Wednesday, December 30, 2009

kuasa media

anda sumber informasi semua. anda berkuasa menentukan pemikiran marhaein. dan anda juga bertanggungjawab di atas keterpesongan mereka juga.

oleh itu posisikan maklumat yang anda ingin kongsikan sebaik baik maklumat. maklumat yang mampu membawa semua kehadapan maju dan memberi manfaat.

prinsip anda sebagai muslim berbangsa melayu utamakan apa yang harus diutamakan. kalau Kitab katakan kitab. kalau hadis katakan hadis dan kalau adat katakan adat.

kami alukan maklumat tambahan. walau kami dah ada petunjuk utama iaitu Kitab suci.

perang pangkat

kempen kini dah macam perang. nasib baik masing masing takde lesen menembak. kalau tak memang semua dah terluka kena tembakan sesama sendiri.

peluru bedil berganti kata kata kesat. peluru yang mampu melukakan hati tanpa menembusi kulit. lagi bahaya agaknya. dah macam silent death hehehe.

perang dan berkempen untuk jadi ketua. ooo... hari ni kalau nak jadi ketua kena promote diri sendiri rupanya, bukan sebab layak dan dipilih rakyat. ish ish ish.

semua berkobar kobar nak memimpin. kalau dulu semua menolak kerana tanggungjawab memimpin itu cukup besar. hari ini jawatan ketua menjadi rebutan. ada udang di sebalik rojakkah?

oklah... doakan sahaja kepimpinan mana mana itu bagus dan diberkati. amin.

Monday, December 28, 2009

satu malaysia

aku melayu yang kedekut. berkira walau remeh. aku membeli barangan dengan perempuan india. terkenal dengan kebolehan mereka berbicara. walau aku kedekut aku tetap kalah dengan keyakinan mereka.

lalu aku bertanya siapakah yang akan memasangnya. india itu menjawab jacob. ok kataku. tetapi upahnya lain kira. ok lagi kataku.

aku terima satu panggilan telefon. bunyinya seperti lelaki cina yang menentukan masa untuk datang. aku tunggu sahaja. muncul 2 lelaki cina memberi hello di depan pintu rumah. masuk dan terus menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

aku yang kedekut bertanya upah mereka. ayakkk dibukanya dengan harga yang agak tinggi. ditawarkan padaku barang barang yang katanya "yang ini special sikit bos". aku yang kedekut dan berkira tetap kalah dengan kehebatan matematik mereka.

kerja selesai. kami semua berkawan baik kerana berkongsi negara yang sama. aku kedekut dan berkira tetapi aku akur, masing masing memiliki kebolehan yang sama. cari makan ma... di bumi malaysia.

satu hasrat, satu harapan, satu santapan, satu malaysia!

pendekar!

Sunday, December 27, 2009

rockstar malaysia

satu khemah disediakan atas label vip. untuk mereka mereka yang akan menghiburkan hadirin. bakat itu ada. rupa mintak maaf. perangai wow hebat sangat.

kiblat tidak jauh. kerana ada internet. type saja google image terus dapat tiru. kalau nak pergi berkawan dan belajar mahal. kecuali main tikam tikam online dengan air asia.

asap rokok berkepul dalam tempat suram yang sejuk berekon. baunya tak mahal macam cigar di havana sebelah hardrock. baunya macam tongkang yang haram berlayar mencari rezeki ke seberang.

apa yang menarik attitude itu penting. gaya jalan, pertuturan dan pergaulan. sebijik. sebijik dengan attitude turun temurun hang tuah, tok janggut dan ibnu ibnu agaknya. kesian sungguh.

kesiannya kerana orang lain dah berlabuh. kita masih berlayar. berlayar mencari identiti. sampai kesudah masih tak ada. dan masih sukar untuk ditaksubkan. agaknya daulat bangsa dan agama agaknya.

lupa 5 perkara

sibuk sangat dengan mencari nafkah. kononnya mencari kestabilan hidup. untuk hidup lebih bahagia. tapi manusia sering terlupa dan terleka. sehingga ada saja ruang yang diberi untuk dugaan itu hadir.

sakit itu penghapus dosa. peringan beban di kala hari pembalasan. tapi mengharunginya di dunia sangat memedihkan. namun ia mampu membuat kita terus sedar tentang diri ini sementara yang hanya menanti tarikh luputnya tiba.

sakit itu adalah rahmat. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Wednesday, December 23, 2009

I LOVE KB



Berasal dari pantai timur yang terkenal dengan keenakan makanan tradisional mereka membuatkan diri ini terasa seperti demam setiap kali ingin menjamu selera di ibukota.

Mencari rezeki di sini pula sudah menjadi tuntutan ramai perantau yang berasal dari seluruh negara dek habuan yang lumayan dan sangat memuaskan. Biarpun diuji dengan kerinduan untuk berada di kampung halaman.
Solok lada, telur masin dan ulam ulam menjadi inti utama nasi biru bergelar nasi kerabu. Tidak keseorangan, ditemani nasi dagang berlauk gulai ayam kampung, laksam dan pulut durian, menu menu ini sering diidam oleh perantau pantai timur bagi melempiaskan rindu mereka.
Terletak di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur, kawasan yang diwartakan oleh Pentadbiran British pada tahun 1900 sebagai Petempatan Tanah Pertanian Melayu, Kampung Baru hari ini menjadi medan utama petempuran menu menu kenegerian tersebut.
Gelora rindu kini mampu dilempiaskan tanpa membelanja wang tambang untuk pulang ke negeri masing masing. Barisan gerai, restoran dan penjaja kecil mengisi ruang kehendak warga kota yang rata rata asalnya dari seluruh pelusuk Malaysia.

photo:backpackingmalaysia.com

Untuk itu, Kampung Baru juga menjadi pilihan penduduk setempat menjamu mata dan selera di pasar minggu yang menghidangkan jualan pakaian, makanan dan juga barangan kraf.

Misi mencari menu yang dirindui menjadi lebih mudah apabila lokasinya yang strategik diiringi kemudahan LRT selain berlatarbelakangkan pemandangan yang hebat, sehebat bangunan berkembar tertinggi di dunia.

Perantau kini terpujuk hatinya apabila kotaraya besar sumber nafkah hidup yang cukup asing semakin dekat di jiwa dek halaman santapan bergelar Kampung Baru.

Monday, December 21, 2009

angan si polan

tidak tinggi impiannya. arus berombak ingin diturut. walau badan sekecil harapan. tahu pelbagai, erti segala. angan si polan di hina jangan.

tidak meminta langit dan bumi. berpijak di tanah yang nyata menyedar diri si melayu sedu. angan si polan mampu dicapai. membuai hati melambai santai.

doakan saja pohonkan saja. moga ianya direstu makbul. hati hamba tumpang gembira. angan si polan menjadi simbol.

haluan

perjalanan kehidupan. ada mula dan ada akhir. selaput perasaan meliputi diri badan yang lemah dan manja. bergerak ke hulu dan ke hilir. dari gembira menjadi sedih. dari sedih gembira kembali.

kitaran roda yang berputar pusing. di atas di bawah dalam nada makmur yang cukup majmuk. ada jahat dan ada baik. ada hak dan ada yang batil.

satu jalan satu haluan. namun di kiri dan kanan ada hentian untuk berehat, berhibur malah tafakur yang senteng bisa menjadi kufur.

haluan aku dan haluan kita. harusnya sama mula dan juga akhirnya. semoga bahagia mengiringi kita semua. senyum sahaja melambang kita gembira.

kerna Dia

baru terlintas. buat benda kerna Dia. akan ada balasannya. tak kira bila dan bagaimana. kira sudah tercatat Dia itu Maha adil. Dia Maha tahu segalanya. kita hanya setitik air di laut tahunya.

kerna Dia kehidupan kita. aku lalu hidup ini dengan diri sebagai manusia biasa. yang punya lemah dan silap. latah dan gelap. lalui hidup ini dengan cita cita kononnya. perjuangan kononnya untuk kaya dan jaya di dunia.

kadang kadang dan selalu aku alpa. tentang ketentuan dan keadilan itu bukan dari aku. bila aku berbudi dan berkarya aku tagihkan habuan, pujian dan sanjungan. dalam kadar segera. umpama si abu yang senantiasa lahab hidupnya. lupa lupa lupa aku kecewa. aku kata hidup aku duka, hidup aku lara.

aku sebenarnya lupa untuk perbetul nawaitu. nawaitu hidup seharusnya Kerna Dia.

Sunday, December 20, 2009

rock the world 9

MAIN STAGE
LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BUNKFACE, PESAWAT, DISAGREE, YUNA, ONE BUCK SHORT, SATURNINE, BITTERSWEET, BLIND TRIBE, JOHN’S MISTRESS, THE TIMES, SEVEN COLLAR TSHIRT, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, RESTRAINT, MEET UNCLE HUSSEIN, AZLAN & THE TYPEWRITER, BLEEDING MASCARA, MONOLOQUE, KUGIRAN DI TEPI PANTAI, & 2 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

INDIE STAGE
BRAINHEAD, CAR CRASH HEARTS, JOANNA & CO., PRETTY UGLY, SKUDAP SKUDIP, AUBURN, THE OTHERSIDE ORCHESTRA, LABRAT, COUPLE, FORTY WINKS, FREE LOVE, Y2K, STONEBAY, SAM KUMAN, SECOND COMBAT, AN HONEST MISTAKE, ROBOT ASMARA, AKU & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

CHILL OUT STAGE
RASHDAN HARITH, LIYANA FIZI, LURKS, OTAM, MOHD JAYZUAN, KAREN NUNIS BLACKSTONE, BO BEDROOM SANCTUARY, SLOWJAXX, SHARIDIR & NIZAM P, RENDRA ZAWAWI & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR.

itu nama nama band yang akan membuat persembahan. untuk aku yang semakin meningkat umurnya ini. nama nama band ini menjadi semakin hari semakin asing.

kalau dulu semua ini lebih mudah dihafal berbanding mata pelajaran sains di waktu sekolah.

well, demi masa, sesungguhnya aku perlu sedar diri.

Wednesday, December 16, 2009

erti bahagia

manusia dasarnya hamba. dicipta untuk menyembah Empunya. hamba yang rendah dirinya. walau dikurnia segala darjat dan harta.

hari demi hari. dari berbogel kini berfesyen. dari menapak kini bercanyenne. hajat utama hanya singgah beriman dan kembali ke Esa. dengan markah yang tinggi dan tepat untuk kekal ke alam kiamat.

namun di dunia sementara semua semakin hilang pedoman. menjadi apa dan ingin ke mana. mencari erti bahagia hidupnya. hidup yang sementara tak mahu ditangisi. hidup yang sementara semuanya mahu tersenyum. senyuman gambaran gembira. gembira kerana bahagia.

terkapai kapar mencari erti dan bagaimana cara untuk bahagia. segala konsep dinyata. katanya dengan kaya, dengan selesa kita mampu bahagia. ada yang kata tak perlu kaya, tak perlu selesa untuk bahagia.

pucuk pangkal, diri hina ini ingin lahir dan pergi dalam senyuman. tunjukkan aku jalan yang lurus. jalan yang membantu buatku senyum. senyum kerana bahagia.

baik bukan bodoh

ramai yang salah faham terhadap manusia yang ingin menjadi baik. baik seperti nabi yang mengalah dan suka berlembut. baik tutur bicara dan berkata kata. bukan seperti si jahil setan yang sudah nyata dilaknat tuhan yang esa.

sifat setan tidak pernah putus asa untuk menghasut. menghasut manusia manusia yang berhasad dan berperut jahat untuk terus menjolok dubur harimau yang sedang tidur. menjolok sarang beribu tebuan atau mengetuk kepala si ular tedung.

baik dikatanya bodoh. sedangkan si bodoh sebenarnya mencari nahas memperbodohkan diri membuat kerja kerja bodoh. mengundang ramai menyertai gerombolan setan jatuh menjatuh sesama insan. mengurangkan bilangan ahli ke syurga bersama nabi.

posisikan dirimu

adaptasi dalam kehidupan. untuk berjaya dan dilihat seperti bergaya. perlu pandai memperagakan apa yang ada.

itu yang terjadi pada mereka yang kelihatan tidak seberapa tapi perginya mencanak canak ke udara. apatah lagi si cun melecun persada hollywood yang tahu meletakkan diri mereka dengan harga yang sepatutnya.

expresikan dirimu. posisikan dirimu sebaik baiknya.

Tuesday, December 15, 2009

liat dan leka

musim sibuk semakin tiba. dikurniakan aktiviti umpama rezeki yang mencurah curah. itu dan ini harus dilaksana bersama minda yang semakin hari menuju tua. lupa pula semakin muncul.

dalam sibuk menyusun atur aktiviti dunia yang terus berterabur. badan semakin berat dan liat bila hati terdetik dan masuk waktu.

itu yang paling ditakutkan. sedar atau tidak sehari hari yang berlalu. menuju kejayaan semakin lesu. liat dan leka dek hasutan mereka mereka yang durja.

tuhan tolonglah permudahkan perjalanan ini.

kagum dengan iphone


sekadar bercerita dan berangan. itu aku dengan angan angan mat jenin ku terhadap gajet. lebih baik aku simpan duit untuk susu anak dan makan keluarga hehehe. tapi hati ini sentiasa bertiup kencang bila hadirnya gajet baru.

baru saja selesai demam blackberry yang berakhir dengan membelikannya kepada kaum keluarga. kini muncul pula kemaruk iphone. salute untuk mac dan mac user. setelah menggodek godek kawan kawan punya. aku terpaksa kagum dengan aplikasi yang dimilikinya.

sangat sesuai bila aku mengalami mode anti sosial secara tiba tiba. iphone mampu menyelamatkan kita dari bersembang dan melayan manusia manusia yang sia sia. aplikasi yang dicipta atau tercipta sungguh unik dan istimewa.

sekeping besi sebesar tapak tangan mampu mendodoi pemiliknya umpama video game dimain di tv. aplikasi yang direka bisa mengheret pengguna terbang ke alam fantasi mereka.

paling aku jatuh hati dengan aplikasi sesempoi menjentik kertas ke dalam tong sampah di pejabat sambil diganggu oleh tiupan kipas. satu lagi aplikasi ialah cara memegang kord gitar yang sebenar dan memetik iphone yang menghasilkan bunyi kord. damn... disaat sangap... anda mampu memetik gitar, feel bermain gitar, menghasil bunyi gitar tanpa memegang gitar.

aku terpaksa kagum dengan iphone.

Band press kits
Quantcast

Saturday, December 12, 2009

politikah

dia tidak bersalah. pengamalnya yang pelbagai wajah. mengadun kisah menafsir wadah menjadi madah kian parah.

dulu dulu berjuang dengan jiwa. mengangkat bangsa kerana wibawa. tulus dan ikhlas menjadi pedoman. semua ke depan berjaya sakan.

hari ini sukar sekali. berjuang juga mengharap budi. apatah menyokong melihat beli. taburnya lebih di situ berlari.

ingin bermadah kenalah gagah. gagah di mulut dipoket tumpah. barulah engkau pejuang hebat. baru ku sanjung baru ku hormat.

Friday, December 11, 2009

semangat bangkit

hidayah dan cahaya tercetus di minda untuk terus berjaya dengan gaya. pengalaman dan pengajaran menggerak hati untuk berfikir dengan matang untuk cemerlang. insyallah Dia tetap penentu jalan yang terang.

bangkit untuk berjuang mengatur diri bertemu hidup tersusun rapi. menyusun atur kisah duka dan suka semalam, hari ini atau besok masih ada. semoga bangkit dengan semangat dan semangat tidak akan hilang.

syukur Dia membuka hati untuk bernafas dengan hati yang segar. meresap aura kutukan sinis taulan penghasad memangkin jiwa menjadi murni. melihat depan dengan terang sinar menyuluh hidup luhur. semangat bangkit selagi nyawa dikandung badan sebelum pulang mengadap tuhan.

tidur itu penutup cerita

jika bisa kita menafikan segala gala yang melukakan mata dan mencalarkan hati. memupuk benci dan iri hati. langsung kita menutup mata umpama tidur. kerana itu penutup cerita dunia buat sementara.

bacul dan busuk untuk berdepan realiti kehidupan yang tidak semegah. hilang arah menyentuh hidup menjadi indah. kerana buta di hati menghadap tuhan memohon berkat mencari hasrat. lalu jalan yang singkat mula dipilih malas berjuang terus menagih.

tidur itu penutup cerita bagi si lemah pengalih bahagia.

Thursday, December 10, 2009

gerakan menjatuh

pertandingan semakin kuat dan semakin banyak. gerakan menaik hanya sekadar menyukarkan lagi pertandingan. masing masing kini juga bercita cita. masing masing juga mahu bicara soal juta juta.

pendedahan terlalu banyak. melalui pelbagai cara. tentang cara menjadi juara. juara memimpin, juara popular dan juara kaya. impian dilihat semakin mudah digapai. kononnya lebih mudah jika kurang pertandingannya.

gerakan menjatuh semata mata bertujuan mengurangkan lawan yang ada. untuk lebih mudah si lawan lain mencapai cita menjadi juara. juara segala gala.

jangan harap untuk bicara gerakan menaik sesama kita kerana itu hanya bakal menambah hasad dengki membulu mata.