang alpa ni tiba tiba pulak mengaku jadi tuhan... tahu yang ayah akan sembuh atau meninggal di kelantan lah di USM la... aduh... masyaAllah... bulan ramdhan ni...

apa yang aku suspek adalah semuanya kerana kepentingan diri... taknak terima hakikat ketentuan Allah... semua menggelabah nak raya la... dan save budget taknak travel melawat ayah la... Ikhlas nyer korang dalam buat satu satu benda...

pastu alternative ikhtiar ialah macam hampeh... makin negatif dan macam dah tau yang ayah tak akan survive pulak di kb... hampeh sungguh

tolonglah ingat...

segala tindakan yang hendak diambil... kena pikir pikir panjang panjang dan masak masak...
banyak benda in the future yang kita tak boleh nak ramalkan akan berlaku...

aku taknak ada penyesalan di depan hari... pastu aku tau la mak aku punya pedih kalau dia ada benda tak puas hati... letih wooo nak handle... nanti semua orang kena blame... diorang ni bukan reti redho dan terima hakikat... ayah rebah dan masuk ICU ni pun dan cukup huru hara dan family aku...

tolong be strong dalam faith kita tu...

kalau kita muslim dan Islam yang betul... kita bagi the best dalam ikhtiar... be sincere to God... dan tolong jangan sekali-kali berlagak tuhan... kita langsung tak tau apa... kita kecik wooo

Allah Maha Mengetahui... biar dia yang tentukan...
yang penting usaha ke jalan yang tepat dan relevan then kita tawakkal kepada Allah

Ya Allah Ya tuhanku... tabahkan hatiku dalam menempuh ujian dariMU Ya Allah
Kaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
Amin...

No comments:

Post a Comment