Suria FM Tampil Berbeza Dengan Topik Sukan
Tarikh: 21 Disember 2012
Ke udara selama empat jam bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi pada
setiap Sabtu dan Ahad, 'Grandstand Suria' akan dikelolakan oleh dua
orang penyampai iaitu Naim dan Wan Ajaib.
Selain ditemani celoteh dua penyampai ini, penonton pastinya berpuas
hati dengan pengisian rancangan ini yang akan menjemput personaliti
Sukan ternama ke studio selain menawarkan banyak hadiah dari kuiz dan
peraduan yang akan diadakan.