Wednesday, October 05, 2011
Kontraktor Bangang
Mungkin kerana trend dan kurangnya ilmu. Ramai pakat dok nak ikut jadi pembina pembina. Yang dinampak adalah benda benda best saja. Untuk cepat, sedap dan margin penipuan yang tak kurang hebatnya.
Namun kisah mereka semakin bangang bila bangunan yang dipilih ialah sebuah masjid yang mulia. Sepasang mempelai bersatu atas dasar kasih dan niat kerana Dia yang satu umpama masjid cantik yang lebih perlu diperhatikan keperluan kekal mulianya.
Salah faham, salah niat dan salah nafsu, jadilah masjid masjid yang roboh dan hodoh pandangannya. Budaya budaya ini semakin popular atas dasar pendek akal dan pendek kesabaran mengekalkan keutuhannya. Maka terlahir mereka mereka yang sengal bergelar Kontraktor Bangang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
korupsi desperado
Tuesday, October 04, 2011
Miki: Sesah Tok Guru apatah marhaein
Kartunis bergelar Miki tampil menggegarkan akhbar utama negara sekali lagi dengan lukisan mencabar minda beliau.
Apalah sangat karakter karikatur terbaru ini setelah kayu ukur keberanian dibuktikan melalui kartunnya sebelum ini yang cukup berani mempersendakan tokoh yang terkenal dengan kewarakannya.
Apa mesej yang cuba diketengahkan atau apa penjenamaan sahsiah diri yang sedang dibina kartunis ini.
Well, anyway, it is something.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, October 02, 2011
Gomeng dan Gowasta
54 tahun sudah berlalu, umpama umur seorang tua yang menunggu hujung. Apa yang dicapai si tua itu. Harta, nama mahupun kuasa. Begitu juga budaya kerja. Tertubuh pentadbiran mengatur rakyat. Rakyat bersatu bumi terangkat.
Namun dalam jalan untuk bersatu dua budaya bertembung hebat. Satu, sepekat kelat kaki berkarat. Lagi satu, ringgit dikejar sepantas kilat. Hidup jelas ada datelinenya. Umpama susu pekat dalam tin yang masam busuk jika ternyanyuk.
Terlalu santai mengheret tubuh bumi merdeka dijajah utuh. Harus seimbang tugas dijawat agar kejayaan dicapai sempat. Dua budaya bertembung silang. Menyalah pandang menyalah wayang. Matlamat dikejar bermaksud tekad. Ingin terbang walau terlipat.
Selagi budaya budaya belum bersatu kaulah Gomeng dan kaulah Gowasta.
Realiti Sejuta Impian
Apa yang penting, wang yang diperolehi oleh peserta adalah berdasar proposal yang agak relevan dan mantap mengikut keadaan semasa. Juri harus 99.9% memahami situasi dunia. Apa yang dipinta peserta itu benar atau sekadar mengada-adakan cerita.
Sukar juga tugasnya, tapi paparan yang dilihat umpama membuka pekung di dada penggubal dasar negara. Rancangan ini dilihat nilai bolos pentadbiran kerajaan bisa dibongkar rakyat bergelar peserta ialah RM1juta untuk satu musim penerbitan.
Apa tidaknya setiap kertas kerja yang dipersembah bagaikan tiada wakil wakil rakyat melakukan tugas mereka. Seciput RM10,000 diperlu dalam projek pemohon dengan impian membasmi kemiskinan sekelumit penduduk di seperosok kawasan dalam negara.
Di atas kertas Sejuta Impian umpama rancangan mulia pemurah luah mengagih RM1juta teratur celik. Siratan ditafsir banyak lagi lubuk lubuk buaya yang belum tertimbus membongkar Realiti Sejuta Impian.
Sunday, September 25, 2011
Tandus Hero
Sejarah negara janganlah diubah, janganlah sekongkol merubah sejarah negara. Video klip dan filem wadah baru pemujuk ideologi. Desperado tandus kesuntukan masa. Langkah angkuh dan gopoh merebut peluang yang ada. Apa cerita pemantau kita, apa cerita penaung bangsa.
Jangan kasar dalam berpropaganda. Kalau dah kemaruk nak tunjuk lagak, masakan musuh diangkat bongkak. Menjadi lambang penyatu rakyat, yang konon mengharap rahmat penjahat.
Bertabur-tabur kempen dianjur. Ke sana ke mari bersohor sohor. Dah macam tak ada hero yang wajar. Petualang negara juga yang kau kejar.
Tandus hero itu umpama negara yang hanya dihuni mereka yang sia sia. Simpati membawa mati.
Hari Tanpa Plastik 20 sen
Apa punca masyarakat yang seolah-olah menafikan hari yang begitu penting sebegini. Mungkin kerana harganya terlalu murah yang tiada jauh bezanya dengan harga sebelum ini iaitu percuma.
Dicas 20 sen ke atas satu beg plastik tidaklah dirasakan begitu berat jika dibandingkan kecelaruan polisi dan imej penggubal dasar yang harus diratap setiap saat. Kepimpinan melalui tauladan terlampau dipasak dan terpasak di kepala semua lapisan insan. Sedikit silap walau sehalus zarah tetap dibilang tidak sempurna dan sudah diangkat sembah menjadi kayu ukur amalan kehidupan.
Lantas walau kempen yang amat memberi makna untuk bumi yang semakin usang ini akan sentiasa dipandang remeh kerana minda minda remeh ini juga masih belum bersedia untuk melihat kebaikan laksana kuda kuda lumba yang fokus berlumba di gelanggang lumba.
Loophole yang harus dikambus, penggubal dasar harus dinobat sebagai tauladan dan marhaein harus aktif berpositif demi kepentingan diri dan masa hadapan. Kunci utama yang harus dileburkan ialah kepentingan diri dan PHD (perasaan hasad dengki) yang menular tinggi.
Selagi tidak dilaku, mungkin semakin hari semakin kelakar dasar yang harus digubal. Hari Tanpa Plastik 20 sen mungkin akan menjadi Hari Tanpa Plastik RM2k. Macam-macam boleh jadi kalau dah tak sedar diri.
Sunday, September 19, 2010
Juara
Namun dalam menyampaikan khabar berita, kenapa harus ada unsur kemenangan tanpa disogok kebenaran dan ketepatan. Hanya untu dilihat sebagai pendahulu penyampai?
Lantas? Apa yang dicapai?
Ini contoh pesanan ringkas atau sms tersebar tentang kisah pemergian artis terkenal M.Rajoli. Kenapa harus tampil keralatan dalam berkongsi kisah kecil penyampai teladan?
Messages:
---------
Info mengelirukan, semoga panjang umur: AL-Fatihah M rajoli menghembuskn nfs terakhir lewat ptg td..Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
Info mengelirukan, semoga panjang umur: Maaf,maklumat mengelirukan ttg M.Rajoli,dari buat masa skrg sy menarik blk kenyataan I sy perolehi & fowardkan daripada azuan melodi yg diperolehi dari Huda News TV3.Belum pasti status M.Rajoli.Harap Maaf.
Sent via BlackBerry from Maxis
Monday, September 06, 2010
Dakwah mereka
Termasuk oleh umat islam sendiri yang semakin moden hanya menjadi sebagai pengguna sahaja. Sukar dan kurang arif apatah lagi untuk mencetuskan aplikasi atau medium baru untuk diikuti puak lain.
Sedar atau tidak, mereka kini halus dan cekap berdakwah supaya memesong ummati yang sedia peluk agama keturunan agar menuruti mereka. Sehalus penceritaan, seindah gambaran dan semerdu bunyian untuk ummati jadikan ikutan.
Dakwah mereka lebih teratur dalam masa kita terhegeh-hegeh mengatur dakwah dalam mencatur.
Wallahu'alam
Sent via BlackBerry from Maxis
Saturday, September 04, 2010
Maaf Zahir Batin
Dengan rendah diri ingin mengucap salam lebaran penuh kemaafan sempena hari mulia kurniaan Yang Esa.
Selamat Hari Raya Aidifitri 2010
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, September 01, 2010
Aidilfitri 2010
Syawal menjelang merai kemenangan. Menang berjuang berlapar dahaga. Menunai korban tuntutan Yang Esa.
Sekali lagi aidilfitri tanpa ayahanda. Sedih berpisah ramadhan. Sedih juga merindui dia. Moga aidilfitri ini tetap gembira walau secebis merai juang ramadhan.
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, August 25, 2010
Kematian
Syukur buat mereka yang pergi terdahulu di masa yang lain menanti giliran. Giliran yang dinanti dihadiri ujian dan godaan supaya leka dan terbabas untuk kita kekal bebas dosa hidup di dunia.
Umpama lirik lagu 'pergi tak kembali' ... "Setiap insan, pasti merasa saat perpisahan terakhir..." Hari ini juga baru saja seorang teman bergelar balu di usia yang cukup muda. Suami kembali kerana penyakit kanser.
Apa kisah yang tuhan tentukan untuk mereka dan kita pelajari. Hanya Dia yang mengetahui. Sedih itu perasaan, gembira itu perasaan. Sayang itu hanya pada tuhan. Insyaalllah hadapilah dengan senyuman.
Sent via BlackBerry from Maxis
Tuesday, August 24, 2010
Tarawikh: Tidak Sukar
Rupa rupanya ianya mudah sahaja. Bila berfikir dan bertenang yang segalanya adalah dari hati. Hati yang suci ikhlas mengadap Dia.
Tarawikh itu tidak sukar. Ianya umpama isyak dilaksana 3 kali dan ditambah witir 2+1. Tiada yang sukarnya insyaallah. Mungkin jika minda ini sudah dipasak dengan pelbagai adat bangsa yang tiada kena mengena agama.
Tarawikh itu tidak sukar.
Sent via BlackBerry from Maxis
Ramadhan 2010
Lapar dan dahaga bukan lagi menjadi isu. Bazar juadah bukan lagi matlamat utama. Tiada masalah untuk terasa letih. Kerana ini adalah untuk Nya yang esa. Jiwa semakin mudah untuk menyujud dan patuh pada yang Satu saja.
Alhamdulillah, alam dan manusia juga semakin tenang. Tenang dan hormat pada bulan yang sangat unggul. Penghulu segala bulan. Syukur alhamdulillah, alam dan manusia juga semakin sedar bumi ini bukan milik mereka.
Ramadhan semakin indah, bila anak yatim kekal disanjung. Yang fakir kekal dirai. Alhamdulillah yang susah kekal dibantu.
Ramadhan 2010 kekal ramadhan yang indah.
Sent via BlackBerry from Maxis
Sentap!
Lemahnya insan bila sentap kemarahan itu menguasai kesabaran dan ketenangan yang berkuasa pada asalnya.
Oleh itu ruangan cetusan harus disediakan supaya hembusan api kemarahan itu semakin kurang dan mengalir keluar menyejuk jiwa tinggal.
Sentap pada tempat yang berhak dan tetap. Supaya ia sama berentap!
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, July 21, 2010
Pincang
Pincangnya berparti parti sampai bertanding tanding sesama sendiri membukti siapa hebat. Sedang bangsa lain menelan bumi kita juga menjadi barua mengiakan karutan mereka. Sedih tetapi tiada daya untuk berbuat apa kerana kuasa terletak pada mereka yang berjaya di atas.
Ekonomi
Pincangnya bila ilmu berniaga tidak diterap sesungguh sungguh. Gerai kecil bangsa dirobek robek beria ria. Paling sedih oleh bangsa sendiri. Sedang pada masa yang sama kita dituntut untuk terus gemilang sambil hak dirampas halus.
Agama
Usah buat terkejut kerana sejak azali kita dipincangkan oleh musuh sejati Adam. Pincang itu pasti cuma akal dikurnia untuk mengurangkan dan mententeramkannya.
Sukan
Sudah tentu pincang itu kerana ianya lumrah pertandingan. 'Best Man Win' tanpa perlu pertimbang pasukan kita atau lawan. Matlamat bakal menghalalkan cara, kerana itu adalah budaya.
Hiburan
Ia sebenarnya sampingan hidup bagi mententeram tekanan yang direka. Namun ianya juga menjadi medan pertempuran perebutan harta yang seco'et.
Pincang semakin pincang di bumi yang kian gersang.
Idea Kontang
Lantas tiada luahan bulat yang dibentung dalam menjelaskan sebuah pandangan dan pendapat tentang apa yang berlaku.
Ada baik dan ada buruknya. Namun ingin saja diri ini terus mencuba untuk bercerita walau setitik kata.
Saturday, June 12, 2010
Sekadar renungan bersama
Syukur pada tuhan kerana dengan restunya dapat juga filem pendek ini menemui masyarakat. Pelbagai cabaran dan sokongan yang dilalui. Seruan (The Calling) akhirnya siap sepenuhnya.
Semoga ianya mampu menjadi bekalan sedikit sebanyak kepada penonton jika ianya mengandungi mesej yang bersesuaian dan berfaedah.
Terima kasih Finas, Keluarga, Tenaga Produksi dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Doakan Seruan The Calling untuk mendapat tempat di hati dunia.
Thursday, June 10, 2010
SERUAN is coming
semoga apa yang dipaparkan mampu memberi kesan...
terima kasih kepada semua yang menyokong... dan terima kasih juga kepada semua yang menghalang...
kerana diri ini belajar tentang kehidupan melalui kedua duanya...
Thursday, June 03, 2010
palestin dan israel
pernah berbual dengan seorang pemandu vip di Dubai tentang kenapa Pak Arab yang kaya raya tidak langsung membantu malah umpama buta tentang nasib Palestin. katanya itu kisah lama turun temurun dari zaman nabi atau sahabat mungkin. kurang jelas juga. katanya ringkas umpama bencinya ahli sunnah wal jamaah pada si syiah walau solat sebumbung menyembah Allah yang sama.
sejarah atau dendam bangsa harus diteliti sedalam dalamnya. lafaz asean atau islam liberal pada situasi konflik rumah tangga mereka harus seutuh utuh dalam taat pada yang Esa atau ia akan sia sia sahaja. kerana matlamat yang jelas membawa kepada sasaran yang tepat. dan bukan hanya sekadar pak turut menurut fesyen umpama seringan lalang ditiup sepoi khabar yang longlai.