Friday, October 05, 2007

Jerung, Buaya dan Mangsa

A few meeting yang membuatkan aku membuat statement... Patutlah Mejar Wan Mansor (arwah ayah) menyepi dan menyorok dari public...

Aku kini menjadi resolusi dan teman kepada sahabat-sahabat arwah ayah di waktu mereka buntu dan cuba mencari idea penyelasaian isu mereka...

Terkini aku sentiasa bersama Panjang (chinese friend of ayah) ke sana ke mari memikirkan strategi untuk menyelesaikan beberapa isu yang boleh memberi token sampingan dalam kehidupan...

Pada suatu hari di bulan puasa, Panjang cuba menyelesaikan satu misi bosnya untuk mendapatkan balik jam tangan bernilai RM400k yang telah digadai disebuah kedai... however... kedai itu telah menjual jam jam tersebut... dan memberi alasan tidak mahu mengganti jam tersebut...

Lalu kes tersebut telah dilaporkan kepada RMP dan menjadi sebuah kes Commercial Crime... Seorang pegawai berpangkat ASP telah melakukan tugas dengan cemerlang dan membuat tangkapan pemilik premis tersebut...

Walaubagaimanapun, beberapa jam selepas itu dia dilepaskan dan kes tersebut dikatakan sebuah kes sivil dan bukan jenayah seperti dakwaan diperingkat asalnya...

Adakah wujud udang disebalik batu... Panjang menjadi buntu kerana impian menyelesaikan misi tidak terlaksana... faktor kewangan Panjang yang tandus menjadi punca ketidak lancaran proses tersebut...

Wan Syahrul Amry menjadi resolusi networking pengganti arwah dengan harapan tanpa kewangan masalah dapat diselesaikan... hanya dengan hati yang ikhlas dan persahabatan yang tulus...

Berlegar difikiran kami berdua selepas berbincang, Pegawai berpangkat DSP ke atas sahaja yang mungkin boleh memberi petunjuk membantu menyelesaikan kes ini...

Sehari suntuk sehingga ke waktu berbuka aku memikirkan siapa yang dapat dihubungi dan diajukan permasalahan ini... Lalu pertemuan dengan partner perniagaan bidang pengiklanan di Oldtown White Coffee telah menjadi titik jodoh pertemuan kepada resolusi tersebut...

Di situlah kami didatangi oleh hamba Allah yang merupakan sedara bau bacang arwah dan memiliki hubungan mantap dengan pihak RMP diperingkat teratas... Jodoh pertemuan di tangan tuhan... Maka saudara tersebut bersetuju dan teruja untuk menyelesaikan kes Panjang tanpa banyak cerita...

Kebetulan seorang pegawai teratas membawa gelaran Dato' juga akan hadir untuk perbincangan lain... dan secara kebetulan kes ini juga akan diusulkan bersama atas dasar mengenang jasa arwah ayah dan aku sebagai sedara bau bacang...

Lalu hati Panjang gembira bukan kepalang... Pucuk dicita ulam mendatang... maka bergumbiralah semuanya tidak terkata mengangankan kes tersebut akan menjadi sejarah dan selesai...

Aku yang naif diperkenalkan dengan Pegawai bergelar Dato' tersebut... tanpa sebarang prejudis aku juga gumbira bagi pihak Panjang berdasarkan kata-kata janji dari mereka yang menganggap kes itu hanya remeh dan mudah...

Selesai minum teh di situ aku diajak ke sebuah lagi lokasi oleh sedara bau bacang tersebut untuk diperkenalkan dengan seorang lagi pegawai teratas RMP yang juga bergelar Dato'... bersikap sopan dan mengenangkan arwah, pelawaan tersebut disambut dengan spontan dan ikhlas...

Tiba di lokasi tersebut iaitu di sebuah kedai minuman di TTDI... aku diperkenalkan dengan beberapa orang yang dikatakan pegawai teratas RMP dan juga merupakan kenalan arwah...

Aku, Panjang dan Pokcek hanya duduk minum di situ dengan nada keliru dan blur kerana tidak paham apakah tujuan agenda tersebut... Well, hentam sajalah...

Sehingga tiba ketika... sedara bau bacang tersebut mula berbicara dengan nada sindiran dan sinis bertanyakan tentang apakah habuan untuknya jika berjaya menyelesaikan kes tersebut... aku tersentak... Panjang mungkin sudah biasa...

Cuma resolusi ini muncul dengan harapan isu kewangan yang dihadapi Panjang tidak akan timbul... namun itu hanyalah fantasi kami... tiada yang percuma dalam dunia hari ini...

Sedara tersebut mula berbicara tentang figure yang diharapkan... Panjang bermula dengan RM10k... dia tidak begitu gembira... suasana menjadi tegang... dia mula mundar mandir kononnya berbincang dengan pegawai2 tersebut yang berada di meja berasingan bersama gadis gadis rugged disamping mereka...

Sedara kembali dengan soalan yang sama terhadap Panjang... Panjang cuba mendapatkan gambaran yang jelas dalam proses yang cuba dilakukan ke atas kes tersebut... Jika jam dikembalikan 100k akan dibayar kepada sedara dan lain2...

Tetapi jika jam tidak berjaya dikembalikan, Panjang mahukan wang dari kedai tersebut dengan nilai gadaian yang sama... Persetujuan dicapai, tetapi sindiran tetap ada kerana kami tidak berjaya menghulurkan apa2 pada ketika itu... mahupun menyelesaikan bil minuman untuk beberapa meja mereka...

Ketika itu aku sudah bingit dan menyampah dengan suasana tersebut... Aku kini baru mengerti perasaan arwah yang sentiasa menyembunyikan diri dari public yang kotor serta corupt ini... Arwah tidak terdaya melayan karenah hipokrit golongan ini... Begitu juga aku yang kali pertama dipertemukan dengan situasi sedemikian...

Kami blah dengan begitu saja, tanpa rasa hormat pada mereka... Aku menjadi lesu dan terkejut dengan pengalaman sebegitu rupa dalam dunia hari ini...

Apa yang aku dapat pelajari... manusia dijadikan Allah sama rata... tapi manusia sesama manusia mencipta kasta dan hireaki mereka sendiri... Hireaki manusia yang sepatutnya membantu each other tetapi menjadi sebuah rantaian makanan manusia memakan manusia...

Aku rela menjadi mangsa, kerana tangisan di dunia adalah kegembiraan di akhirat...

No comments:

Post a Comment