Friday, October 30, 2009

berangan lagi

Mangkuk betul mamat ni. Dia pergi eksiden pulak kat tempat dia. Tercalar sikit jer pun, sebab lari dari paparazzi. Tapi awak tu dah la top artis dunia. Dah citer tu jadi berita seantero.

Sekarang tak pasal pasal aku tau rupa dan gaya lu naik moto macam mana. Aku ngan lu ni memang pantang la. Pantang tak berangan nak jadi lu.

Sekarang siapa yang susah. Aku jugak yang susah sebab nak kena berangan cari motor macam lu. Pastu bini aku jugak yang susah hati sebab laki dia bawak motor.

Sah sah kau naik kereta kebal ke... Steam roll ke jadi trend. Inikan pulak motor yang klasik lagi cool. Lain kali jangan eksiden. Takde orang akan tulis berita kau. Sure aku tak berangan punya.

Brad Pitt... Brad Pitt... Berapa kali aku pesan kat kau.

Dhani The Swinger



berpeluang untuk hadir pada perlancaran album terbaru Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19 Indonesia berjudul 'Muhammad Dhani & The Swinger' di Bangkok Jazz Kuala Lumpur. Dakyah baru yang cuba ditanam ialah dia merupakan pelopor 'pioneer' genre Jazz mahupun Swing di persada nusantara.

Seperti biasa, dia kekal bongkak dan hanya bercerita tentang dia, dia, dia dan dia sahaja. Bagi aku yang hampir menyembah dia, Muhammad Dhani & The Swinger hanya merupakan karya tumpul 'cover his ass' untuk hari tua yang semakin pancit dan tidak mahu lagi terkinja-kinja.

Ujarnya, album ini lebih kepada idealis dirinya sendiri atau dalam kata lain, album syok sendiri. Akurnya dia bila terpaksa berbelanja dengan wang ringgit sendiri sambil lagu lagu yang diremake kembali pada nada swing adalah lagu lagu kegemarannya sendiri.

Namun awranya dilihat semakin kuat di Malaysia apabila, kini peminat peminat barunya adalah terdiri daripada golongan golongan yang suatu ketika dulu mungkin tidak akan menerima Ahmad Dhani Dewa 19 dan juga The Rock.

Muhammad Dhani & The Swinger terbukti menyelamatkan kariernya sambil meletakkan namanya bersama pendengar muzik jazz dan swing yang rata rata terdiri dari golongan atasan dan elitis.

Wednesday, October 28, 2009

munafik jika tidak berpoligami

adoyai... letih sungguh fahaman dan ajaran si muhammad dhani sekor ni. konflik rumah tangga dibuatnya. ilham mana entah datang tiba tiba membuatkan dia buat statement sebegini.

lagu dan karya seni dia terlalu hebat untuk i.q serendah aku. mengagungi dia adalah harus bagi umat melayu ini yang turut meminati seni muzik dan jiwa sebegitu.

namun kontroversi terbaik membuatkan diri ini terduduk seketika dan berehat sebentar dari terus menyanjungi beliau.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/10/26/mstar_hiburan/20091025122436&sec=mstar_hiburan

binatang dalam kita

bayangkan kita adalah manusia terkaya di muka bumi. segala benda mampu kita beli dan miliki. terutamanya jika ada yang bercita cita untuk membeli kelab kelab bolasepak ternama di dunia.

bayangkan kita memiliki wang yang tiada hadnya. apakah 3 binatang yang ingin kita pelihara?

1. binatang pilihan pertama : menggambarkan perwatakan yang kita mahu orang fikirkan.
2. binatang pilihan kedua: menggambarkan perwatakan kita yang orang lain fikirkan.
3. binatang pilihan ketiga: menggambarkan perwatakan kita yang sebenar.

pilih 3 binatang sekarang dan anda pasti kenal siapa diri kita sebenar.

apa binatang dalam hidup kita?

bila judging a book by the cover

'meeting', perkataan yang memang asing bagi mamat kampung ini 20 tahun lalu ketika riang riang berlari lari di kawasan perumahan rumah kami. hari ini, situasi itu sekerap ruji ke tandas yang dijemput berkali kali.

semalam, berpeluang ber'meeting' dengan orang besar akhbar kegemaran arwah ayah 'the star' bagi membincangkan mengenai akhbar bahasa melayu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

hamba ini tampil dengan jeans koyak, bertshirt band hitam, dengan converse menyarung tapak. tidak lupa rambut kerinting menyelaputi kepala juga kaca mata selenga peneman mata. betapa diskripsi itu menggambarkan betapa cikainya individu ini.

sesi perbincangan rancak berjalan. idea berterabur di meja mencari kata tagline untuk akhbar mingguan terbaru versi malaysia. sehingga giliran suara ini berkumandang tiada sesiapa yang menghirau waima mengambil kisah sumbangan maklumat yang cuba dikongsi.

diri ini sedar kerana mereka mereka berlabuci di kepala mahupun berbaju kot berfabrik mewah tidak mungkin ambil peduli. diakhir majlis senyuman dan bualan mula disahut setelah kad nama diserah bertulis creative producer,"ooo... for sure you can give us creative idea la...."

bila judging a book by the cover... itulah manisnya.

Tuesday, October 27, 2009

bayi vs kereta

situasi berlaku di kawasan orang orang kaya tinggal. waktu pula jam 9 malam. ada yang baru balik kerja dan mungkin ada yang baru lepas makan malam.

ibu dan ayah dan mungkin saudara mereka sedang menolak kereta sorong bayi untuk melintas jalan raya yang tidak terlalu sibu tetapi tidak terlalu tenang. cuma ianya agak kelam kabut kerana ada stesen minyak dan satu lorong keluar.

mereka terperangkap di tengah tengah mengharapkan dengan mudah diberi peluang untuk terus melintas. alangkah hebatnya rakyat malaysia yang terkenal dengan budi bahasa serta nilai murni amalan hidup kita, malaysian airlines = malaysian hospitality, bersalaman sambil meletak tangan di dada tanda welcome dan adat resam yang tinggi dalam setiap kaum.

tiada sebuah kereta pun yang memberhentikan kereta mereka memberi peluang keluarga tadi melintas jalan. masing masing memperlahankan seolah olah memastikan keluarga itu tidak melintas dan sebaliknya membenarkan kereta kereta itu pergi terlebih dahulu.

mungkin kesemua mereka yang memandu tadi terkena cirit birit. kerana dengan berhenti selama 12 saat dan membenarkan keluarga bayi tadi melintas, mereka akan terkincit di dalam kereta lantas tahi tahi cair mereka tadi tepercik ke muka lantas dijilat kerana begitu bangga mereka mampu berak di dalam kereta sambil berlalu mentertawakan bayi tadi yang hanya berjalan kaki di jalan raya.

budi bahasa amalan hidup kita.

Monday, October 26, 2009

konspirasi murahan

selalu begitu. perjuangan kecil kecilan menentang kezaliman. tak kira di mana zalim berlaku. ingin ditentang sepenuh hati, perasaan dan emosi. tubuh dan jiwa kecil ini sering meronta bangkit berjihad mencari sempurna.

maka timbul konspirasi murahan dianggota mereka yang tumpul semangat sekadar syarat. namun niah dan azam tetap kuat walau dirasuk melayu perlahan berjalan segan.

akhir kata mereka pecah bertabur kecil meratap hati. membawa diri mencari paksi. nasib yang sama di mana mana paksi dicari, paksi ditemu tetap paksi penipu.

Sunday, October 25, 2009

EH!

Party Ulangtahun 10 Yang Anggun untuk majalah EH! berlangsung dengan penuh glamour meraikan pembaca pembaca setia mereka. rata rata pembaca berdemografi Young Executive Urban area. Tahniah diucapkan kepada Blu Inc, penganjur yang begitu hebat bergaya.

Camelia, Ella, Rozita Che Wan, Fasha, Tg. Azura, Fazura, Dato Siti, Maya Karin, Nasha Aziz dan Diana Danielle merupakan 10 Yang Anggun pilihan majalah EH! Pilihan mereka agak tepat dan bersesuaian. Terbukti itu kepakaran mereka.

Namun manusia tetap hebat mencari cacat cela. Dan ada beberapa saja kekurangan acara tersebut yang mengusik hati ini.

Kehadiran peminat melebihi kemampuan lokasi menampung bilangan.
Panas yang terlampau yang merubah sebuah kelab pub bistro megah CENTRO kepada sebuah sauna dan pusat kecantikan pemanas badan.
Kelam kelibut reserve seating yang tidak mengambil berat pihak media yang berpotensi memberi milage kepada penganjur mahupun artis yang hadir.
Sikap ajk pendaftaran yang membelakangkan ajk penganjur bersama dengan tidak menjaga kebajikan masing masing.

Namun segala-galanya mampu dihurai selesai jika sikap ignorance lenyap dalam diri setiap insan.

Waima obstacle yang melanda, EH! Tetap Maintain Anggun. Keep it up guys.

Saturday, October 24, 2009

lesu untuk berhibur

lagi bercerita soal usia. kuat sangat terasa lemahnya anggota. terutama ketika ingin melakukan kerja kerja. walaupun dalam tema acara yang gemilang ceria. badan ini seperti ditarik tarik untuk berbaring di katil sahaja.

lemah dan tidak semangat walau perkara perkara berlangsung di venue yang megah bergaya. bicara tentang segala kelab mahupun penaja berjenama. badan ini mengalah untuk alpa di rumah bahagia.

salam perpisahan buat dunia hiburan yang ingin ditinggal perlahan demi perlahan.

600 ribu ringgit untuk sebuah motor

memang tahap gaban minat mereka ini. jentera beroda dengan harga sebegitu rupa. memang sah fanatik atau orang kaya gila.

kalau di hometown aku 600k mampu terbina sebuah mahligai syurga berbilik 10 beranak 20 gayanya.

tapi itu dinamakan kepuasan dengan tahap yang berbeza. kejayaan di paras yang diluar duga. serpihan kisah hidup di negara kita.

nipis saja jika dibanding mereka di UAE atau pemain bola bertaraf dunia.

gua bajet lu punya bajet memang sempoi

sedar diri pemilikan kuasa yang rapuh dan mudah runtuh. pembentangan bajet dilihat sungguh selamat dan teliti mesra. memilih jalan untuk digemari jelata.

anyway whatever nawaitu waima ulterior motive, segala terucap dan tertulis kekal diaplikasi. jika selalu majoriti rakyat yang menanggung buli, kali ini kerajaan konon menanggung rugi.

atas modal rakyat didahulukan. bajet ini adalah bajet rakyat. memang sempoi.
memang gua bajet lu punya bajet memang sempoi.
lu tadbir negara dan buat lawak pun dah macam A C ?

ducati events oleh naza

naza cukup kaya dan hebat dalam menjayakan events ini. melancarkan model ducati street fighter terbaru dengan penganjuran party yang begitu happening bersama warna tema logo ducati iaitu merah putih.

namun seperti biasa, kehebatan cara globalisasi bersuka ria, air air itu dijamu secara percuma. rentak lagu berdentam dentum juga sudah cukup untuk menggoncang kepala kepala pemilik ducati, ferrari mahupun si kaya bermotor chopper.

tidak mampu untuk menghayati, aku yang disarung sweater vespa lebih sudi meneguk teh tarik setelah melangsaikan tugasan yang disaran syarikat bekerja.

tahniah untuk naza atas kelancaran acara.

Thursday, October 22, 2009

jika mampu aku carut dengan halilintar

laknatnya sikap mereka mereka ini yang nyata sial juga sifat budi nilai hati benak. sial insan insan yang celaka tidak mulia menilai nafas dan nyawa umat lain terutama mereka bergelar anak kecil kita.

tergamak tangan kotor bangsat si sial hanjing menyentuh jamah meluka tubuh budak yang tidak kenal erti neraka. suci mereka menghadap syurga dibiar hidup bersama sial sial celaka melakar pedih tubuh murni anak anak kecil milik Yang Esa.

jika mampu aku mendoakan hidup hidup si sial sial ini dicarut dan direjam bagaikan panah lintar merentas badan hanyir mereka yang menakung darah jahanam hidup selama seketika meminjam harta tuhan berkuasa.

kau calarkan anugerah DIA umpama kau lukakan hati seluruh umat jelata. jika mampu aku menderhaka, akan ku hancurkan anggota sifatmu satu persatu agar engkau tahu erti berderai pecah hati aku meratap sanggup kau merobek tubuh si kecil suci yang tiada berdosa.

semoga Allah dapat membalas.

kreatifnya aku

dibawa berjumpa client untuk meyakinkan idea syarikat itu gempak dan mampu dijual. rasa seperti peguam pula. diberi peluang untuk merapu dan memberikan gambaran terbaik kononnya dalam memasarkan produk dan kempen mereka.

dengan vokal dan gaya persembahan tangan senada adlin aman ramli. melayu kampung ini berjaya membuahkan pemikiran yang kononnya berseni kepada bangsa lain yang selama ini memandang jauh ke bawah umat takkan hilang di dunia ini.

kepuasan dan riak kecil mula terbit dalam melangsaikan kerjaya yang sebelum ini terumbang ambing nilai penghargaannya.

syukur aku dikurnia minda gila ungkapan arwah terhadap dunia seni kreatif jiwa.

kalam perdana

tidak pernah ada hati untuk mencuba bakat yang kurang yakinnya pada arus perdana. mampu menglipur dan berkarya yang sederhana indahnya sahaja.

aku cuba mencuba bercerita lama kenangan tokok dan tambah untuk dilihat megah di laman perdana milik air asia. blog.airasia.com diberi nama.

percubaan santai yang menikam tiket untuk ke motogp berjudul 'my wildest ride' dan terkena tikaman itu untuk menghadiri di grandstand utama.

tembakan itu mengena. karya itu terpapar pada dada laman coretan yang semakin popular. penglipur ini hanya mencuba dan terus mencuba. dalam menghayati nafas ketika masih ada.

kalam jumud ini kini cuba hadir jolokan kalam perdana.

curiga

bila ada bisikan dia. maka curiga muncul mengusik jiwa. mengganggu kekukuhan tiang terbina. hati ini harus kuat dan iman itu main peran.

tawakal saja pada pemilik moga redha temani kalbu.

hadir curiga menguji hati yang cuba mengukuh jambatan kasih cinta demi dia pencipta kita. tepuk dada tanya selera dan jangan kau hampiri jahil jika itu perapuh batil.

Monday, October 19, 2009

aman malaysia

baru setepet ilmu mengembara ke luar negara tetapi masih tercari cari negara negara lain sehebat malaysia. hebat menyatukan segala menu di seluruh dunia hanya di satu foodcourt sahaja. foodcourt itu pula berada di mana mana di negara ini. yang paling menyukurkan ialah semuanya halal.

murah pula dibandingkan dengan segala negara di dunia yang menyajikan menu yang sama. ada juga meletakkan harga yang gila hanya kerana menu itu menu yang unik di negara mereka.

amannya malaysia bila pelbagai bangsa hidup bersama tanpa sebarang benci cela. selain dihasut atau disuntik hasad seketika masa oleh mereka yang tidak bahagia.

terbukti bila segala macam bangsa dunia mengharamkan diri memijak di bumi malaysia tercinta atas dasar mencari kerja. tidak pula rakyat negara ini kecoh menghalau mereka kerana masyarakat di sini bergeliga walau digelar dunia ketiga.

indahnya hidup tanpa sebarang perang, ganyang, gempa mahupun celaka akibat restu dari Tuhan yang Esa. biarlah malaysia terus aman dan bahagia sehingga kau seru israfil meniup sangkakala.

tunjuk power

pethatic - bila kita mengenalpasti tindakan atau perlakuan yang disengajakan. dengan niat mengharap reaksi tertentu. yang paling kesian bila ianya adalah usaha untuk menunjuk kekuatan yang terang-terang disedari oleh sekeliling sebagai sesuatu yang sia sia.

ini kerana terbukti ada pertelingkahan peribadi semulajadi dan juga perlakuan yang dibuat buat tadi.

lalu wujud perasaan tidak hormat dan memupuk kebencian terhadap mereka mereka yang pethatic ini dan jelas melanggar kehendak Esa untuk menidakkan permusuhan sesama insan.

penang

melihat dari kacamata ingin memiliki. sesebuah negeri atau negara memiliki kelebihan tersendiri. kurniaan Esa dari segi geografi mahupun demografi. namun bagaimana diaplikasi dan siapa kini yang mengemudi.

kelekaan kerajaan persekutuan memberi peluang kepada pulau mutiara ini dikuasai oleh pembangkang parti. sedang aku mengkhuatiri apa sangat yang dimahukan pada sebuah pulau yang kini menjadi nadi.

usaha kerajaan besar menakluki tertumpu kepada dun dun ketot kemetot yang memberi kepuasan sorakan untuk bergaduh sesama psychography. sedangkan seluar terlondeh untuk memerhati sebuah negeri yang berpotensi menakluki selat selat laluan ekonomi.

masih tidak mahu belajar dari kehilangan singapura oleh PAP. dan kini melempias kebodohan yang sama terhadap penang kepada DAP.

lubuk itu tetap lubuk. negara yang dulu lengkap memiliki segalanya baik dataran, kuala dan juga pulau kini bakal hilang anggota.

melihat penang dari kacamata rakyat yang perihatin. penang sebuah pulau ekonomi nadi negara yang harus dimiliki.

memandu marathon

dari penang ke kuala lumpur. memandu dalam suhu mengantuk dan letih dari percutian yang mencabar dan mengembirakan. tetapi dikejutkan oleh beberapa teguk nescafe classic.

berjaya menamatkan perjalanan pada exit tol jalan duta.... blueekkkk 3 jam lebih... wuhu kereta yang banyak dan meriah selepas pulang beraya vathukal.

masuk pula ke highway DUKE... memecut pantas kerana tidak sabar untuk menjengah rumah yang ditinggalkan selama hampir 5 hari. dan apakah nasib ikan puyu ku terpaksa berpuasa 5 hehehe...

selamat tiba. dengan pantas dan cargas memandu ke ampang point untuk membeli hadiah kepada adinda ke 5 yang menyambut harijadi pada hari yang sama dan menanti di rumah bonda di putrajaya. alamak! ampang point takde... langsung ke KLCC butik nike mencari jersey MU. opocot! dah habis... adoyai... ok... mengangkat sweater yang agak gempak juga designnya berbanding LIV...

vroooommm!!! memecut ke arah jalan Tun Abdul Razak untuk ke highway sungai besi - seremban. dalam masa setengah jam tiba di putrajaya dengan rasa yang cukup lega langsung mentekedarah jamuan makan yang telah disediakan. singgey, budu, petai, tempoyak yang melempiaskan nafsu kelaparan pengembaraan.

alamak! harus memandu pulang ke rumah. memecut lagi dengan pantas kerana apa yang dibayangkan hanyalah bantal yang empuk di atas katil.

krooohhhhhh zzzzzzzzzz akhirnya... dengan selamat.