Wednesday, July 21, 2010

Pincang

Politik

Pincangnya berparti parti sampai bertanding tanding sesama sendiri membukti siapa hebat. Sedang bangsa lain menelan bumi kita juga menjadi barua mengiakan karutan mereka. Sedih tetapi tiada daya untuk berbuat apa kerana kuasa terletak pada mereka yang berjaya di atas.

Ekonomi

Pincangnya bila ilmu berniaga tidak diterap sesungguh sungguh. Gerai kecil bangsa dirobek robek beria ria. Paling sedih oleh bangsa sendiri. Sedang pada masa yang sama kita dituntut untuk terus gemilang sambil hak dirampas halus.

Agama

Usah buat terkejut kerana sejak azali kita dipincangkan oleh musuh sejati Adam. Pincang itu pasti cuma akal dikurnia untuk mengurangkan dan mententeramkannya.

Sukan

Sudah tentu pincang itu kerana ianya lumrah pertandingan. 'Best Man Win' tanpa perlu pertimbang pasukan kita atau lawan. Matlamat bakal menghalalkan cara, kerana itu adalah budaya.

Hiburan

Ia sebenarnya sampingan hidup bagi mententeram tekanan yang direka. Namun ianya juga menjadi medan pertempuran perebutan harta yang seco'et.

Pincang semakin pincang di bumi yang kian gersang.

No comments:

Post a Comment