Monday, March 29, 2010

keyboard di kb

sedih jugak dengar kb hari ini membenarkan keyboardist bergelimpangan di semua kafe kafe setiap malam. bukan apa kata mereka. suspeknya ialah sebab hampir dengan pilihanraya. sebab membenarkan karnival umpama jom heboh berkumandang, pemuzik kecil kini boleh juga beraya raya. agaknya bolehlah mengekalkan undi mereka.

sedih juga kerana prinsip 'matlamat menghalalkan cara' turut melanda minda mereka. seharusnya berserah pada yang Esa di atas niat perjuangan yang ada. tak perlu tunduk pada kehendak semasa walau hiburan yang dipinta. kini hormatnya semakin menyusut kerana 2 x 5 sahaja pegangan kamu semua.

kekalkanlah identiti atau imej tidak peduli akan dunia dan hanya bersederhana sahaja. tapi itulah bila bergabung dengan pakatan yang tidak semegah minda kini kembali dijajah. janganlah pula pemimpin atas turun tahta tiada apa lagi untuk disapa.

hati mula goyang terhadap segala pimpinan yang ada. undi saja pemimpin yang solat 5 waktu.

###

Monday, March 22, 2010

tuntut ilmu yang baik

terlibat dengan golongan yang sentiasa diinspirasikan. kerana kejayaan mereka mengurus kehidupan dan mendahuluinya lebih dari insan lain.

baru dapat erti kenapa mereka di atas. kerana mereka lebih rajin, lebih usaha dan lebih minatnya. setiap apa yang dilakukan mereka adalah dengan bersungguh sungguh.

peluang untuk diri ini tuntut ilmu yang baik baik saja.

Monday, March 15, 2010

hadap

mereka tidak hadap tetapi mereka tidak seuntung kita. naluri semulajadi ada keinginan dan kemahuan. kerana itu menentu nasib dan juang untuk terus hidup biasa atau jaya.

ingin dan mahu yang tinggi membentuk sifat perilaku. tercungap, gelojoh dan terhegeh lahir dari nafsu yang berlebih dalam menuntut hak untuk terus hidup. namun budaya norma meletak kayu ukur perilaku yang bagaimana menjadi rutin sopan atau rakus.

panjangnya akal, tingginya ilmu dan kuatnya iman menjadi perunding imej membentuk sahsiah supaya segala apa hadir sebangang tisu muka atau sebesar rumah banglo kita adalah kekal waras.

dan kita tidak hadap.

tidak nampak tidak salah

biar mereka kabur atau tidak jelas. kerana ramai mereka yang tidak melihat ikhlas. apa yang ada di sekeliling. bagi mereka pandangan adalah bukan saja dari mata... malah juga dari sanubari.

namun bukan semua dikurnia sanubari yang tidak benak. kerana hati ini semakin hari semakin malap. malap digilap perasaan tamak dan dengki. langsung mengabur gajah di depan mata dalam waktu mencari kuman nun jauh di sana.

biar dan diamkan saja. kerana teguran tidak mampu menyinggah hati yang bongkak. apatah teguran dari hati yang rendah.

dari sudut pemiliki peribadi, tidak nampak tetap tidak salah.

Friday, March 05, 2010

merengek

bunyinya terbayang sesuatu penyek. sepenyek wajah meronta ronta. umpama berleter di bawah umur. rengekan sumbing merobek telinga.

diadun pula sifat yang keji. menghalal cara walau berabdi. berabdi budi menggadai murni. selekeh jiwa bertuan badi.

bertopeng topeng berbunyi nyaring. berlakon watak bergigi taring. tidak diikut dikau memaling. memaling topeng umpama gasing.

merengeklah terus jika itu senjata hadiah mencari sesuap nasi yang tidak dimuntah.

jenguk ke bawah

berjalan mestilah ke depan. memanjat mestilah ke atas. namun untuk tidak lupa, setiap masa hendaklah kita jenguk ke waktu belakang. atas dasar menghargai kita yang sudah di depan dan di atas.

jenguk ke bawah akan memujuk hati yang kadang kadang tamak dan gelojoh. hati yang lemah dengan dunia yang manja menggoda jiwa nak leka.

tiada siapa menghalang untuk ke atas menongkat langit. terus saja tanpa henti. tanpa ada takbur diri. terus saja tanpa henti. tanpa ada lupa bumi.

jenguk ke bawah mengerak hati agar gayat mengimbang budi.

tupai melompat yang jatuh

dalam kehidupan milik tuhan ini, keikhlasan adalah kunci utama untuk mendapat berkat. jika sanggup bermuka muka dalam memain peran, jangan takut hari hadapan dipukul ombak.

peluang tetap diberikan. untuk merasa menikmat dan mencuba waktu dunia walau menjadi medan berdongeng sementara.

tupai yang pandai melompat juga ada peluang jatuh. jatuh dek diri sendiri, sekeliling mahupun lumrah kitaran bumi yang berbentuk roda.

sebelum tupai itu terjatuh, harus dinilai tinggi mana lompatan yang ingin diamal.

Tuesday, February 23, 2010

tepis dan kalis

ingin diri terselamat mungkin. tidak mahu mengaku, terlibat salah. kerana takut walau kerana benar mahu salah.

menepis sana ke sini kerana tidak cukup gentleman untuk berdiri bersuara. rela menyumpah diri umpama batu terdiam atau aircond berjenama.

namun itu segalanya terpulang kepada isi ilmu yang dibawa sejak dari kecil.

pai nai?

sukar untuk melihat dengan hati. mata memang terang. dan ada penglihatan yang cukup sempurna. tidak perlu bantuan penglihatan. namun ke mana saja, tiada iktibar yang mampu diraih.

pepatah, pesanan dan mungkin hadis berkata untuk berjalan jauh ke negeri china. kerana jauh berjalan luas lah pandangan. pandangan hati sebenarnya. yang mampu meluaskan pengalaman. pengalaman yang menjadi pegangan untuk hidup dengan tepat.

rezeki ini tidak banyak. hanya mampu ke negeri sebelah sebelah dalam jarak waktu yang cukup jauh dek mengumpul wang belanja. namun pertukaran budaya sudah cukup memberi diri cerita yang indah menghargai insan ciptaan tuhan berlainan tanah geografi.

segalanya mampu dijadi pedoman untuk kita kekal beriman. kerana atas matlamat yang sama kita semua tercipta di dunia cuma diberikan kisah warna yang berbeza.

menariknya hidup mereka yang maju teknologi mahupun maju hiburan, pegangan mereka ternyata berbeza dengan hidup umat negara yang sedang aman. kerana umat negara yang aman tetap ingin berlumba untuk maju mengingati tuhan.

Monday, February 15, 2010

kisah dubur

seminggu yang lalu, negara kembali berbicara kisah hubungan luar tabii orang penting negara. kisah lama yang diungkit atas ehsan perebutan kuasa untuk mentadbir seluruh rakyat jelata.

aib sana dan aib sini adalah satu budaya baru dalam proses menjatuhkan kita sesama melayu. namun kisah dubur yang dulunya sudah berlangsung pada zaman nabi luth kini semakin popular.

kanak suci dan si cacat kini turut pandai bicara erti liwat dek kerana tajuk utama media media penting negara kita tercinta. dengan jelas diajar secara tidak langsung untuk berbual bincang tentang proses tingkahlaku tabiat yang dilaknat Tuhan yang Esa.

kisah dubur kini lebih popular dari segala kisah jelata. entah apa faedah yang kita dapat daripadanya. terima kasih kepada pelaku, tetuduh mahupun penuduh kerana mengajar kita semua perkara yang kita sepatutnya menjadi sisi kehidupan gelap di dunia.

kisah dubur yang luhur buatmu yang jujur bertutur.

Saturday, January 30, 2010

Hebat Filem Mereka

Wataknya direka dengan teliti. Sehinggakan bayangan yang dihasilkan mengerikan dan turut menimbulkan perasaan ragu ragu.

Dari pembikin kisah kapal karam yang sama, jalan cerita cinta tetap menjadi tunjang konflik yang dinanti nanti.

Pencetus ikutan kembali seperti musim kisah angkasa dan dongeng fantasi. Fenomena manusia berimpian jauh kini tradisi hari ini.

Bagusnya pembikin kerana ketelitiannya mampu menjadikan karyanya ditempat pertama sekali lagi kerana kutipan dan juga pengisian.

Paling mengagumkan apabila ada peminat mula mengedit wajah mereka berwarna biru bercorak indah kerana terlalu minat.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, January 26, 2010

dengki bangsa

selalu melayu yang popular dengan hasad. tapi kali ini aku lihat bangsa lain mempamerkan hasad mereka. mungkin ianya sudah lama. namun dipamerkan sebagai envy sahaja.

situasi berlaku di pejabat. kononnya gotong royong. mengemas barang barang yang ingin dilupuskan. si melayu yang sayang benda cuba mengambil mengganti situasi ianya bakal terbuang. diperhatikan 1 malaysia.

namun ianya menjadi isu diperingkat atasan syarikat. pabila si dia melaporkan si melayu melayu ini dikata mencuri. direlakan benda itu dibuang dari diambil guna oleh si melayu melayu kasihan.

dengki sendiri selalu berlaku. dengki bangsa berlaku buruk padahnya.

Saturday, January 23, 2010

kesenian

orang yang berjiwa lembut adalah orang yang berjiwa seni. halusnya jiwa mereka sehingga tidak terlintas pada mereka ada jiwa lain yang turut hidup bersama. jiwa yang pelbagai.

orang seni sangat peka kerana mereka peka pada apa apa tindakan terhadap mereka. pada mereka dunia berpusing putar di sekitar mereka sahaja.

namun apa yang sukar bagi mereka ialah dunia ini harus dikongsi bersama. bersama mereka yang pelbagai jiwa. dan ada jiwa yang tidak langsung peka. ada jiwa yang kasar. ada jiwa yang pantas dan ada jiwa yang tidak peduli pada sesiapa.

seni itu tidak apa. alangkah indahnya seni itu untuk agama. kerana kesenian islam tiada tolok bandingnya.

Thursday, January 21, 2010

Yus vs ed hardy

Adikku yang satu ingin ke australia melanjutkan pengajiannya tidak lama lagi.

Terkejut dia bila aku offer baju ed hardy. Katanya jahat sangat la gambar gambar ni. Ujarnya yang mendapat jolokan ustaz dalam keluarga.

Alhamdulillah, at least ada ahlil yang tidak ed hardy. Hehehe sebab yang lain semua perangai macam pembikin tatoo.
Sent via BlackBerry from Maxis

Berinternet

Ada beberapa jenis bos di pejabat. Ada yang ingin up to date dan ada yang tidak kisah too late.

Di negara barat, mereka tidak lagi bebel atau bicara kerana semua ingin bergerak ke hadapan walau apa cara.

Namun mungkin kita belum bersedia untuk merayau merentasi susur masa terlalu laju. Kerana mungkin kita bimbang kita akan mudah lupa.

Berinternet tidak berdosa jika kena cara.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, January 19, 2010

kisah pulau

unik, beda dan tonjol. karakter yang sukar ditanggung jika dimiliki sesama manusia. lalu mereka mereka akan dipadamkan dari senarai penglihatan si ramai ramai orang. ramai orang yang sama di biasa biasa saja.

zaman nabi, pemimpin berjaya dan the chosen one melalui ujian yang sama untuk berjaya dan kekal bernama. dalam erti lain mereka mula di tempatkan di atas tanah yang sendiri terus menyendiri.

namun pesan ilmuan. biar pedih dipulaukan balas saja dengan senyuman. hidup umpama persinggahan sebelum terus kekal di hari pembalasan. hadapai saja dengan senyuman. dengan berkat ketentuan mereka kembali ke pangkal jalan. si nasib dibalas kemenangan dari tuhan.

bumi ibarat roda yang berputar. menunggu giliran bertukar tema. kisah pulau jadi teladan untuk terus lembut bersabar hadapi ujian.

Monday, January 18, 2010

melodi sekadar hiburan

sebuah program yang mendapat airtime yang banyak di waktu siaran yang utama di hari minggu rakyat. menjadi sumber rujukan semua dalam menambah intelektual dunia hiburan kononnya.

semua akan berilmu dan merasa seperti lebih berinformasi selepas menontonnya. "merasa". namun pengisiannya masih di tahap mencurigakan. curiga kerana penceritaan yang dibawa terlalu jelas songsangnya.

perantara memain peranan seperti si batu api dan tukang melaga lagakan. tingkah ini sungguh tidak digemari dalam hidup biasa. namun dengan sedikit props, perhiasan, gimik yang menarik dan logo syarikat yang kredibel segalanya dilihat meyakinkan dan seolah olah benar.

melodi sepatutnya hanya sekadar hiburan.

Saturday, January 16, 2010

penyampai dan azam yang baru

huru hara sebelum ini di tempat kerja semakin surut. syukur. sebuah syarikat penyiaran radio yang masih terhegeh hegeh dalam industri kini mula melangkah tinggi. pengurusan yang semakin terurus membolehkan idea idea kreatif dan releven terlaksana.

halim othman dan linda onn muncul sebagai penyelamat dan nadi yang baru untuk azam baru bakal terlaksana. dahagakan rating untuk dihormati oleh penaja penaja kapital negara demi survivor di kotaraya lumba. wajah baru mungkin bakal memberi nafas dan isi baru bersempena susur masa yang baru.

pejabat semakin tenang kerana arah tuju mula diatur dan disusun. objektif dan matlamat mula kelihatan jelas di samping sokongan kuasa war war bergelar media yang menyokong positif perjalanan tanggungjawab stesyen muda ini.

semoga segala galanya tenang dan lancar. tahniah suria fm dengan rombakan kabinet terbaru.
suria fm, muzik terbaik tanpa henti.

usrah sebelum khutbah

jumaat bekerja. tidak seperti kelantan yang mengerjakan ahad kerana tidak mahu memperajakan hari gereja beribadah. di bandar berhenti seketika atau waktu makan lebih lama kerana kononnya menghormati waktu solat jumaat.

memilih untuk awal ke masjid kerana tidak mahu sekadar menunai dua rekaat tanpa sunat dan khutbah yang samar dek masih berjalan jalan. berpeluang mendengar ceramah sebelum khutbah menceritakan kisah kewafatan Rasulullah s.a.w dan kehebatan para sahabat menyambung perjuangan baginda.

terharu kerana dalam usrah ceramah itu, imam memperingatkan tentang mati merupakan proses perpindahan dari bumi ke alam kehidupan sebenar iaitu hari akhirat. pesannya untuk bersederhana melainkan kekayaan seiring kerinduan kepada tuhan dan agama adalah satu kebaikan dan keajaiban hari ini.

usrah itu turut memberi kesedaran tentang hidup dunia akan bermakna jika masa diluangkan bersama keluarga dan melakukan benda yang berfaedah untuk hari kekal. katanya jangan terlalu sibuk bekerja dan mencari wang tetapi lupa pada tujuan sebenar bumi dan manusia diciptakan.

diri ini lemah dan leka. beri saja peluang dan ruang untuk ilmu itu hadir walaupun ia sekadar teman di sisi yang hanya berdiam diri.

Saturday, January 09, 2010

konsep hidup

jika kita tahu konsep dalam kehidupan. nescaya kita akan faham dan mampu mengikut rentaknya. tiada banyak konflik dan percanggahan yang akan wujud kerana persefahaman menjadi landasan.

hidup ini untuk ke depan dengan mengambil iktibar hari belakang. hidup ini sebentar, semua kata kena enjoy puas puas. tapi itu kalau tiada hari pembalasan.

hidup dianggap permainan, pertandingan dan peraduan. fahami konsep, fahami prinsip dan fahami perundangan. jika kita tidak mampu untuk menang, tapi kita mampu untuk menguasai dengan tenang.

hingga akhir nanti.